marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Rabu, 23 Julai 2025

I don't love you like yesterday

 .:Bismillahirahmanirahim:.

To the man I had loved, I want to start by saying I am sorry for giving up.

For walking away and for not being able to hold on any longer.

This decision was not easy and it is been tearing me apart inside.

You are someone I loved deeply, 

maybe even too much and all I ever wanted was to be enough for you.

I tried to understand, tried to be patient and give more of myself than I ever had before

but somewhere along away, 

I started to feel like I was just an option; like I was sharing your heart with someone else.

The pain. The silent. 

These all kind eats away at your soul, never truly went away. 

I smiled through the doubts, stayed through the heartbreak and loved through the uncertainty; thinking maybe one day you did see that I was the one who stayed when no one else did..

But love should never make someone feel second best.

I deserve to be chosen, to be loved fully without hesitation or competition.

I deserve a heart that beats only for me, arms that reach only for me and eyes that don't wonder when I am not looking.

I know you care about me in your own way, and I believe that you loved me too.

But the truth is.. 

Love without commitment, without honesty and without clarity is not enough. It leaves wounds that not easily heal.

I did not want to give up upon you but I am tired to keep giving all of me while I just only receive parts of you.

So, today..

I walk away not because I no longer love you, but because I do not want to hate myself. I want to love myself enough to know that I cannot keep being hurting by you like this.

I am chosing me eventhough it means to let go of someone who once I put the name in my du'a.

I hope one day you will understand the weight of what was lost and I hope you will find whatever your heart has been searching for.

Just to let you to know that the love I gave to you was real, sincere, honest and whole..

..and I am sorry if that still was not enough...

a.a


Ahad, 29 Jun 2025

Me on 37th years old :)

 .: Assalamualaikum:. 

Anyeong yorobun deul!

Pada suatu petang 23 Jun 2025

Tik tok tik tok masa berlalu sedar sedar 23 Jun 2025 melintasi waktu. Dan tersedar dari khayalan saat ini diri ini dah menganjak ke usia baru iaitu 37 tahun. Alhamdulillah atas nikmat usia dan kehidupan yang diberikan oleh Allah SWT dan yang paling utama nikmat iman dan Islam itu sendiri. 

Banyak pulak dapat kek tahun ni hiks.

 Well bila dah besar sedikit sebanyak goyah dengan ikutan hati mestilah ada, biasalah keinginan untuk parallel dengan ikutan universe namun, semoga jati diri serta iman dan taqwa boleh membentuk diri kita menjadi yang diredai disisi Ilahi. InsyaAllah.

Actually nothing change pun bila masuk usia ini sebab dihatiku tetap 23 tahun. Ahaks. Me still untouchable, single and not married.

Partner? Masih sesat tak tahu ke mana hala tuju. So, sambil menunggu siapakah beliau dan di manakah beliau? anak siapa? apa matlamat hidupnya adalah lebih baik saya menjalani kehidupan saya dengan penuh. 

Don't worry you, I am not pathetic to waste my life just like that 😁. Even in this age, I will always continue waiting loyally to the Halal person. Halal is not only for food okey~

Bila menganjak usia ni, yang menemani hari-hariku hanyalah kesepian kerana satu persatu orang yang bersama kita for sure akan pergi membawa haluan masing-masing sama ada kita rela atau tak. Tak akan ada yang akan bersama dengan kita walaupun kita merayu sehingga keluar air mata darah sekali pun. 

Kerana..

Kita tidak punyai ikatan yang menjadikan kita terikat. Bila keadaan membuatkan seseorang pergi memilih haluannya, nak atau tak, I leave my door unlock and I always prepare for people to leave me. Of course I am not happy but why they leave me at first?

Aneh aku ni, aku prepare untuk orang pergi dari hidup aku tapi aku tak prepare untuk terima orang untuk masuk dalam hidup. That's my ultimate problem in relationship. And lastly what accompany me right now hanyalah kenangan dan One Piece hahahhaaha.

I need to do social thingy a bit. I gave a thought. 

But me prefer to stay at home or going out with family only or... going alone. If I went out with others, that means I try to build my network, but of course I failed because not everyone fits me. 

So then, I understand that I shouldn't force me to do what I don't want. Just life my life like that until there is somebody to knock my door dearly. hahahha

Even 37th years old, I never change the my love life prospective to be like fairly tales and always waiting for the miracle. Even it may take longer than this, I am not desperate to hold on people I don't ever want to understand. Lalalalala~

I always thought my life is lonely, but it is not that sad. I have a bunch friends that willing to understand & love me, and family members that stick together even in stormy days. So, nikmat mana lagi nak aku dustai kan.

 Maybe right now I just lose people who were dishonest to me. I just don't want to hold on it anymore. I hate to take care of my heart to be hurt by something I not deserved.

What ewer~ 

when people confuse about ur age, but yeah i am 23 years old!

Ahad, 22 Jun 2025

JALAN-JALAN-JALAN 2025: Ni Hao! China - Yunan part 1

 .: Assalamualaikum:.

Ni Hao!

Salam perantauan dari Xiangkerela
 

Yeah.. Sebenarnya aku memang dah lama bercita-cita nak menerokai negara China one fine day. Minat aku kepada culture Cina ni sejak darjah 3 lagi sebab tiap-tiap petang pukul 6 petang mesti layan drama cina dengan keluarga. Cerita-cerita historical pasal istana perang cenggitu la. Walaupun rambut tocong hero hencem! Paling aku suka custom diorang la yang lawa-lawa dengan pelakon pompuan cantik gile. 

Cite ape aku tak layan. Tak cukup kat TV3, TV2 pun onz. Aku ingat-ingat lupa tajuk c drama yang aku layan masa umur 9 tahun tu The Battle of The Majesty. Cite pasal maharaja ade anak lelaki ramai pastu pakat nak bunuh ayahanda sebab nak takhta. Yang Chan, Yang Chen,. Yang Cheong dan lain-lain. Orang lain yang dituduh pemberontak, orang lain yang kena hukum. Sami dalam cite tu nama dia Sami Mangkuk. Ahahhaa.

Kecik2 pun dah tengok cerita politik dunia padan la kalau kalau orang nak gaduh pasal politik dengan aku, bring it on. Hahahahhaa

Okey, Tamat throwback zaman dulu-dulu. Kita kembali kepada cerita asal. Kembali ke Sri Pentas. Tibe~ 

Negara China ni besar kot. Sebab negara ni terlampau besar, aku pun tak tau sebelah mana yang patut aku terokai dulu untuk mengembara. Ingat nak gi Kota Larangan kat Beijing, alih-alih aku layan belah Yunan dulu. Tu pun sebab 2-3 tahun ni belah Yunan ni famous sikit dekat tiktok di kalangan rakyat Malaysia. Yunan pun Yunan la, yang penting Bahasa Mandarin aku dah kelaut. 

Tahun lepas banyak bebudak Malaysia asek duk sebut Dali la, Lijiang la, Kunming la.. dan semua tempat yang disebutkan ni terletak belah Yunan.

Aku actually dari tahun lepas lagi kepingin nak gi Yunan ni tapi tak de geng. So, aku reserve la untuk pegi dengan my siblings sebab adik aku yang bongsu pun macam berminat jugak nak join. Tapi kalu kitorang berdua memang tinggal harapan la. Sebab aku dengan adik bongsu ni dari segi perangai bab2 gini lebih kurang je. Sama ade over excited atau no feeling. So, kengkadang bimbang jugak pegi berdua jadi we need more people in the group. Aku dengar-dengar abe din n family berminat nak pegi.. Tapi bilaaa??? hukhukhuk

1 luggage and 1 hand carry

 Masuk bulan tiga, everyone da ade planning nak gi berderat, tapi diorang nak pegi tu dengan rombongan lain. Abe Din & kak chik dengar-dengar nak gi Mesir with diorang punya hal ehwal diorang lah. Iwa& husband & Hana nak pegi Morroca with her in law's family. Hakimah dia banyak beraktiviti dengan budak2 USM. Aku syak dia jadi MPP USM sekarang. Tapi dia x de brag pulak. Jadi tak sure la. Tahu la tahun lepas dapat 2 anugerah PPSK POSTGRADE. Biasa dia akn brag pastu da tak bagi aku join aktiviti dia dengan alasan, "ni program PPSK USM" Hurm! Dia mungkin lupa aku ni alumni USM jugak kott~

Tanya AAB & Fara incase diorang ade plan pape tahun ni, tapi disebabkan Fara dah abes AL (dia guna masa abang ipar dia sakit + meninggal) so, no plan so far. Fara ade ajak pegi Bromo, but me tak nak naek gunung..Huhuhu. (Actually me n Kimah ade plan nak naik Kem Baha sebelum posa, tapi sehingga post ditulis, masih lagi dalam status POSTPONED) 

Aku pun nak buat perangai jugaklah. Dah semua orang jenjalan seska hati cenggitu (Padahal awal tahun dah pegi Pattani dengan family abe Yom & abe Din) 😂, maka aku usha-usha sape yang boleh membawa hati yang lara ini. Husna ritu (tahun lepas) ade tanya nak join tak trip gi Korea sebab kawan Korea dia nak kawen, aku time tu tak berminat sebab baru balik Bangkok. Tapi sekarang ni try usha-usha Husna kate dia dah book everything da. Hurm. Sokey. 

Aku tengok story Kak Nisa dia trowback gambar dia pegi Bromo (klu tak silap). So aku react and dm dia. Sembang punya sembang dia kata dia nak gi Yunan nanti. Kak Nisa ajak pegi Balkan, tapi macam aku tak berminat sebab lama jugak rasanya trip dia. Ade dalam belas-belas hari. Kot. Tapi sebab aku tak amik port pasal Balkan jadi tak de dalam bucket list lagi. Aku berminat nak gi Yunan lagi..Ngeeeh

Rupanya-rupanya dia nak gerak gi Yunan lepas raya 11 April 2025! Er.. Ni kalau aku pegi ni ade yang terkezut ni. Sebulan lagi kot. Tapi kak Nisa yakinkan aku untuk pegi so aku tak teragak NAK PEGI! Dengan kak Nisa ape nak difikirkan lagi. She is my sister kot!

So, lepas kak Nisa bagi detail, aku pun bayar booking. Kitorang pegi dengan pakej sebenarnya. RM5300 + RM300 (Dragon Snow Mountain) 

Pakej termasuk tiket flight (4 routes), tiket train (kunming-Shangrila-Lijiang-Dali-Kunming), other transport fee (lrt & kereta sewa), hotel (6 hotel) dan tiket entrace tempat yang bakal pergi dan Dragon Snow Mountain & show selama 10 hari. Kitorang pegi dengan Southern Airline dapat 2 kali hotel transit include dalam flight ticket.

Yang join trip ni 6 orang je. Aku , kak nisa dan 3 orang kawan kak nisa dan sorang solo traveler.

Excited ke tak, memang la excited, aku cuba polish bhs Mandarin aku dengan mengeluarkan khazanah buku masa aku belajar selama 3 sem dengan laoshi tapi malangnya, aku dah malas ahaks. So, tengok je la camane aku survive nanti 😂😂😂. 

Orang busy buat preparation raya aku busy buat preparation nak gi China. Family aku pun hanya beberapa orang je yang tau trip aku ni, yang lain malam sebelum bertolak baru aku bagitahu detail trip aku bila abang no.2 aku berbunyik ahaks. Padahal da bgitau sehari lps aku dapat tiket yang aku akan ke China nanti. Tu pun aku wasap group family je. Ingatkan ouls x concern aku nak berjalan ni. Hikhikhik. Terasa disayangi.

 

Lama 10 hari. Mula-mula aku ingat 8 hari je. Bila tengok itenerary balik, eh la.. 10 hari. Naseb baek aku dapat tiket BRI-KUL-BRI pada hari yang sama nak naik KUL-Guangzhou. Kalau tak ade jadi 12 hari trip ni huhuhu. Aku ni mane boley travel lama-lama. Rindu nak berhibernasi kat Atas Loteng.

6 +1

Tapi bila dah realise trip ni lama aku pun plan leklok la keja kat opis, hand over ape yang perlu dan plan semua pre work and post work supaya aku betul2 dapat menikmati menjadi seorang Xiao Yan Zi di China nanti.. Ngee..

Settle before raya

Since kat Yunan ni ada orang Islam, so kedai makan halal rasanya mudah untuk didapati kot. So, tak macam trip2 oversea sebelum ni, aku bawak travel food ngam-ngam je tak macam yang sebelum ni bawak banyak-banyak tapi tak abes pun sebab selalu dapat menikmati makanan halal di negara tersebut.  

So, bila da dekat dengan tarikh, memang tak sabar la nak tukar language ni. Tapi pape pun.. stay tune kat part 2, 3, 4, 5, n 😄😄😄 

 Sempena hari ini tahun ke 2 Che meninggalkan alam fana, aku mohon kepada Allah agar letakkanlah kedudukan ibu dan bapaku dikedudukan yang mulia di sisiMu, Allah.

Al-fatihah untuk keduanya.. 

Isnin, 26 Mei 2025

Blues Untuk Aku

 .: Assalamualaikum:. 

Annyeong yorobunnn..

Tajuk tu sapa yang penah baca majalah Ujang zaman dolu-dolu tau la kisahnyanya. Tapi, aku bukan nak cerita pasal Ubi ataupun Khartini (ke ape nama heroin dia tu). Aku just nak pinjam tajuk je nak menggambarkan perasaan nonchelant jiwaku ini pada waktu ini.

Tapi bukan hal berkisah cintan cintun tapi berkisah pasal handphoneku. Yang...

Aku sedih sampai tak tau nak kata apa mengenangkan segerombolan Flipz ku tak kekeruan. Seperti disumpah agar hidupku menjadi semakin sepi.

Sepi~ (suara nabila razali)

Ingatkah kalian tentang cerita ditahun lalu mengenai Flip3 yang kerosakn dan diganti dengan Flip5 dan seterusnya ku menjalani hari-hari selepas itu dengan hepi sehinggalah Flipz5 terrmasuk dalam mesin basuh yang sedang berpusing itu. rasa 30 minit jugaklah flipz5 terpusing-pusing dalam mesin basuh sehingga disedari aku yang baru sedar aik, duk mana flipz5 beta?

Ekceli Flipz5 ni ni dia ade water resistance, so bila aku perasan dalam mesin basuh duk bunyi gegang gegong gegang gegong, aku pun terus buat misi menyelamat dan kasih sayang. Hidup helok lagi flipz 5 time ni.


Tapi time tu jugak aku very the busy, bila flipz5 dah dijumpai tu aku sekadar angin-angin kan aje dia sebab dia hidup kan dan aku terus menggunakan beliau seperti hari-hariku yang lalu. Siap charge lagi bila tempat charge da kering.Sampailah malam, aku perasan kenapa hidupku sunyi, rupa-rupanya flipz5 dah kematian. owh sayangku~

Bila dah camtu guwe panik, guwe tak mengerti lantas cuba dihidupkan. dia hidup. Tapi kat coverscreen jela. main screen gelap gulita. Tapi x de la macam mampus terus gitu. Bila tekan bunyi aje. Black screen. Lantas aku hubungi kedai yang aku beli (aku beli kat shopee), so dia suh hntr kat kedai dia untuk inspection sebab under warranty. 

Pasrah tapi okey la kan.asal ade solution. Baru 2 bulan bergumbira bersama.

Flipz 3 bersalin kulit casing set hitam

Yang tu kire okey lagi asbab dia jadi cenggitu, aku dapat repair flipz3 dengan harga yang lebih okey. Sedangku menjalani kehidupan yang hepi bersama kedua-duanya (ekceli 3) iaitu ip7plus tiba-tiba Flipz3 broken. Masalah dia tak nak masuk charge lah pulak, so aku pegi bawak ke Fix Mobile yang selalu aku repair hp sejak dari dulu lagi. Exceli Flipz 3 tu pun aku memang kasi dia repair tapi sebab barang tak de stok (screen pecah seribu), so bila kedai yang aku beli Flipz5 ni kata dia ade stok, tu aku bagi kedai tu repair. Tapi problemnya. charge pulak tak masuk n aku malas nak hntar kat kedai tu sebab duk KL.

Kali ke 3 rosak ni, aku pasrah je la. Lagipun dah ade Flipz5 dan jarang-jarang je aku pegang ip7plus sekadar skroll2 time Flipz5 tengah charge. Gitulah kehidupannya sehinggalah...

Awal tahun, aku mengupdate IOS latest kat ip7plus, dah siap update dan siap semua, tetiba tak bernyawa. OMG!

Aku agak menyesal, tapi time tu too young too dumb too realize tu disebabkan oleh software failure. So, aku bawak kat fix mobile tapi mmg tak tapat diselamatkan dah. Mmg tak leh nak buat ape bila motherboard rosak. So, terima kasih ip7plus. Di saat orang pandang enteng sebab pakai android, anda hadir at least buat saya rasa tak rendah diri dalam keramaian. ahaks. Goodbye to you my trusted hp~

Since 2018 to 2025, RIP

Berbalik kepada cerita Flipz 5. So, sebab aku dah terbiasa banyak hp dalam satu masa, bila Flipz5 je kat tangan ni, macam tak syiok lah pulak sebab hari2 memang duk main hp je. Buat kerja pun pakai hp. so bateri cepat lah abes. Dan bila beteri da abes, aku kena charge dan bila dah charge... Aku kesepian~ Hahahha.

So, aku terbeli Flipz3 sekali lagi. Eh.  Ops. 

Ha, nasib baik terbeli, tetiba suatu hari di bulan februari, sedang aku helok aje duk guna flipz5 tetiba screen hang. Aku ni dah kenapa. Ayyoo. Dan beberapa kali jugaklah aku duk force start. Kadang-kadang OK, kadang-kadang hang. Last-last black screen. Memang aku ade update software baru-baru ni, tapi tak sure sebab apa.

Simpton dia jadi macam masuk air ritu. Kat cover screen OK. Tapi skrin dalam hitam. Dia tak mati tp black screen. Buntu tapi aku malas nak hantar kedai dia kat KL. Lagipun masa ni bila dia wat perangai aku back up data dalam Samsung Cloud dan transfer pegi ke Flipz3 jadi x del a buntu sangat kan. Reasons kenapa aku malas hantar ke kedai tu sebab:

1. Jauh, dan leceh skit nak kena post nak kena tu ni.

2. Waranty da void sebab penah masuk air.

Samsung Service Center pulak kata dia boleh baiki tapi lepas tu tak de waranty bila jadi balik camni. Eh. Harga baiki??? sama cam beli baru..huhuhuhu. 

Aku decide hantar Fix Mobile lah, Dia jumpa punca, ribbon clash. pastu dia jadi macam alkisah cam Flipz3 lama yang segan mati tak mahu. lama gak dalam jagaan Abdul Bari tu ade dalam 3-4 minggu sampai dia give up. Aku pun give up jugak.

So, dalam Fix Mobile duk pegang Flipz5 tu, aku pun decide nak beli Flipz6. Aku pun tak tahu la ape yang serasuk aku sampai camni jadinya. Fulus melayang aje kejanya dalam tempoh tak sampai setahun. 

Sebab macam dah tau kalau baiki beria pun tengok-tengok kejap je boleh guna. Still Flipz5 tu hidup. Tapi kat screen depan jela. Dalam memang hauk. Aku ingat nak tunggu latest update la takut-takut bug dia boleh repair kan.

Naseb baek kat screen depan tu aku letak apps macam kat main screen, sekadar nak belek tiktok, facebook, youtube tu boleh lagi la. tapi limited jugak la. Huhuhu. Last-last Flipz5 tu jadi radio je aku stream kat youtube molek.fm pagi-pagi wktu bersiap untuk pegi keja.

Walaupun Flipz6 dah berada dalam tangan. Tapi aku septikal nak guna. Hohoho. Aku sekadar guna light-light gitu. 1st tak de mood sebab asek duk tukar-tukar hp. Tapi kerja yang menyenangkan bila data last day dalam flipz5 tu dapat ditransfer kat flipz6 dengan jayanya so tak de la nak start from the zero balik.

 Aku ni species yang old skool yang x suka ubah ape yang dah setting dalam hp. Even wasap pun aku just linked je.

Sampaila hari aku nak gi China, barulah aku betul2 pakai Flipz6 ni. Time tu baru register apss online banking and wasap. Ekceli 2 ni je pun apps yang terpenting yang aku malas nak buat bila pakai hp baru. Leceh!

Yang lain-lain tu tak pe google & samsung cloud tolong synchronize.

Klu sebelum ni aku tak leh nak kata mana satu main hp antara flipz3 & flipz6 sebab 2-2 aku pakai. 2 apps utama duk kat flipz3, tapi aku bawak kesana kesini flipz6 sebab kaler kuning. Hahahhaha.

Tapi bila da masukkan online banking n wasap ni, Flipz6 la kesana kemari. Flipz3 tu guna time untuk capture gmbr or video kat umah atau Flipz6 tgh charge. Kadang-kadang selang seli la nak pakai yang mana sebab aku tak suka bawak byk-banyak gadget kalau keluar. Memang sayang sangatlah bak kata hang. Kaler kuning, bateri x penah missed, so aku make up la UI interface cam hp zaman pakai Vivo dulu..Happy ter terhingga disamping Flipz6 dan 3.

Sehinggalah baru-baru ni, samsung update datang lagi. Aku dah lupa apa yang jadi kat Flipz5. Tanpa banyak fikir dan buat bacaan kat forum helok ke tak untuk update software baru,aku dengan hepinya update bila samsung bagitau sila update. 

Aku memang excited setiap kali ade latest update software sebab kadang-kadang ade feutures yang best untuk digunakan. Kalau dulu cam Gemini blablabla tu. Langsung tak fikir flipz6 kan jadi senasib flipz5.

Flipz5 tu aku ingat bila update dia dapatlah jiwa baru.  Tapi ape..

Flipz6 software update

Sampai ke hari ini; tarikh update 19 April 2025, kejung sampai tak boleh guna langsung dah kat screen cover tu. Hidup tapi tak function.

Duk phone is starting.. sejak hari pertama update yang latest
 Sedih.

Flipz3 pulak, cite dia baru ni aku pegi Pulau Redang. As aku nak simpan memori dalam air bersama penyu dan ikan, aku pun selam la bersama dengan flipz3 ni. Aku kompiden air tak masuk dalam uncang waterproof, tapi sekali aku tengok ade kesan-kesan wap dalam tu lantas aku pun ke darat dan cek. Air masuk dalam uncang tu uwaaaaaa... Sadis sebab air masin dan menggangu Flipz3 dan aku murung.

Dia hidup tapi tetiba switch off sdiri. Sekarang duk dalam bekas beras. Harap beliau selamat la.

DAN TERPALING SEDIH, FLIPZ 6..... Sejarah telah berulang. Dia jadi macam Flipz5 ritu. Dan bila aku check kat forum rata-rata yang update samsung memang mendapat black screen. Allahu. 

Sedih tak tergambar.

Kali ni mungkin bernasib baik, sebab ada warranty. 

I hope so~~~~~~~~~

Dugaan apakah ini??

Cerita telefon beta ada kat sini, sini jugak

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...