.: Assalamualaikum :.
hype.. yup.. terbangun.. terbangun dari tido di kala dinihari.. di bulan posa aku kire agak beruntung la buat aku yang memang tuan puteri yang sangatttt suka tido.. ahaks..bola? sori lah sebab tak reti sangat nak melayan tengok bola..op coz ku rela tido..~
so.. terjaga. settle kan ape yang patot lah kan.. rugi-rugi klu da terjaga dan berada dalam paras sedar tapi nak tahajud skit pown malas kan.. kekeke..
so.. apabila da terbangun.. dalam pukul 3.45 pagi ni.. melepasi lebih kurang sejam dari waktu aku terjaga tadi.. nak tido balik memang tak la sebab nnti kul 4.30 compem kena bgn nak ciapkan makanan bersahur tuk famili terchennta nih.. dan of coz la.. sebagai tuan puteri yang sangatttt suka tido.. tido selama 45 minit tu adalah satu bebanan.. bangun tido silap2 dah bertukar jadik gorillaz. sebab x cukup tido katenyeerrr...~ kekeke..
++++
hmm.. x nak cakap ape.. tak nak tulis ape.. tapi cam rugi lak kan klu tak menconteng tentang isu2 terhot yang terjadik dimuka bumi tuhan ni kan.. Atas kesedaran, tiba je bulan posa, bumi Gaza bergolak lagi T_T. sadis.. dan menyayat hati sampai kadang-kadang aku tertanya-tanya, apakah sumbangan terbaek yang boleh aku sampaikan agar keadaan boleh berubah.
Aku pernah menulis isu boikot dulu kat sini.
Ada Ape Dengan Boikot?
atau pun kat
sini yang sikit sebanyak video dari soldier of islam mengesahkan camane Jews amik alih tanah Palestin dan tanggapan dunia mengenai Islam dan orang islam.
aku ikuti fb kedua-dua belah pihak sama ada update dari Israel Defense Forces ataupun update dari Aqsa Syarif dan lain-lain untuk mengetahui perkembangan semasa yang terjadi di bumi sana, dan aku dapati update dari Aqsa Syarif, Aman Palastine lebih menyayatkan hati.
Bayangkan, kesan daripada pengeboman, seorang suami meninggalkan isteri, seorang ayah kehilangan anak-anak, seorang anak kehilangan ibu dan bapa. Ya Allah, aku nak tengok gambar yang di siar pun, aku rasa tak sanggup.
|
dikatakan untuk bunuh seorang lelaki, tentera Israel telah mengebom rumah beliau yang menyebabkan kematian 18 orang ahli keluarga dan saudara-mara. Lebih daripada 50 orang sekitar rumahnya turut tercedera. Info dari Anti- Violence & Killings |
Tapi aku yakin, mereka, palastine tak gentar dan tabah menghadapi dugaan ini. insyaAllah.
|
dikatakan jenis bom yang digunakan oleh tentera Israel untuk mengebom Gaza. Info dari Aqsa Syarif |
Tapi jauh dari sudut hati aku, walaupun mereka tak gentar dan tabah, tak bermaksud diorang tak memerlukan sokongan dunia. kita patut tahu bahawa tanah mereka dirampas! mereka diperlakukan macam bukan pemilik lagi. Astagfirullahala'zim.
So guys, maybe kita tak rasa kita x dapat bantu diorg dari sudut ketenteraan, tapi aku yakin kita boleh bantu palestin dari sudut kewangan. Salurlah sumbangan korang kat mane2 badan yang bertanggungjawab yang korang memang confirm 100% sumbangan korang akan disalurkan kepada penduduk Gaza. Kalau korang tak yakin, jom kita main psyco pulak. Jom reramai bertekad cemerlang lumpuhkan ekonomi geng Zionis dengan memboikot. yep.. still one simply said tak de effect pun dengan boikot.. guys.. trust me.. kalau satu dunia boikot zionis.. aku rasa kita mampu ubah something. Jangan cakap asal boikot je Malaysia..asal palestin je Malaysia yang kecoh.. nope.. silap.. US lagi kuat bab2 memboikot.. siap non-muslim join sekaki. sebab ni selain isu akidah, isu kemanusiaan pun turut serta..
|
buat selagi mampu, tapi kalau mcD tu kalau dah jadi darah daging anda, macam ubat yang nak tak nak wajib makan, maka.. x payah lah anda bersusah nak boikot. nak buat macam mana kan.. ~ |
Jom.. kita boikot mana2 barang yang salurkan kepada Zionist.Acctually X semua product Yahudi bagi kat Israel yakni zionist.. so korang check it out la ye pabenda yang kena boikot. jangan mengba*i buta lak boikot.. kui3. :D
UBAH.. KITA MAMPU !
Jom kita hayati sikit sebanyak cara Israel menguasai bumi Palestin. Sangat-sangat halus sampai orang palestin pulak yang terpaksa menjadi pelarian di tanah sendiri. Licik!
apa2 pun.. Mungkin Israel boleh membunuh sejuta rakyat Palestin yang tak berdosa, tapi mereka tak mungkin dapat menghancurkan iman di dalam jiwa rakyat palestin.
InsyaAllah, moga-moga selepas bertahun-tahun kemelut ini, palestin akan menjadi palestin kembali.