marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 29 Jun 2020

Oh My Pippin : Pengalaman Menjaga Kucing Sporo

.: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobun..

Bila eh last aku menconteng blog? Aku pun dah ingat-ingat lupa sekarang nieh. Maklum la dah tua.. ahahaha.

Tapi walau bagaimana pun, Sebelum diri ini melalut tanpa sempadan adalah lebih baik beta mengingatkan bahawa entri ini ditujukan khas kepada sesiapa yang tengah atau hampir give up menjaga kucing kesayangan anda yang terkena sporo atau nama panjangnya SPOROTRICHOSIS.

I am handsome and I know it.. until
Sporo hits me..Sobb T.T
Masuk bulan ni dah 6 bulan Pippin The Grey kena sporo ni. Sape yang baru baca blog beta boleh la baca cite camane Pippin boleh terkena sporo ni kat sini :

Oh My Pippin The Grey: Pippin kena Sporo!

Bila Pippin dah diogosis oleh Veterina bahawasanya dia kena jangkitan sporo. I sangat-sangat terkejut. OH EM GEE rasanya. First sebab aku tak tau amenda penyakit sporo tu. Dia suh aku baca info kat papan kenyataan what is SPORO itu.

Second dia gtau penyakit ni boleh berjangkit kepada manusia juaaaa.

Dan ketiga. Dia tak boleh buat apa-apa kecuali bagi ubat untuk Pippin makan. Tiada rawatan yang kursus terhadap luka-luka dia just cure dengan ubat je.

Dan Pippin bila dah sampai peringkat camni dia sepatutnya kena kuarantin daripada orang dan haiwan yang lain.

rindu pippin yang ini.
Em so sad for Pippin but trying my best untuk sembuhkan Pippin. Bila mengenangkan Pippin dah bagi banyak layers of rainbow to me dari mula-mula dia wujud sampai lah dia jadi camni. Takkan la bila dah sakit macam ni nak abaikan beliau yang disayangi selalu. Hatiku rapuh dan tak sanggup.

Katanya Vaterina berdasarkan luka Pippin mungkin dah hampir sebulan dia mengalami simpton-simpton sporo.  Yeah!. Sebab dalam tempoh tu dia jadi super hero yang tiap2 malam bercakaran dengan kucing-kucing liar sampai aku pun takut nak masuk dekat. Benda da jadi camni. Omma is sad.

waktu comel hidung comel lagi
 Sporo ni sebenarnya kulat dalam darah. Sebab tu luka takkan mudah nak kering dansembuh bila sporo ni ada dalam darah sbb dia akan membiak sebab darahkan cecair. cecair kan lembab. Dah la sporo ni tak makan saman dengan ubat antibiotik. Klu apply pun sia-sia je. letak gamat pun makin jadi teruk.

Sebab tu sporo ni penyakit senyap yang boleh membunuh. Bila dengar vetarian cakap aku rasa sedih pulak kat Pippin. Nyesal pulak tak kurung dia dalam sangkar bila malam menjelma. Tapi masalahnya dia yang memboloskan diri memalam dengan panjat rabung rumah. Pin Pin. Degil ngat.

Vaterinarian tu bagi ubat Inox dan Hati untuk penyakit sporo ni. Ubat inox ni kuat dos dia tau. Boleh merosakkan hati kucing. Bagi Pippin separuh tiub je sari. So disamping ubat Inox tu dia bagi ubat untuk merawat hati jugak yang berbentuk cecair. 15 ml setiap hari

Penyakit sporo ni cara rawatan dia bergantung kepada tahap kesihatan kucing tu sendiri. Kalau kucing yang positif cepat la rawatan dia. Tapi paling cepat pun amik masa 4 bulan jugaklah kalau tak skip ubat. Untuk Inox aku beli stok 20 hari lebih kurang (RM3.50 x 10 biji) dan sebotol ubat rawat hati (RM15 x 150 ml) atas saranan Vet tu dan sebotol ubat 

Maka bermula 24 Jan 2020, aku bertekad cemerlang untuk menjadi vetarina yang merawat Pippin. 

Pippin start kena kurung kat belakang rumah dalam sangkar. Tempat khas supaya jauh dari kanak-kanak rebina. Tanpa gangguan dan senang proses rawatan. 

Keadaan Pippin day after day bertambah baik selepas diberi rawatan. Macam time tu dia pun akur dia tengah sakit dan kena dengar kata aku. Helok je perangainya. Makan pun x de nak skip-skip. Senyap je duk dalam sangkar tu. Ubat inox aku bagi waktu dia breakfast dan ubat rawat hati bagi dia waktu petang. Ubat Inox senang nak handle sebab letak dalam wet food je. Yang leceh ubat rawat hati sebab kena bagi pakai picagari. Kucing what do you expect. Budak kecil belum tentu ni kan pulak kucing. Tiap-tiap petang memang struggle nak bagi Pippin ubat rawat hati. 

Seminggu dua minggu sampai hari ke-31, luka Pippin dah kering dan macam elok keadaannya. Cuma kurus sikit la. Maybe dia murung sebab kena kurung. Pippin sebelum ni pun tak da la jenis makan byk. Tapi bila dah sakit ni drop habis selera makan dia. Memang kering la dia. Walaupun kering dia mencuba untuk memboloskan diri dari sangkar. Setiap kali nak bagi dia makan dan kemas sangkar, dia mik peluang untuk menghilangkan diri sebaik je aku duk busy. Tapi biasa aku sempat tangkap la.

Dia pandai check line. Nampak aku ralit duk kemas sangkar mula da jalan slow-slow kat celah-celah laluan aku tak boleh lalu. Ade hari aku biar je dia pegi jenjalan seba aku ingat maybe dia nak gi jumpa kawan umah sebelah. Lagipun luka dia da kering kan. Dalam tengah hari aku nak bagi makan dia ade la duk baring kat beranda rumah.

kucing lain tak penah boleh merasa tidor atau berpeleseran atas rumah. Sekor ni je yang berjaya menambat hati semua wrga rumah. Sebab mandi.
Dalam tempoh 31 hari aku rawat Pippin tu ade sekali dia bolos dari sangkar dia. Petang tu dia ade fight dengan kucing sebelah umah. Auwh! Teruk giles keadaan dia. Bayangkan aku dari bilik lps balik keja lps semayang asar  kedengaran macam kucing bergaduh. Kuat giles bunyi grrr... tu.. aku ape lagi tak lain dah mesti si Pippin sebab dah lama dia tak wat keja cam ni. Memang dia pun.

Ngeri keadaan dia sampai aku tarik ekor Pippin nak henti diorang gaduh sampai aku pulak yang kena cakar! Hampeh. Marah giless aku dengan Pippin time tu. Sakit kot! luka dia kat hidung kembali berdarah!

bermula 23 Feb, ubat inox Pippin kehabisan. Kat Vetarina tak de stok. Seminggu aku tanya vet dia kata stok tak sampai. Susah hati pulak aku rasa. Dalam pada tu aku ade beli supplement kat SUPER FOOD tuk Pippin. Katanya menjadi kalau kucing kena Sporo. Semangat bila dah dia claim camtu terus beli 3 botol (RM150.00). Dah dia tunjuk kat aku banyak kucing-kucing yang sembuh lepas makan teros la aku borong lagipun ubat inox tak tau bila stok sampai.

Ingat ok lah Pippin selepas makan supplement tu. 2 -3 hari aku tengok Pippin macam lain macam. Cam demam sbb badan dia panas kemain. Tapi memandangkan hidung dia dan luka dia (lps fight ritu) cam da sembuh. Aku teruskan jugak bagi SF tu. Ubat rawat hati pun aku dah stop bagi sebab x bg inox. Hari demi hati selera makan Pippin makin drop. Hidung dia kembali mengembang. Aku menjadi cuak. Untuk day ke-3 aku tambah dos sebab kat instruction tu dia kata kucing dewasa boleh makan 2 biji. Pun tak berkesan malah Pippin cam demam teruk. Makan langsung tak nak.

Aku tanya seller SF tu kenapa ubat tu macam x function je. Dia kata memang macam tu sbb nak buang blablabala~ yang maca aku rasa ahh..semua ini mengarut! Dah macam makan jamu timbang dah pulak dia punya explaination. Aku menyesal giles bagi Pippin benda tu.

So aku stop bagi Pippin SF. Just sembur ubat kat luka Pippin dengan Fido, ubat yang aku jumpa kat Mydin untuk Anti Fungal External Wound Nano Tech. Hope it helps sebab dalam tempoh 31 hari lepas pun aku add 0n benda ni untuk kesembuhan Pippin. Even aku sembur kat aku sdiri time luka akibat leraikan pergaduhan Pippin ritu. Menjadik!

Keadaan Pippin teruk! Hidung makin kembang. Badan dia kurus sebab dia tak makan. Luka kat area leher tiba-tiba muncul tak tau dari mana. Ni dah second wave Sporo kena kat Pippin. Nasib baik ubat inox dah ada stok balik kat vet so aku beli untuk stok sebulan terus. Lebih kurang 9 hari jugaklah Pippin tak makan Inox so sporo tu jadi menggila sistem pernafasan Pippin cam ade problem.

Untuk second wave ni, aku ubah cara aku rawat Pippin. Waktu ni jugak aku jumpa dengan PS Herbs. Aku sangat-sangat-sangat bersyukur bila jumpa dengan PS Herbs ni sebab dia banyak membantu aku dalam segi penjagaan Pippin yang terkena Sporo nni. Owner PS Herb ni Encik Amin pernah merawat kucing-kucingnya yang terkena Sporo sampai sembuh. Even remedy ubat-ubatannya pun dia cipta sendiri dan tak bergantung 100% kepada inox dan ubat hati.

Luka Pippin dah kering. Aku dah tak letak surat kabar as lapik.
Waktu second wave ni aku gelisah jugak tengok keadaan Pippin sebab selain daripada stok Inox yang susah nak dapat, ubat rawat hati pun susah. Aku siap pergi 3-4 klinik vetarina utuk cari ubat rawat hati Pippin sebab dia x boleh makan inox tanpa ubat tu. dalam 3-4 klinik tu satu je aku jumpa ubat rawat hati tu. Tu pun dalam bentuk serbuk pil yang mana kena makan sebiji sehari. sebiji RM2. Aku beli 10. Total RM20 untuk 10 hari. Waktu tu dah tak berkira sangat dengan duet. Siap beli ubat kutu lagi sbb aku perasan badan Pippin dah stat ade kutu sebba tu leher dia start luka-luka.

Aku jumpa PS Herbs dengan keadaan terdesak! Sebab kebanyakan pembacaan aku sporo ni memang merbahaya dan last kalau tak dirawat membawa maut kepada kucing. Tapi berbeza dengan pandanagn PS Herbs. Dia kata ubat dia mujarab untuk rawat sporo berdasarkan pengalaman En. Amin sendiri.Waktu tu rasa lega dan bila baca semua feedback daripada customer En Amin, Pippin masih ada harapan untuk sembuh. aku bertekad cemerlang untuk contact en. Amin sendiri.

Firstly en. Amin ajar aku ubah cara untuk rawat Pippin. First keadaan persekitaran dia. Tak boleh area yang berair atau lembap sebab sporo memang mudah hidup area camtu. Dah dalam sangkar pulak jangan lapik dengan kain. Lapik dengan surat khabar lama je. air minuman dia kena selalu tukar dan sangkar dia kena selalu bersih.

Satu lagi benda aku tak terlintas adalah nak kelambukan sangkar dia. Sbb malam-malam nyamuk pun suka hisap darah kucing selain manusia k. Pippin lagi lah duk luar umah. Dia punya sangkar tu lubang kemain besar. Kalau tak no point aku menatang minyak dengan penuh si Pippin  ni kalau badan dia luka akibat benda2 kecik.

En. Amin nasihatkan aku agar memang kena kurung Pippin 24 jam. Jadi bermulalah rawatan Pippin untuk second wave. Yang ni dah tak susah sangat bila sangkar dia hari-hari aku kemas, surat khabar hari-hari aku tukar dan tempat dia poo poo pun hari-hari aku salin. kalau en. Amin dia suruh kucing berak je atas surat kabar sebab hari-hari salin kan. tapi mengenangkan sangkar dia tu sekanggang kera je. Aku buat tempat khas untuk dia poo poo. So tempat lain boleh lah dia membuas.

Rak keperluan Pippin
Aku bernasib baik sebab Eco RM2 ada kat area tempat aku. So untuk keperluan tools memang beli kat eco RM2 je macam bhn litter dia, makanan dia (high quality kot makanan kucing kat eco RM2). Tisu kering tisu basah dan lain-lain keperluan yang memudahkan aku nak urus Pippin. Duet aku memang untuk Pippin je waktu tu. Aku nak gi hoping cafe pun terbantut hoho. See betapa ku chenta padamuuu~ katakanlahh .. (tetiba lagu kak iti kuar eh)

Pin bila tiba hari raya
Untuk second wave ni keadaan Pippin sangat-sangat bagus. Tahap kesembuhan dia sangat positif. Tapi kadang-kadang memang kesian kat dia sebab dia nak bermain kat luar. Dia banyak hari merajuk dengan aku sebab setiap kali dia cuba nak boloskan diri aku dapat tangkap dia dan masukkan dalam sangkar.

Keadaan bertambah lah runcing bila kengkawan, dan jiran tetangga atau persatuan kucing jiran sedunia asek berkerumun sangkar dia bila aku tak de. duk meow-meow sini sana. mungkin ni la menyebabkan Pippin pada suatu hari...


....bersambung~..

haaa..suspen tak suspen tak..

Sambungan dah update... Boleh baca kat sini, Oh My Pippin : Pengalaman Menjaga Kucing Sporo bahangian 2

Rabu, 10 Jun 2020

Salam Aidilfitri 2020

.: Assalamualaikum :.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin buat semua seantero dunia yang mengenali beta 😄

Jadi hari ni adalah 18 Syawal 1441H. 
Still raya what. nge
Tapi kalau ikut netizen Malaysia hari ni hari raya pertama bersempena PKPP hihiihi.
PKPP bermaksud everyone dah boleh balik kampung sebab perintah kawalan pergerakan dah jadi longgar dah. Alhamdulillah MAlaysia tanah air terchenta makin hari makin baik keadaan covid-19.

Go away Carona. We don't need you here!

So, my hari raya camane. Best tak? huhu.

Bulan puasa beta meriah. Best ramadan everrrrr~.

Bayangkan. Feeling dia cam zaman lepas SPM dulu. No comitment at all.
Kecuali keja-keja crochet la. Order facemask bagaikan langit di sore hari. Eh silap.cendawan tumbuh selepas hujan kot.

 Hujung-hujung puasa bila kerajaan umumkan PKPB, opis terus bukak boleh la hilangkan rasa rindu kat komputer opis. tiber.

Raya? Ntah cite pasal raya tapi kencang cite pasal puasa hohoho.. Bianne.

So, my raya sangat-sangat simple. 

Baju raya tudung raya pelik tahun ni tak kalut-kalut cam tahun-tahun lalu. Order shoppee je. Saiz XS tapi kena modified skit kasi kecik lagi atas sebab-sebab tertentu. Mujur mesin jahit si kuning dan putih ade. Boleh la kerja-kerja pengecilan berjalan dengan lancar. Siap sempat tabur pearl kat tangan kire wow banyak masa. gittew.

Tudung?! alkisahnya order punya order, saat2 genting seller kata oh sorry tudung dah habis kena refund lah sebab memang barang tak restok. Oh no!

Nasib baik tudung periuk kat dapur tak jadi mangsa. Mengamuk omma tudung tefal dia hilang angkara siapa..hahaha. So, tak payah nak sedih--sedih sebab barang boleh recycle buat ape nak kalut nanges. So. Aku pakai jerr shawl lama yang dah tersedia wujud dalam almari. Pompuan ~.. what do you expect? Benda dah ade tapi tu lah, pun nak tambah lagi.

Menu raya kat umah macam tahun-tahun sudah. Tak berubah cuma kuantiti la tak sebanyak biasa. Menu utama raya first kami of coz la satay. Kita kan orang kelantan sejati,Satay order  tapi tak sampai seribu cucuk. Ntah berapa lupa. Lepas tu, menu turun temurun ketupat ketupat ketape (bekey chekmek woh ulu) (semua dalam kurungan tu tak termasuk dalam menu kami naa)..

Ketupat dan tapai tu warisan zaman berzaman wajib ada atas meja raya. So, tu kami pulun buat jugak. Cite best tahun ni aku pandai la pulak pulas ketupat daun palas jadi ketupat betina. Bertahun try selalu failed je memanjang. Bila dah menjadi ni, sampai ketupat yang ke 6 orang finish~.. Dasar.

Aku tak pelik sangat klu aku tak pandai pun. Adik aku boleh buat kan klu aku nak makan.. bhahahahha.

Oh ye. Biskut. Aku rasa tahun ni meriah sakan rumah aku dengan biskut. My 4th sister kan ade kat rumah. Dia dengan biskut ni memang kamcing habis. Sebab dia ade kat umah maka, aku ingat ade la dalam 10 jenis jugak la biskut yang dia buat. Biasa biskut tunjuk menunjuk je. Tapi raya ni. Wahhh sangat.

Buat macam raya ni ramai tetamu datang hohoho.

Bila tiba hari raya pulak. Pagi-pagi memasing bersiap untuk tunaikan solat surnat hari raya. Walaupun masjid ditutup namun, (gitu bahasa dia) my appa happy la sebab solat sunat aidilfiti boleh perform dengan jayanya. Ye lah korang bayangkan my siblings dah 16 orang, abang kakak ipar 10 orang, omma appa 2, anak buah kecik besar 37 orang situ pun 65 orang. Dan part paling best rumah kitorang ni dalam satu pagar yang sama. So, untuk perform solat sunat aidilfitri tu no hal lah!. 

Oh ya. my 11th brother and SIL tak balik tahun ni coz they are at Perlis and Frontliner team. So, mat ri ye abe 6 and kak zah haha.

So, solat dah siap, masa untuk menjamu selera. Actually best part of menjamu selera ni bila rumah memasing datang bawak juadah ke rumah besar ni dan makan beramai-ramai. So tak pasal2 makanan jadi meriah dengan aneka kek, mihun goreng, nasi dagang , satay etc etc. Memang tak menang tangan.

Dan lagi best part of me, bila pinggan mangkuk periuk belanga tak payah basuh banyak macam kebiasaan raya. FYI, kalau raya sebelum-sebelum ni, basuh pinggan mangkuk untuk trip pagi pun 3-4 kali tau. Tapi ni sekali je tu pun orang lain yang basuh hahhaha. Well my anak buah kan well train. diorang la amik alih keja macik-maciknya ini. Tahun ni tak sempat nak berbufet jadi selamat sekali lagi. bufet tak yah basuh. hohoho. 

My best part in my life! ever!

So, main activity for this hari raya nak tau ape? tangkap gambar! sampai ke sudahnya hahaha. Biasa pun camtu jugak, tapi yang kali ni extra. 

Suka atilah yang penting bahagia sentiasa.

Raya ke dua beraya umah my abang sulung sebelah umah. Makan nasik ayam kak long. Dan tetamunya? Muka yang sama dari hari pertama PKP berlangsung.

Raya ke 3 dan seterusnya..

eh raya ke ??? 😭😭😭😭


Gitu lah citenya.

And that's the end of my raya 2020.

p/s: Gambar?? hmm.. I am so malas nak buh. Bear with me okey??! 😘

 


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...