marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 22 Februari 2021

Drama Review: True Beauty part 2

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobun..

Ni suka sangat ke dengan drama ni sampai kena buat part dua? Ahaks.

Nak kata suka sangat tu tak de la... Tapi memang suka pun hahahaks.

Tapi jangan tanya sis team Han Seo Jun ke Team Suho. Sebab dua2 sis not interested. Kunun.

Sasileun yo jaega.. (read: sebenarnya saya)  team kakak Ju kyung! 😄

Lim Hee Kyung hahahhaha~

Kakak dia nih tomboi2 skit. tapi dalam hati ade taman. hua hua hua. Na corom.

Entri ni sebenarnya bukan nak wat review story sangat tapi more to benda yang dalam cite tu related with me. 

Haa.. korang nak tau tak? Aku bila tengok drama korea ke melayu ke omputih ke ape ke, aku tak de tertumpu kat jalan cerita 100%. Kengkadang tu mata tertumpu kat benda lain macam interior design dalam umah ke, pasu bunga ke ape ke. Pendek kata latar tempat dalam cite tu kengkadang secara tak langsung bulih tarik minat kita. (eh yeke? Kita ni mewakili aku sorang ke kita2 semua eh)

Aku dari dulu lagi suka tengok drama korea yang fresh sebab nak tengok interior umah. Tak kisah la cite cheabol ke cerita orang miskin. Mesti ade benda yang menarik minat. Siyes said. Ade je benda-benda menarik nak bagi perhatian bukan setakat tengok muka actor-actress je. 

Percayakah anda aku sebenarnya tak cam pun muka-muka diorang ni sampai la beberapa episod. Even nama diorang pun aku tak ingat. 😄. Ni mujur ade google je ni. Even nama kakak Ju kyung tu yang aku kata team dia pun aku tak ingat 💆. My bad.

So, dalam True Beauty ni ade enam benda yang related nak aku story morey.

1. Latar rumah dan kedai mak  Lim Ju Kyung penuh dengan hasil crochet!

Yang ni aku perasan bila diorang dah pindah rumah balik ke kampung. Wah tak sangka dalam True Beauty banyak hasil kait crochet dipertengahkan. Maybe dia nak tunjuk rumah kampung kan. So elemen handmade perlulah menonjol. 

Sebagai #crochetgeek mata kite selalu memerhati naa..
 
Aku ingat dalam cite ni ayah Ju Kyung la yang mengait semua benda tu sebab mak dia busy keja. Ayah dia pulak jenis faminin sikit. Suka buat keja-keja art & craft. Rumah pun ayah dia yang kemas kan. Pastu baju pun ayah dia yang lipat kan. Terbalik dengan perangai mak dia 😂

Orang korea ni suka produk handmade. Siyes tak tipu. Aku ingat masa kat Nandaemun tempoh hari kitorang ade singgah membeli kat satu kedai ahjumna ni beli banyak cenderahati wat balik Malaysia. Tapi time tu aku tak beli sebab aku bajet nak survey dulu. Lama lepas aku survey aku datang balik kat kedai ahjuma tu. Tapi aku datang sorang sementara duk tunggu yang lain cuci mata kat kedai-kedai lain. 

Sedikit gambar kenangan sewaktu ke Nandeamun market. Tiber~~

Pastu aku try-try la magic word "kaka juseyo" mintak diskaun siap bgtau td dah datang membeli. Dia ingat weh kitorang.  dia cam sebab tengok mafla aku pakai. kitorang semua waktu tu pakai mafla aku kait. Dia siap kata handmade. yeppoyo. haha. Maka dapat la harga diskaun. ngeee..

Tapi camane pun aku agak la (agak ye) producer macam tak tau mengait ni ade banyak jenis. Produk yang kebanyakan ditonjolkan dalam drama tu produk crochet tapi dalam cerita ni waktu Ju kyung bagi gift kat Suho dia bagi hook untuk knitting. Kat situ nampak la bercanggah sikit. Mesti orang yang tak tahu pasal seni kait mengait ni ingat product crochet adalah sama dengan knitting.

Langsung tak sama tau. Crochet pakai 1 hook. Knitting pakai 2 hooks. Dan texture product pun lain. Cara buat pun lain.

knitting style

crochet style
Sama dalam cerita Start-Up. Semua orang tag aku kata Nam Do San mengait. Bila aku tengok dia bukan crochet tapi knitting. 😭. Tapi kat office dia product yang dia kait semua hasil crochet 😭😭😭.

But to tell the truth, persamaan crochet dan knitting pulak sama-sama dapat release tension..

dan boleh lupakan orang juga. Trust me. 

...dan dapat buat duit juga. 😇😇😇

2. Su Ho

Their Su-Ho

Su-Ho maksud dia guardian. Dan nama Su Ho sangat related dengan Exo-L. Hahhaaa. Sebagai exo-L aku hanya kenal sorang je Su Ho atas dunia ni.

Tapi kenapa dua-dua  Suho ni lebih kurang je muka dan perangai dia 😂. Kengkadang aku kompius aku tengah tengok True Beauty ke tengok Exo Show Time ni 😂. Bring back all my memories when my only ex I truly heart was EXo. 

Our Leader nim Su-ho

Pastu demi memastikan kepopulariti our leader-nim masih lagi menyerlah aku try google nama Suho. Naseb baek gambar uri leader-nim masih menggungguli carta.

Huh, tak sia-sia jadi ounnie die-hard fan Exo hahahaha.

Uri Saranghaja 💗

3. Han Seo Jun

Second lead hero dalam True Beauty ni Han Seo Jun. Walaupun ramai yang heart dekat Seo Jun dan tak kurang yang bersimpati dengan dia. Aku tetap team Lim Hee Kyung. Han Seo Jun ni walaupun dia cam gangster dalam True Beauty tapi aku rasa dia anak mak la. Kiut pulak dia punya style.

Mama boy

Cam dia kasar orangnya. Orang pun takut sebab maca dia jenis suka cari pasal dengan orang. Tapi yang sebenarnya dia punya hati tisu je kot. Orang takut dengan dia maybe sebab dia jenis bawak motor besar dan jelingan matanya boleh tahan bekengnya (baca:begis).


Renunganmu~
 

Lama aku peratikan Seo Jun ni. Seperti seseorang. Yang aku kenali sejak dulu lagi~

Lama-lama-lama baru aku terperasan la. Ya. Memang wujud dalam pandangannya 1 Sung oppaa~ aka Ye Sung Super Junior. Hahaha. Character dia camtu la. Sisi lembut mereka adalah orang yang mudah fragile dan tak reti berterus terang.


hai uppa

Okie dokey oh!

Btw. Han Seo Jun ni umur real dia 29 tahun. Cess. Pegang watak budak sekolah pun masuk lagi kot. Aku ingat dia sebaya je dengan Suho tu. Rupanya hyung. huuhu.

 

29 tahun. senpai makan ape?

4. Adik Lim Ju Kyung- Aku lupa nama beliau.

Watak lain yang aku suka adik Lim Ju Kyung yang kiut nieh. Hahaha. kiut ngat dengan cara dia approach budak sekolah dia tu. Even dia tau kawan tu tak secantik bidadari pun still lagi nak. Kena reject beribu kali pun still nak. Benarlah cinta itu tak mengenal rupa. 😃

Kim Min Gi-18 tahun

Kim Ryeowook, 34 tahun

Tapi camane pun. Beribu kali aku tengok budak ni dia tak ubah cam Ryeowok Super Junior gak. Hurm.. Why my eyes. Why. Habis orang aku tengok cam suju oppa ni why. 

Hentahlah. 

Tak kesahlah yang penting Suju selamanyaaaaaaaa~

Uri oppaa

+++++

Sebenarnya banyak lagi benda-benda yang related. Tapi malas pulak nak ulas panjang-panjang ni. Korang kena tengok sendiri baru puas hati tau. Alah tak banyak 16 episod je. 

Sekarang ni aku layan drama on-going. True Beauty dan habis. Mr. Queen pun dah habis. Bila dah habis drama, cam tak tau pulak nak buat ape.

Korang ade drama best untuk di recomend tak? Jom layan sesama!





Khamis, 11 Februari 2021

Drama Review: True Beauty

 .: Assalamualaikum:.

Sape layan drama Korea True Beauty angkat tangan? Semangat! Masuk-masuk terus tanya soalan kan. Hihi.

 

Anyeong cinguya!

Best tau drama ni. Boleh la layan musim-musim PKP ni tengok drama Korea on-going santai-santai. Cerita budak sekolah boleh la mengenang memori zaman lampau walaupun dulu sekolah semua pompuan. 

Drama True Beauty ni ade 16 episod semuanya. Baru je habis minggu lepas. Jarang acually aku layan on-going drama ni. Layan lepas tu habis. Memang jarang-jarang la. That's mean drama ni best!.

Adaptasi dari webtoon. Webtoon True Beauty pun dapat sambutan hangat tapi aku malas nak membaca kat webtoon so tengok je la kan. 

Tak de beza pun webtoon ngan real 😂

Cite dia pasal budak pompuan sekolah menengah Lim Ju Kyung yang asek kena buli dek budak pompuan yang kunun2nya paling lawa kat sekolah tu. Teruk dia kena sampai satu hari dia amik keputusan drastik nak bunuh diri. Sebab? 

Hari-hari pegi sekolah kena bahan. Sape tahan

Sebab dia kena body shamming dekat sekolah oleh geng budak pompuan yang kunun2nya paling lawa tu. LJK ni kalau kire budak yang ada self-esteem tapi sebabkan budak pompuan-yang-kunun2nya-lawa tu dia amik keputusan nak bunuh diri.

Stress. Tgk episod 1 pun dah nak bunuh diri. Hoho. 

Nasib baek ade orang selamatkan dia dari terjun bangunan, kire dia tak jadi bunuh diri la. Fuh naseb bek kalau tak, tobat aku tak nak tengok cite ni sebab klu starting dia dah melankolik memang tak la aku nak melayannya.

Lucunya sebelum nak bunuh diri tu dah satu family dia hantar last notes. Bila tak jadi bunuh diri ni gelabah nak padam satu persatu last notes dia tu. Naseb baik tak de yang sempat baca lagi so dia relief. Ntah relief ke sedih ntah. Nampak sangat nobody cares her. I felt that girl.

Balik umah rupanya ade lagi kes paling berat! Ayah dia kena scam siap  gadaikan umah hasil titik penuh mak dia. Mengamuk habis mak dia sampai nak bercerai berai. Dengan itu diorang terpaksa berpindah balik ke kampung halaman diorang sebab mak tak de duit dah nak tebus umah. So nanti diorang akan bertukar sekolah jugak.

Ting! 💥💥💥

LJK nampak sini satu sinar baru untuk dia. So, dia tak yah gi sekolah dia dah untuk bertemu dengan budak-pompuan-yang-kunun2nya-lawa tu. Dalam tempoh proses kemas barang untuk berpindah, LJK pecahkan tabung untuk beli alat-alat make up dan belajar kelas make up online. 

Oh ya. Dia kena buli kat sekolah dia tu sebab rupa dia buruk. What the ???? Siyes aku tak leh brain punyalah pengecut budak pompuan-yang-kunun2nya-lawa tu. Siap ajak geng buli LJK kot.

So, bila dia dah pandai make up, confident level dia up balik. Nasib baik jenisnya self-esteem tinggi. So dia diterima baik oleh budak sekolah barunya. Serius dia make up sampai menutup rupa lama dia tu sampai tak de sape kenal LJK yang lama. 

First day datang sekolah baru terus femes

Budak-pompuan-yang-kununn2nya-lawa tu pun siap dah tak cam dia. Epik sangat. Kat sekolah baru tu first day dia dah dapat kawan-kawan baru. Happy tak terkata sebab benda ni first time jadi kat dalam hidup dia sebab sepanjang kewujudan dia semua orang mencemuh dia sebab tak cantik.

Kakak dia cantik. Adik lelaki dia hensem. Dia je yang kureng sikit. Biasalah anak second. Ngee. Orang kata anak kedua unik sikit. Tapi anak kedua belas unik banyak..~

Drama ni jenis straight forward je. Macam drama-drama budak sekolah berebut-berebut boifi dan gurly camtu. 

Tapi moral story cite ni penting kot lebih-lebih lagi di zaman sekarang zaman di mana semua orang rasa insecure dengan orang sekeliling dan mula lah wat perangai. Biasalah zaman remaja ni lah semua perasaan bercampur aduk. Yang membuli rasa insecure nak jadi good-good. Yang dibuli tanpa sebab munasabah memang boleh jadi down. 

Zaman sekolah aku dulu socmad  tak meluas sangat. Paling hebat time tu MiRC. Tak pun friendster. Tu pun bukan selalu boleh on. Time gi CC tak pun online kat rumah yang kena sambung line telefon je. So, nak insecure sangat tu tak de la melainkan gaduh-gaduh manje ngan kengkawan hahaha. Gaduh 2 minit atas sebab tak tunggu gi rehat jew pownn. Kekeke.

Mujur la LJK ni dari awal sampai akhir perangai dia maintain je. Tak de nak berlagak good-good pun bila dah cantik. 

++++++

Biasa kalau aku tengok ongoing drama jarang nak abes. Boleh jadi nervous sengsorang nak tunggu upcoming episode. Buat pulak minggu depan aku aku sibuk biasanya tak tertengok la. So bila True Beauty ni aku tengok sampai habis rasa amazing sangat hahhaa.

So you guys pun boleh spend masa tengok cite ni. Best ke tak best. 

Semua drama korea aku tengok kat viu.com

p/s: Teringat aku masa zaman matrik seseorang ni kutuk aku sebab aku tak reti cakap key el siap kata aku tak leh gi jauh sebab aku obses cakap kelate. Mengajuk cara aku bercakap. Bila jadi camni, bila aku nak bercakap dah jadi gagap. Nak kena translate perkataan lagi..Last-last tak de perkataan keluar dari mulut. 

What the.. So tension masa tu aku rasa down gile. Dah nak buat camane aku tak leh nak tukar slang aku. But fortunately aku pegi Sabah everyone welcomed me even aku cakap kelate. 

p/s 2: Of coz la aku cakap kelate bila dengan orang kelate dah kenapa nak cakap luar?!

Ahad, 7 Februari 2021

Pippin The Grey: Rumah Kucing Baru

.: Assalamualaikum:.
 
Pippin and Black Mons

Pippin asal aku adopt sebab mak dia datang beranak kat bilik adik aku. 

2 kali Rose beranak kat celah almari bilik dia dengan selumbernya. First beranak aku tak de la hyper sangat dengan anak-anak dia sebab time tu aku pun tengah adaptasi dengan suasana rumah aku (al-maklumlah leaving KL for good)

After several months, Rose beranak lagi dan untuk kali ni aku terajin pulak nak adopt 4 beradik dia. Mak dia ntah la. Beranak je tau, jaganya pulak jarang. Dia asek duk bawak anak dia 4 ekor ni ke sana ke mari. Maybe sebab tu kot aku pun macam.. Meh sini aku jaga hish!

Black Monster, Bada, Legolas dan Pippin The Grey. 

Aku sempat lah jaga diorang semua sebelum masing-masing meninggal dunia yang fana ini. Semua jadi masa korban accident kecuali Pippin yang sempat lah aku selamatkan. 

So, basically Pippin time ni jadi kucing rumah yang dia sekor je dibenarkan masuk dalam rumah walaupun balik-balik macam kucing kerong pun. Aku mandi dan dia diberi kasih sayang yang terlebih~.

Bila dah terlebih ni dia akan datanglah menguji kasih sayang kita kat dia. 

I jump you jump. Katenya..

So, tahun lepas dia buas gile, dan tak makan saman. Maybe puberty hit him and I just knew sebenarnya Pippin kucing jantan. Erk. 

So, whatever la Pin.

Awal tahun lepas dia kena sporo dan some people even vet pun nasihat supaya tidurkan beliau bila sporo tu merebak teruk.

But me..

Insan yang lemah.

+++++++++

Mengenangkan beliau hadir time aku pun tengah struggle with my own life, kucing pertama (dibaca: kedua lepas Simba masa kecik dulu) aku adopt coz i before nak kata cat lover tu memang jauh sangat la. Klu oppa lover harus. hahaha. 

So aku decide untuk sama-sama berjuang dengan Pippin The Grey. Mujurlah PKP maka aku ke Pippin ke sama-sama kena kuarantin. Sampai tuan empunya diri pun terpalit sporo dia tak ke sama-sama berjuang tu..

Sangkar besi yang aku letak Pippin ni aku pun tak tau asal dia dari mana. Aku tiba-tiba ternampak kat area store rumah so, dah Pippin pun kena kuarantin elok sangat lah pakai ni dari duk sebek (terabai) kat stor.

Tiba-tiba kucing kampung yang ke sana ke mari panjat itu dan ini kena berdiam diri dalam sangkar hampir 24 jam, ko rasa dia lonely tak? Aku rasa tu sebab dia selalu bolos kalau ade peluang.

Tapi hampir 9 bulan jugaklah Pippin berumahkan sangkar besi siap berkelambu tu

 Pastu sikit-sikit aku buatlah interior design sikit kat dalam. Biar sedap mata memandang 😂

Welcome to Pippin first house. Siap ade loft bed kot. kekeke

 Bila duk tengok Pippin dalam tu rasa kesian gak. Berkurung 24 jam guys.. 

So datanglah idea untuk buat rumah baru untuk dia. 

Ni semua gara-gara aku pegi site visit kat Pusak PetHouse Hotel and Spa, jalan Bayam. Kat situ owner dia buat hotel untuk kucing pakai material chipboard je.

Uiii. Menarik!

Ni yang workers buat kat Pusak Pet House

Ape lagi alang-alang terus aku datang idea ni.

Huntung keja kat kilang perabot. Aku minta staf buatkan design ikut measurement yang betul. Idea ni datang bila aku fikir mana nak letak rumah dia dan aku nak buat rumah ni cam almari. Senang nak bersihkan.

3 tingkat siap oh. Hahaha. Kat Pusat Pet House tu 1 tingkat je sewa dia semalaman rm15 kot. aku lupa. Pippin teros aku buat 3 tingkat. Kalau aku kurung dia at least dia boleh la main panjat-panjat sdiri.

Yang penting ade pet door yang aku beli kat shopee. Pet door tu ade 4 functions kunci pintu. Memang terbaekk. So kalau dia nak keluar masuk Pippin boleh pakai pintu tu je. Kalau aku nak mengemas aku bukak pintu besar.

Oh ya. Aku mintak tukang buatkan kabinet storage jugak.Sebab kengkadang storage pun penting jugak untuk simpan stok barangan Pippin.

So, mudah la sikit nak simpan stok makanan, pasir litter, ubat-ubat dan tools kat kabinet sebelah. Kabinet tu jugak sebagai meja untuk aku sediakan makanan untuk dia. Tak kuasa la nak buat semua atas lantai. 

Yelah, 9 bulan berpengalaman menjaga kucing sakit ni tau la kepentingan meja kerja. 😊


Lubang belakang ditebuk supaya ada ruang pengudaraan untuk Pippin. But one doesn't simply simple. Pakai cermin acrylic ni rupanya bikin fanassss.

wuuu.. I am rich becoz my owner love me moreee~

So, sebab tak nak bagi dia bersauna dalam rumah aku pun order la benda ni kat shopee. Tak function sangat rupanya. Bunyi kipas pulak bising. Aku yang tak duduk dalam rumah tu pun stress bunyi apatah lagi Si Pippin.

Jangan tak tau kucing ni over sensitif bunyi dan bau. So, kipas ni dengan citer lain not so function.

Aku terpikir-pikir jugak la kucing kat pet house camane dia hidup. 

Lupa. Kat situ dia pakai aircond daaaa.

Nak buh aircond kat rumah Pippin? memang tak kuase la.

So datang idea untuk bukak balik kaca acrylic tu. Ganti dengan jaring kerawat ke amenda orang panggil. Aku semangat pegi kedai hardware kampung. Tak penah-penah aku masuk kedai hardware tapi demi Pippin all is OK. 

Cinta ni memang buta hahaha.~

Agak pricey jugak jaring ni. Aku pilih jaring jenis lubang kecik sebab tak nak bagi nyamuk ke baring ke lalat ke masuk menyemak dalam umah Pippin. 

Dalam rm17.50 semeter kalau tak silap aku. Aku amik semeter setengah tapi sebab aku cantik abang tu bagi diskaun RM15.00 semeter.. 😊

Pastu aku bagi kat budak kat kilang uruskan. ngee.. kalau aku reti dah lama dah aku bertukang sendiri.

Apsal la awal-awal dulu tak terfikir huhuhu. Tapi cons dia jaring ni mudah berkarat la sebab dia besi kan. 

Takpe lah kalau berkarat dia cam astetik sikit kan pin kan. Astetik kan tema zaman sekarang hoho.

Macam biasa. Kita order shopee.

Bila dah ade rumah, benda assessori pun akan tampil bersama. Upgrade jamban dia sebab sekarang dia kan dah makin gemuk. Jamban lama dia tu bekas tray aku beli kedai eco. Beli bekas makanan jugak tapi yang ni pun tak praktikal. 

Ingat canggih la sikit ade bekas makan camtu tapi susah untuk aku basuh dan salin air. So back to normal pakai bekas tipuware plastik yang lutsinar tu je. Murah pun murah. Banyak pulak tu dapat. Siap penutup lagi.

Bila dah lusuh boleh buang jerr..hihi

Maka bahagialah Pippin dalam rumah barunyaaa.

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...