marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Ahad, 22 Jun 2025

JALAN-JALAN-JALAN 2025: Ni Hao! China - Yunan part 1

 .: Assalamualaikum:.

Ni Hao!

Salam perantauan dari Xiangkerela
 

Yeah.. Sebenarnya aku memang dah lama bercita-cita nak menerokai negara China one fine day. Minat aku kepada culture Cina ni sejak darjah 3 lagi sebab tiap-tiap petang pukul 6 petang mesti layan drama cina dengan keluarga. Cerita-cerita historical pasal istana perang cenggitu la. Walaupun rambut tocong hero hencem! Paling aku suka custom diorang la yang lawa-lawa dengan pelakon pompuan cantik gile. 

Cite ape aku tak layan. Tak cukup kat TV3, TV2 pun onz. Aku ingat-ingat lupa tajuk c drama yang aku layan masa umur 9 tahun tu The Battle of The Majesty. Cite pasal maharaja ade anak lelaki ramai pastu pakat nak bunuh ayahanda sebab nak takhta. Yang Chan, Yang Chen,. Yang Cheong dan lain-lain. Orang lain yang dituduh pemberontak, orang lain yang kena hukum. Sami dalam cite tu nama dia Sami Mangkuk. Ahahhaa.

Kecik2 pun dah tengok cerita politik dunia padan la kalau kalau orang nak gaduh pasal politik dengan aku, bring it on. Hahahahhaa

Okey, Tamat throwback zaman dulu-dulu. Kita kembali kepada cerita asal. Kembali ke Sri Pentas. Tibe~ 

Negara China ni besar kot. Sebab negara ni terlampau besar, aku pun tak tau sebelah mana yang patut aku terokai dulu untuk mengembara. Ingat nak gi Kota Larangan kat Beijing, alih-alih aku layan belah Yunan dulu. Tu pun sebab 2-3 tahun ni belah Yunan ni famous sikit dekat tiktok di kalangan rakyat Malaysia. Yunan pun Yunan la, yang penting Bahasa Mandarin aku dah kelaut. 

Tahun lepas banyak bebudak Malaysia asek duk sebut Dali la, Lijiang la, Kunming la.. dan semua tempat yang disebutkan ni terletak belah Yunan.

Aku actually dari tahun lepas lagi kepingin nak gi Yunan ni tapi tak de geng. So, aku reserve la untuk pegi dengan my siblings sebab adik aku yang bongsu pun macam berminat jugak nak join. Tapi kalu kitorang berdua memang tinggal harapan la. Sebab aku dengan adik bongsu ni dari segi perangai bab2 gini lebih kurang je. Sama ade over excited atau no feeling. So, kengkadang bimbang jugak pegi berdua jadi we need more people in the group. Aku dengar-dengar abe din n family berminat nak pegi.. Tapi bilaaa??? hukhukhuk

1 luggage and 1 hand carry

 Masuk bulan tiga, everyone da ade planning nak gi berderat, tapi diorang nak pegi tu dengan rombongan lain. Abe Din & kak chik dengar-dengar nak gi Mesir with diorang punya hal ehwal diorang lah. Iwa& husband & Hana nak pegi Morroca with her in law's family. Hakimah dia banyak beraktiviti dengan budak2 USM. Aku syak dia jadi MPP USM sekarang. Tapi dia x de brag pulak. Jadi tak sure la. Tahu la tahun lepas dapat 2 anugerah PPSK POSTGRADE. Biasa dia akn brag pastu da tak bagi aku join aktiviti dia dengan alasan, "ni program PPSK USM" Hurm! Dia mungkin lupa aku ni alumni USM jugak kott~

Tanya AAB & Fara incase diorang ade plan pape tahun ni, tapi disebabkan Fara dah abes AL (dia guna masa abang ipar dia sakit + meninggal) so, no plan so far. Fara ade ajak pegi Bromo, but me tak nak naek gunung..Huhuhu. (Actually me n Kimah ade plan nak naik Kem Baha sebelum posa, tapi sehingga post ditulis, masih lagi dalam status POSTPONED) 

Aku pun nak buat perangai jugaklah. Dah semua orang jenjalan seska hati cenggitu (Padahal awal tahun dah pegi Pattani dengan family abe Yom & abe Din) 😂, maka aku usha-usha sape yang boleh membawa hati yang lara ini. Husna ritu (tahun lepas) ade tanya nak join tak trip gi Korea sebab kawan Korea dia nak kawen, aku time tu tak berminat sebab baru balik Bangkok. Tapi sekarang ni try usha-usha Husna kate dia dah book everything da. Hurm. Sokey. 

Aku tengok story Kak Nisa dia trowback gambar dia pegi Bromo (klu tak silap). So aku react and dm dia. Sembang punya sembang dia kata dia nak gi Yunan nanti. Kak Nisa ajak pegi Balkan, tapi macam aku tak berminat sebab lama jugak rasanya trip dia. Ade dalam belas-belas hari. Kot. Tapi sebab aku tak amik port pasal Balkan jadi tak de dalam bucket list lagi. Aku berminat nak gi Yunan lagi..Ngeeeh

Rupanya-rupanya dia nak gerak gi Yunan lepas raya 11 April 2025! Er.. Ni kalau aku pegi ni ade yang terkezut ni. Sebulan lagi kot. Tapi kak Nisa yakinkan aku untuk pegi so aku tak teragak NAK PEGI! Dengan kak Nisa ape nak difikirkan lagi. She is my sister kot!

So, lepas kak Nisa bagi detail, aku pun bayar booking. Kitorang pegi dengan pakej sebenarnya. RM5300 + RM300 (Dragon Snow Mountain) 

Pakej termasuk tiket flight (4 routes), tiket train (kunming-Shangrila-Lijiang-Dali-Kunming), other transport fee (lrt & kereta sewa), hotel (6 hotel) dan tiket entrace tempat yang bakal pergi dan Dragon Snow Mountain & show selama 10 hari. Kitorang pegi dengan Southern Airline dapat 2 kali hotel transit include dalam flight ticket.

Yang join trip ni 6 orang je. Aku , kak nisa dan 3 orang kawan kak nisa dan sorang solo traveler.

Excited ke tak, memang la excited, aku cuba polish bhs Mandarin aku dengan mengeluarkan khazanah buku masa aku belajar selama 3 sem dengan laoshi tapi malangnya, aku dah malas ahaks. So, tengok je la camane aku survive nanti 😂😂😂. 

Orang busy buat preparation raya aku busy buat preparation nak gi China. Family aku pun hanya beberapa orang je yang tau trip aku ni, yang lain malam sebelum bertolak baru aku bagitahu detail trip aku bila abang no.2 aku berbunyik ahaks. Padahal da bgitau sehari lps aku dapat tiket yang aku akan ke China nanti. Tu pun aku wasap group family je. Ingatkan ouls x concern aku nak berjalan ni. Hikhikhik. Terasa disayangi.

 

Lama 10 hari. Mula-mula aku ingat 8 hari je. Bila tengok itenerary balik, eh la.. 10 hari. Naseb baek aku dapat tiket BRI-KUL-BRI pada hari yang sama nak naik KUL-Guangzhou. Kalau tak ade jadi 12 hari trip ni huhuhu. Aku ni mane boley travel lama-lama. Rindu nak berhibernasi kat Atas Loteng.

6 +1

Tapi bila dah realise trip ni lama aku pun plan leklok la keja kat opis, hand over ape yang perlu dan plan semua pre work and post work supaya aku betul2 dapat menikmati menjadi seorang Xiao Yan Zi di China nanti.. Ngee..

Settle before raya

Since kat Yunan ni ada orang Islam, so kedai makan halal rasanya mudah untuk didapati kot. So, tak macam trip2 oversea sebelum ni, aku bawak travel food ngam-ngam je tak macam yang sebelum ni bawak banyak-banyak tapi tak abes pun sebab selalu dapat menikmati makanan halal di negara tersebut.  

So, bila da dekat dengan tarikh, memang tak sabar la nak tukar language ni. Tapi pape pun.. stay tune kat part 2, 3, 4, 5, n 😄😄😄 

 Sempena hari ini tahun ke 2 Che meninggalkan alam fana, aku mohon kepada Allah agar letakkanlah kedudukan ibu dan bapaku dikedudukan yang mulia di sisiMu, Allah.

Al-fatihah untuk keduanya.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...