marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Rabu, 22 Januari 2025

Recap 2024: Memory to remember


 .: Assalamualaikum:.

Anyeong Yorobun.

 Akhirnyaaaaaaaaa, rekod-rekod accounting sudah selesai at my part dan dah hantar semua kat accountant. So, masa untuk berjimba-jimba. Ahaks.

2 bulan aku nak muntah hijau bila buat checking rekod kewangan dari awl tahun lps sampai akhir tahun memang merasa bagaikan ikan siakap 15 rasa. 

Bila dah habis kerja finance ni, kena pulak incharge kerja-kerja administration lain. Nak implement Labor Act 1955 yang latest lagi nak kena buat preparation, nak kena iv staf sorang-sorang untuk explain bagai. Dan nak ready dengan e-invoice lagi. Huhuhuhu. Banyak hal dalam satu masa. 

Tak de ke anak murid Naruto kat sini yang dah diijazahkan Tajuu Kagi bunshen No Jutsu. Aku nak join the group. Huhuhu.

 Dikesempatan yang ada ini. Ayuhlah kita buat posting yang harapnya bukan draf la. Ahahhaha. Aku tengok balik posting tahun lepas dalam 17 posts je yang terpublish. Ada jugak la yang masih status draft. Naseb la. Rasa tak akan disentuh dah hahaha..kita buat je posting baru.

Jadi, ayuh la kita recap sikit sebanyak apa yang dah berlalu pada tahun 2024 lepas:

1. Rombongan che Kiah dari Sabak ke Sabah (about 70 pax camtu) demi meminang cinta hati Bangbil

Penuh AirAsia dengan rombongan pengantin dari Sabak, siap pramugadi buat special announcement lagi dalam flight waktu nak landing. 

For me apa yang special Sabah di hatiku adalah perasaan rindu di UMS dan puncak gunung kinabalu yang semacam semalam aje berlaku. Liku-liku kehidupan 3 tahun membesar sendiri memang pengalaman yang mengajar erti kehidupan. 

Love is in the air~ ahaks.

Perkara yang paling memalukan: Nak jatuh tangga kat DKP tapi nasib baik diselamatkan oleh QKC. Ngee

Perkara yang paling sejuk beku: Sampai ke puncak gunung kinabalu dengan QKC. Ngee.

Perkara yang paling menyesal: Reject offer QKC jadi partner untuk FYP. Lepas tu meraung sorang-sorang sebab lepas tu QKC buat derrk kat aku..Huhuhu. 


 Perkara paling romantis: QKC datang jumpa kat hostel AB (Dia stay kat Kampung E) sebab nak bagi kuih angko mak dia buat and aku exchange ngan chocolate cupcakes aku paling aku kompiden buat time tu ahaks. With Love~. 

First time conversation face to face lepas sebulan duk berbual dalam YM (cuti sem) (dia pakai hotmail, ai punya pasal aku pun tak tahu camne genius otak aku pegi masuk dalam hotmail massager pakai email yahoo) dan FB lah penghubung cara time tu. Ahaks.

Since dua-dua introvert (me june 23, him june 29), ouls lagi banyak tengok pemandangan dan berbual pasal anjing comel tgh bermain kat depan dari talk about ouls. (Dalam YM kemain sembang psl diri, mengejek,psl bola (time tu FIFA world Cup)~). Jumpa depan awkward hahahha~

Aku penah reject dia dalam kelas sbb tetiba dia datang duduk sebelah aku ekceli. Secara tak sengaja sebab aku just terkejut plus nervous..

My bad. Too young too dumb too realise.

perkara paling tak leh brain: QKC ajak naik mount kinabalu, tapi suh aku perform group sdiri. errr. Aku jadi cam, k. Finee! I will do it. Ke aku yang silap paham time tu dia suh aku cari geng2 melayu so mudah la tuk aku gerak tapi sebab aku majuk aku perform group sdiri and incharge sendiri semua tapi yang anehnya, pegi daki gunung tarikh yang sama. 

30 orang dak chinese kelas aku pegi dengan dia, dan bebudak melayu & bumi + india pegi dengan aku. Tapi jumpa kat kaki gunung leklok je. hahahaha. Last-last sampai puncak dengan QKC. 

"I underestimate you Ada". Aku time tu dah smirk dah dalam sejuk di puncak gunung.

Perkara paling sedih: Kena reject kat QKC bila ajak pegi main rakit kat Kiulu. Sob Sob Sob. Sem 5 lepas aku tak nak jadi partner FYP dia memang mengelak dengan aku sob sob sob. So aku ajak dia jadi partner buat group assignment, dia Ok sebab ade Isaac sekali + Ana. Tapi vibe dia da tak sama, masing-masing wak hal sdiri last2 compile document cenggitu je.

 Aku igt lagi machenical pencil dia same dengan aku(tapi aku dah pakai bertahun dah, dia baru pakai. Aku punya kaler kuning, dia punya kaler hijau klu tak silap). Tapi time tu dia tak show off kat aku, tapi dia show off kat kak rina. Cite camane dia pakai pencil tu sebab kat Rina saje je nak kenakan aku dia tnya apsal pencil dia sama dgn aku. Aku dengar je dari tepi.. Sob sob sob..Saje nak bagi aku terasa hatila tu.

Sampai ke sudah aku tak tau tajuk FYP dia mase ni tapi aku dapat tau Fei Ge jadi partner dia. Aku kenal Fei Ge masa sem1 lagi. Fei Ge ni memang introvert tahap 1 tapi jenis baik hati dan senyum sokmo. Camane aku boleh panggil dia Ge (abang) sebab masa register dia antara orang terawal aku jumpa dan aku tau umur dia baya Une. (Une aku tak panggil abe pun gelenya Fei Ge aku panggil Ge) (actually terpengaruh cite cina taiwan.. hahahahaha). Nyesal pulak reject jdi partner QKC huhuhu. Terpaksa Fei Ge jadi partner.

Makin menjadi-jadi QKC mengelak dengan aku bila gosip Ng Chee Hau tersebar. Hampeh tol Ng Chee Hau. Sem 6 lagi lah bertambah gundah gulana bila, asek miss-interpret, misunderstading dan missulikecrazy masa ni. Orang amik shortcourse pasal networking dia pegi amik pasal software (aku punya FYP pasal develop sistem, dia pasal networking). Pastu tak leh jumpa kat kelas hurmm.. 

Dah la selalu masuk kelas lewat. Naseb baik masa ni aku tak kepoci tapi merenung pintu untuk tengok sape masuk kelas..Huhuhu. Kalu dulu-dulu (sem 4) selalu sama ada duk seat belakang aku atau depan aku, sekarang duduk area aku kena berusaha banyak nak cari mane hang. Sobbsss.

Awal Sem 4 lagu Menatap matamu selalu bermain dalam otak, Tapi masuk sem 5,6 ni lagu If I let you go je duk terniang. Sobbbs.

Dia tak tau sebab dia je result peksa aku cantek dan up. Dah sape suh dia budak pandai. Aku dah tangkap segala jenis cintan kat dia dah time ni.

K.. Cukup tuk throwback reply 2011. Menyesal tak abes lagi ni.. hahahha.

Benda lain nak throwbck, benda lain lak di throwback.

Overall, jenjalan ke Sabah memang membuka 1001 chereta kita~ 

Hmmm.. cam aku dah tak igt nak throwback ape dah bila terbukak cerita lama ni. Next time la pulak ku recap memory 2024 ni hahaahah..

Sorry~ 

When you have chance to take the picture but make it blurr =.+

Hey, you are the one tell me to 'Keep In Touch' after convocation. I kept my promise, but where are you now? 😢

 

Selasa, 7 Januari 2025

Selamat Tahun Baharu 2025

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobunnnnn..

mat tahun baru ouls.

Tetiba memalam rajin check blog maka tercetuslah satu posting disini tanpa dirancang.

BTW, me is quite busy jugak nowadays. Keja ofis melambak. Awal tahun ni kena la urus hal-hal perkaitan dengan kewangan untuk dihantar kepada auditor. Huhuhu. Selain itu juga tak kurang busynya juga dengan hal rumah tangga ini. 

Cuti sekolah ritu my sister of fourth and family balik bercuti kat kampung. And as usual, my houselah menjadi tempat persinggahan bila adik-beradik pulang ke kampung. Nak jadikan cerita juga bila tahun 2023 musim Oghe Dale Pagar melangsungkan perkahwinan, jadi untuk 2024, diorang berpusu-pusu beranak lah pulak. Ahaks.

Yang mana bila ada hal-hal camni, bab-bab ziarah, makan-makan memang dah macam Hum Sath Sath Hai la jawabnya. Bermula dengan Diha aka anak buah sulungku beranak pada bulan 12 baru ni, ouls of us ape lagi, laju je gi KL nak tengok the first cucu everrrr~

Dah tu tak beringat, sekampung tinggalkan kampung pegi KL nak tengok cucu..huhuhu. 3 hari jugaklah bermusafir kat sana dengan 4 buah kereta. Lepas seminggu 2 kakak ke empat balik kampung lebih kurang seminggu. Ape lagi. Yang ni lagilah habis segala aktiviti berjalan tanpa dirancang. 

Boleh-boleh kakak aku ini host sukaneka suka-suka pada pukul 3.00 petang. Sukaneka tu berlangsung jam 6.00 petang. Kata penyertaan untuk anak-anak buah je tapi yang tua umur 50 tahun pun join sekaki. adehhh

Lepas tu tetiba, abang ke 3 ajak pegi Kuala Ganu. Ini pun suka-suka hati tetiba yang diberitahu malam sebelum kejadian. Huhuhuhuhuhu. Layankan je la. Naseb baek abang.. klu orang lain memang tak dok maso nok laye~

Tak cukup dengan itu? tetiba anak buah tempah court badminton dan dapat sambutan hangat dari 1 court terus jadi 3 court, muka sama yang hari-hari ni jugak yang memeriahkan suasana court tu. Orang main badmintan beregu 2 orang, tapi dapat kat bebudak ni dah jadi gelanggang sepak takraw dah. beregu 3 😂

Ade lagi, girl's day out, aku and adik beradik pompuan saje keluar mengopi, tengok-tengok abang aku yang ke 10 FOMO nak join sekali. Gegak gumpita Kupinangmu Dengan Bismillah Cafe dengan cerita yang sama sejak 2 tahun lepas, masing-masing bercerita mengenangkan arwah omma & appa. Waktu nak balik, kakak berbasi-basi la dengan budak kat kaunter, orang tu kata, tak pe jarang-jarang jumpa..

Haaa.. jarang la sangat~~~~

Lepas tu, Diha buat balik cucu, 'Mas namamu siapa', 'Abdullah' (lah, tiba-tiba) sebab nama cucu sulung beta itu Abdullah Muhamed sempena nama tokku belah kedua-dua. Dan aku pun memandai bubuh nicknamenya , 'Loh'. Sebab teringat che panggil nama manja ayah camtu la kalau bercakap berdua 😍. Tok panggil abe walaupun beza jarak umur jauh. Yang penting ayah restu hehehehe bahasakan nama. Ngeee..

Dan sehingga itu, my life sangatlah contain. Dan rasa terisi walaupun sendiri. Tiber.

Hal ini menyebabkan aku rasa nak fulfill azam 2012 dulu aje. 

Ni... xian zai... zai nali? wo chenda xiang de ni..

As 2-3 tahun lepas aku tak de azam, maka rasa tahun ni aku kena ada azam baru. First, nak pikei nak gi jenjalan kat mana. Second, Nak reno rumah. third, cari soulmate aku sesat kat mana. Adik aku suh aku kawen masa hari raya. 😂. Firasat aku mengatakan 2 azam ni probability akan berjaya tapi yang ke 3 tu.. hmmm.. kita serah kepada Allah SWT.

K bai. 

p/s: gambar akan menyusul kalau i rajin edit post ini.

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...