marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Ahad, 6 Oktober 2019

Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 1

.: Assalamualaikum :.

Rindu kite tak?

Hew hew hew buat muka tak bersalah tak update blog.

I is suka betul bulan September ni. Minggu 1 cuti panjang Minggu 2 cuti lagi. Tak ke heaven tu asyik cuti jer?

So cuti-cuti ni haruslah kita mengisi dengan perkara-perkara yang mengeluarkan belanja yang banyak ye. Ye la time ni masanya nak menghabis saki baki duet bonus ke ape ke.kekekeke. FREE, YOUNG & SINGLE. Why not??~

Hmm.. Mujur PT dah settle kuikuikui.

kemanakah kita dengan topi umpama pendekar mustang ini..
So, cuti panjang hujung Ogos dan awal September ni ayuh lah kita melebarkan sayap ke negara orang melihat hasil tangan orang luar pulak. Rancangan asal nak gi China sebab ade sedara ajak " klu demo nok gi kawe bowok gi jale" Kata Yusof dengan pelet cina-kelantan pekatnya itu. Nak bawak abe E dan adik-adik gi kampung halaman dia katanya. Yusof ni sedara belah mane ntah tapi yang pasti dia cina muslim dari tanah besar lah. Saudagar China-Malaysia.

Bulan Ogos baru duk sibuk nak tengok tiket flight ke China  memang harga dia orang ada-ada sahaja yang mampu beli. Kita mampu search je. Jadi sepakat membawa berkat kitorang buat u-turn nak bercuti dalam negara je la iaitu ingin ke Sabah bha!. Aku dah siap nak offer buat iti dah ni klu jadi gi Sabah.Well Sabah tu ibarat negeri ke dua akulah kononya. Ade rindu kat situ katenya. Tapi biasalah. Ingat dalam negeri tiket flight jadi murah? Hmmm..

Mahal jugeek.

So, rancangan makin melencong sampai merepek-repek nak pegi Eropah la, nak pegi Jepun la, nak gi Bali la, tapi bajet ciput. So tengah mencari-cari destinasi ke mana harusku bawakan cintaaa ini.. ke utara timur selatan barat ku jejaki~ eh ternyanyi pulak, tetiba marilah kita gi Ho Chi Minh yang mana destinasi ni memula tadi dah kena reject atas sebab-sebab tak pasti.

Sambil itu, abe E check tiket kat Malindo. Sedang elok time tu jugak Malindo tengah buat promo tiket luggage FREE 20 KG. Teros abe E book untuk dia agar yang lain akan menyusul kemudian. Benar. Kami jua pantas berbuat demikian. Jadi expedisi melebarkan siri peta penjelajahan menjadi kenyataan apabila tiket flight dah Book. Sape nak cancel tu suka atilah. Tak bertanggungjawab. Seramai 7 orang yang akan bersama dalam misi kali ni. Abe E, me, Tikah, JaE, Iwa, Kimah & Diha (Susunan ikut umur k)

Tamat cerita beli tiket.

Aku pulak. Koya nak gi oversea padahal pasport dah nak expired. Mana boleh keluar negara kalau expired dia kurang 6 bulan dari tarikh travel. Maka terhegeh-hegehlah aku beratur kat imigrasen dengan makhluk yang ramai. Orang kelantan ni bab berjalan nombor 1 rupanya. Dah seminggu imigresen penuh dengan orang nak buat passport maka tersadailah aku barang sejam dua di RTC Kota Bharu itu. Hasil tersadai dapatlah siap passport kegemilngan ini hari tu jugak.


Settle passport, misi membuat itinerary dan cari accommodation pulak. Macam biasa ahli ramai so pakat-pakat lah berkumpul untuk brainstorm iti dan accommodation. Sampai tertidor-tidor gu lawan waktu brainstorm tu. Nak berkumpul pon satu hal kena buat kerahan supaya datang hahahhaa. Well.. Kita kan adik beradik. 

Settle bab itinerary dan accommodation. Time to tukar duet.

Tiket fight pergi balik  dari KB-KUL-SGN-KUL-KB dah dalam RM5++, ground pulak lepas kira-kira accomodation + makan + transport + shopping + Sight Seeing so we decided tukar dalam 2.5 juta Dong. Ok. Dong ye bersamaan lebih kurang RM495 camtu. Kire bajet tuk jenjalan HCM ni abes la dalam RM1+++ . Aku bukan kaki shopping sangat so selamat duet kat situ..hahahha. (mohon percaya)

Hari yang di tunggu tiba. 28, 29,30, 31,1. 5 hari digunakan untuk menjelajah bandar HCM, Vietnam. Let's goooo...

 Hari Pertama & Hari Kedua

Awal pagi lagi turun rumah sebab tiket flight pukul 6.30 pagi. Rumah ke Airport 5 minit je so tak de hallah solat subuh kat umah pun sempat lagi. Abe lie hantar we ouls semua pakai Hilux. Membolosi perut Air Asia dan sambung tidur. Sejam kemudian sampai kat KLIA2. Tetiba dapat massage Flight ke Saigon (airport HCM) re-time dari kul 2 ptg ke pukul 5 petang. Adeh. 

So, melengahkan masa dengan makan-makan dulu kat food court Kaizon KLIA2. Makanan kat sini affordable la dan big plate. So, isi perut dulu sebab nanti nak play till drop kat KLIA 1. Hahahaha.

hepilah.
Sampai KLIA1 dalam tengah hari. So nak boarding lama lagi. Settle urusan check in dapat announcement diorang suruh masuk gate awal takut-takut sistem failed cam semingggu sebelum tu. We ouls menurut perintah je la. So, amik peluang untuk cari area lepak tepi boarding gate. Masuk Zuhur gi solatjamak-qasar terus. Mudah pasni tak yah kalut-kalut orang pun tak ramai lagi. 

Lencun nak tunggu boarding time. Jelajah kiosk-kiosk sekitar untuk membuang masa yang banyak ini.huhuhu.

Kul 5 ptg camtu, maka pakat ramai-ramai membolos perut Malindo untuk ke HCM. Tak lama pun untuk sampai ke HCM ni. Dalam 2 jam 30 min. lebih kurang nak gi sabah lah. Masa dihabiskan dengan tido je la. Makanan order waktu beli tiket tak sampai-sampai. sadis giles. jadi tido je la.

Sampai HCM dalam pkl 6.30 ptg waktu tempatan. Malaysia-Vietnam beza waktu dia sejam je. Vietnam sejam lebih lewat. Waktu kitorang sampai, ambil Grab car. MasyaAllah. Busy gile jalan raya diorang. Motor memang banyak tak tau nak cakap ape. lama jugak kitorang nak sampai kat accommodation tu sbb time tu peak hour. Orang baru balik keja. Dah tu Grab Car drop kitorang tempat yang lain dari tempat sepatutnya maka terkial-kial lah nak cari balik mane apartment kitorang menginap tu. Sebab nama landmark kat situ confusing so haruslah terkial-kial.

 A&L Apartment-Vinhome Central Park aku highly recommended untuk sape-sape yang nak datang ke HCM. Tapi apartment ni jauh lah dari City Market tu. Dalam 15 min kalau naik Grab. Tapi selesa gile. Memang lawa dan tinggi aku sukaa. (aku yang pilih apartment ni hahahaha). Klu nak book pakai booking.com je. Senang cite. Owner dia baik. Apartment bersih, ade 3 bilik, 2 toilet, ade washing machine. Boleh masak. Mall ade kat bawah klu nak beli stock memasak. A&L Apartment-Vinhome Central Park aku highly recommended!

A&L Apartment-Vinhome Central Park aku highly recommended. Big house and comfortable
Lepas settle bab accommodation, oh ya.. kalau booking kat booking.com boleh bayar cash tau. So kitorang bayar cash waktu owner datang tunjuk rumah ni. So senanglah sikit duit keluar tu nampak mana pegi. So lepas settle, kitorang pun keluarlah menjelajah ke Chu Ben Thanh. Sementelaah dengan itu perut sudah keroncong. Last makan sebelum naek flight.

Katanya berdasar review yang kami google before ni, ade banyak jugaklah kedai yang menawarkan makanan islam kat Chu Ben Thanh ni. Sebab utama, rakyat Malaysia memang suka berjalan ke sini. So kedai Islam dah tumbuh bagaikan cendawan siap dipanggil Malaysia street dah kat area Chu Ben Thanh ni. Jadi bab makan is no hal. 

Untuk hari pertama ni kita makan kat kedai Assalamualaikum. Ownernya rupanya orang Malaysia, so makanlah kami dengan hati gumbira. Nampak tak.. Nampak tak. Baru je sampai nak kena masuk kedai orang Malaysia jugak. Bukan aku lah..diorang. Aku is on je kalau memang halalan toyyiba dan sedap..kekeke. Settle makan kitorang pun mula lah menjelajah area pasar malam kat situ.

Ni adalah Pasar Ben Thanh yang memang femos amos di kalangan rakyat Malaysia
 Tak taulah harga barang-barang kat sini murah ke camane. Tapi kitorang tengok-tengok je la. Masih lagi cuba adaptasi dengan suasana kat sini. Motor kat sini memang selumber je lalu belakang depan kiri kanan kita. tak sure tu laluan kita or laluan dia. Tapi diorang tak de la pulak nak hon hon ke ape.

must have item for detla Mekong iaitu topi pendekar Mustang
Kat sini jugak kitorang nak beli tiket untuk ke Delta Mekong esok hari. So untuk aktiviti sightseeing ni diorang dah buat pakej khas dah untuk muslim. Pilihan kitorang semestinya Bismillah Travel & Tour Agency since kat situ orang memang highly recommended!

Even cousin aku pun kata kat situ jugak best. Best tu dari segi urusan, harga pakej n layanan lah. Untung sebab manager dia boleh cakap melayu. Fluent kot. Dia pun muslim vietnam nama Syifa'.

highly recommended!
Aku yang semangat berminat nak gi Delta Mekong ni lagi berminat nak tau kisah Syifa' yang mana bagi aku bukan senang muslim nak hidup sebagai minority kat negara bukan Islam ni. Dah la cantik (even dia pakai purdah aku rasa dia cantik) dah tu dia bagi explainantion tu memang detail lah.

Siap kitorang dapat free satu pax sebab pakej yang dia bagi ni beli 6 pax dapat free 1. Dah tu esok driver akan datang ambil kitorang kat depan apartment.

Dalam pakej ni harga dalam RM55 termasuklah
- Perjalanan ke Delta Mekong
- Naik boat besar dan minum air kelapa
-Jalan-jalan lawat kilang buat gula-gula kelapa

Area pulau waktu di Delta Mekong
-Jalan-jalan ke pulau unicorn untuk tengok penghasilan madu, minum-minum air madu, naik kereta kuda padi
-makan tengahhari + solat
-gi pulau ape ntah untuk mendengar orang tempatan nyanyi dan makan-makan buah
-pastu menyusuri anak sungai kecil sekitar pulau tu dengan sampan galah.
-balik ke jeti dan gi jenjalan lawat kilang jual shawl, tudung baju blablablabla.
-balik ke Chu Ben Thanh.

Waktu petang nak balik dah tapi sempat lagi bergambar ala-ala Mugiwara no Ichibi walaupun tengah ribut..hewhewhew
Dengan pakej harga tu memang berbaloi-baloi lah. Dapat makan dapat berjalan. Tu pun sempat lagi mengukur kelebaran area Malaysia Street sebelum balik. Sempat lah jugak pekena Pho Amin. Dah la tu menggegak gumpitakan kedai orang memang tak sah. Naseb baik je waiter tu letak kitorang dalam satu bilik khas sbb ramai. Dah gelap baru ingat rumah.

Tu pun punyalah lama nak dapat Grab pastu nak menongkah jammed lagi. Naseb baik berjalan dengan adik beradik. Hikhikhik. Balik rumah ZzzZzz lepas solat. Memori betul. hahaha.

Nama kedai tu Pho Amin. Pastu abe E panggil budak waiter tu Amin. Suke-suke dia je
Must try cuisine. Vietnam Spring roll

Tamat hari kedua. Eh. cepatnya dah tamat hari dua?? hahaha

Okey.. Terpanjang pulak so post sambungan akan menusul...
Tungguuuu..



Selasa, 6 Ogos 2019

Pengembaraan ke Dunia Luar : Oh My Passport

.: Assalamualaikum:.

Annyeong yorobun..

ni zmn memula buat passport kegemilangan dulu. Tujuan buat nak gi tempat lain. Tapi tempat lain yang diseru. Tapi takpe sbb sampai jugak^^

Semalam aku terbelek passport aku. Terbelek sebab nak check bila expired sementelaah itu last aku pakai passport ni masa gi wat umrah ritu. Aku ingat memang expired tahun ni tp tak igt berapa haribulan. Bulan berapa..

So klu expired so what? gittew..
Klu expired  kena lah gi renew. gittew.

Anyway proud jugaklah rasanya sebab passport yang aku buat masa zmn study USM ni (tahun 2014) aku guna dengan sepenuh hati. Ari tu masa buat aku buat untuk 5 tahun. Tahun ni dah sampai masa untuk renew. Tu pun kalau nak gi oversea lah. Kalau tak pergi nak buat ape renew. kuikuikui.

Dah check dah. 15 Oct 2019 expired. Bukan ari jadi oppa ke 15 oct tu? oh mo!

Actually sejak ade passport ni lah aku baru merasa menjelajah bermusafir melihat negara orang. Dari Thailand ke Indonesia sampai Brunei jalan lagi pergi Korea Selatan lepas tu ke Korea Selatan lagi dan lepas tu ke Madinah dan last ke Mekah untuk ibadah umrah. Bahagia juga rasanya sebab berjaya melebarkan peta siri penjelajahan merasai nikmat bermusafir melihat kebesaran Tuhan.

Rindu pula rasanya bila teringat kenangan terindah bersama teman dan taulan semasa bermusafir. Banyak sangat lah benda-benda yang buat kita merasa nilai ukhuwah dan kasih sayang bila berjalan-jalan bersama. Tolerate dengan perangai each other, back up mane yang kurang situ dan sini.

Paper pong moh la kita throwback kenangan merantau ke luar negara bersama buku merah selama 5 tahun ni.

SONGKLA, THAILAND


 Aku kira Thailand ni first time lah aku jejak. Dulu masa aku kecik sangat (4 or 5 tahun) family aku penah datang jenjalan ke Thailand jumpa sedara mara kat Patanni semua, tapi time tu aku kecik sangat. ingat-ingat lupa je. Tapi walaupun ingat-ingat lupa aku tetap kagum masa van ayah lalu kat jalan pantai. Lawa sangat pantai dia, sungai ngan laut dekat-dekat tapi ombak dia haluss je. Kecik kan.. kaguuum sangat sebab ombak kat tepi pantai umah aku garang sangat berdetum. hik hik hik.

Ni bila dah besar, pegi oversea, sendiri tanpa family di sini ku rasa diri cam dah dewasa sangat..hahhaha.. Padahal time ni aku gi dengan rombongan ISDEV untuk program Sosio culture Lab ape dah lupe..ngee.. Even pegi atas dasar kerja universiti tetap hepi sebab dapat berjalan kat negara orang. Orang sini tak makan nasik. Diorang makan pulut. Pagi-pagi makan pulut (nasi) kerabu..ngeee


MEDAN, INDONESIA


 Second time pulak ouls menjejak kaki ke Bandar Medan, Indonesia. NI pun atas urusan universiti jugak. Waktu ni ade international conference antara universitas. Aku sempat jadi pembentang jugak. Nervous dia hanya tuhan yang tahu sebab aku ni bukannya spesies suka duduk kat depan untuk bercakap-cakap. Naseb bek aniem temankan time aku kena present tu, so aku buat contact ngan Aniem je la time tu..kekekeke.

Lepas sesi perbentangan ouls jenjalan melihat kawasan la. Shopping, main sana main sini. Hahahhaa. Dan disinilah #SarangheaCingguya terhasil. Geng buas kat belakang bas yang sikit-sikit cakap nak relate dengan korea. So orang yang terpilih je la boleh tahan dgn we ouls hahaha.

BRUNEI



 Brunei lagi lah. kalau biasa 3 hari je, tapi untuk trip ke Brunei yang jugak merupakan program universiti aku sempat merasai 30 hari di sana. Seluruh Brunei sempat dijajah dari timur, selatan, Barat dan Utara..hikhikhik. Yelah semua sudah maklum Brunei negara yang kecil jadi 30 hari duk sana memang sempat la melebarkan jarak ke tempat-tempat menarik di sana. 

Selain dari Brunei kitorang siap sempat masuk Serawak lagi..hikhikhik. Rindu kat negara sendiri. Sewaktu duk Brunei ni dapat la jugak aku cakap bahasa Borneo Sabah. Rindu kat Sabah kot. Rindu kat Gunung Kinabalu.


Seronok sangat. Mase ni kamcing sangat la ngan Fara. Fara ni lagi clean freak dari aku. Dia suka betul basuh baju setiap hari. Cam aku kumpul dulu sehari dua baru nak basuh. Tapi Fara tak. Siap offer lagi "Meh saya basuh baju kok da". (kok da is nama panggilan they guys untuk aku sbb kak da is too mainstream). Aku ni kalau dak2 UPNM dah lama buli si Fara ni. Tapi sebab aku baek, terpaksa lah aku yang tgh tido bangun dan pegi basuh baju sesama dengan Fara klu tak dia amik je baju aku basuh sekali. Dulu mula-mula tu memang aku cakap tak yang nanti kak da basuh sdiri sambil ZzzZZz. Tengok-tengok baju aku dah siap basuh siap tolong sidai kan lagi =.=" We roomate after all kat sini. Fara baeeek sangat kot. 

Kat sini pong aku suka bercakaran ngan AAB yang also roomate tapi bilik lain. Kitorang gaduh sebab benda kecik je. Cam stokin sape bersepah atas lantai? Ari ni nak keluar gi makan tak? Membuli sorok2 barang. Orang tengok cam serious je gaduh. bising je bilik. Tapi masa lain, boleh lak duduk menempel sesama.AAB ni satu ari tu penah di ilang kunci bilik dia, bising satu dorm untuk misi penyelamat dan kasih sayang nak bukak pintu bilik dia. Abes cara orang Brunei buat nak bukak bilik dia time tu. Tapi time tu aku rilex je tido kat bilik sebelah. hahahha.

Bak kate Ade Yunita " Mereka ini aneh betul, kadang-kadang bercakaran, kadang-kadang berciuman" mase lepas solat maghrib berjemaah. 

We are #sarangheacingguya after all. Oh time ni Aniem tak pegi sbb dia ade plan lain masa ni. 

 tempek gambr yang mane rasa nak sudah le sebab gambar kat Brunei ade la

KOREA SELATAN

my first trip to Seoul ever..
 Haaa.. yang ni tak yah citer ahh.. 


Walaupun 80% complete tapi sudi-sudi lah membaca ya.. dah bertahun tapi travel log tak sempat nak siap lagi...ngeee..

Setahun kemudian...
 

Hai bertemu lagi kita di Tanah Air Oppa. hahahha..

 Time ni sebab adik beradik aku tak puas hati aku gi Korea jadi mereka pun plan nak buat trip ke Korea jugak. I is tak boleh dengar Korea nak pegi juggggaaaaaaaaak. Maka pada musim Autumn yang menguning, sekali lagi menjejak kaki ke negara oppa. huhuhu


Trip yang second ni happening lah sangat biar pun itinerary dah berkubang sebab pergi dengan adik beradik dia lain macam sikit QA/QC nya. Trip ni walaupun tempat yang aku pergi lebih kurang time first trip tapi lain macam jugak rasa dia sbb transport and laluan tak same dengan yang aku pergi dulu. So benda baru jugak lah ape yang aku lalui.


 yes.. we are this kind of family. ngenak ore no. 1 tapi we ouls jugak lovely one so don't worry


MADINAH & MEKAH

 Alhamdulillah dapat menjadi duyyufurrahman di usia yang muda. Nak gi buat umrah adalah cita-cita setiap umat Islam aku rasa so, rasa beruntung sangat bila dapat pergi sini. Aku dah faham kenapa setiap umat yang dah pergi umrah kalau balik diorang kata nak pergi lagi. Sebab aku pun rasa camtu. InsyaAllah ada kesempatan aku pun nak merasai lagi suasana damai berada di Tanah Haram. Kalaulah bentuk ganjaran yang Allah bagi tu nampak aku rasa tak ada sorang pun sanggup keluar dari tempat ni. Perasaan tu antara kita dan Allah je tahu. Jom kita pegi kalau nak tahu camane feeling tu.

............................................ 

Jadi inilah pengalaman bermusafir ke negara orang. Jasa passport aku tu sangatlah aku hargai. Tak sia-sia buat 5 tahun sebab betul-betul guna. So 5 tahun dah tamat. Maka adakah aku perlu renew lagi ni?

Kata nak menawan dunia menjadi Mugiwara Icibhi atas darat. 
Kemanakah kita selepas ini??

Tungguuu...


Ahad, 14 Julai 2019

Perkahwinan adik yang ke-13

.: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobun.




Selesai majlis akad nikah selepas solat jumaat. Jangan terkejut. Bukan beta tapi adik beta 😋
Iyalah jodoh itu rahsia Allah, sapa dulu kahwin bukan hal yang penting. Tapi dia yang bakal jadi ahli keluarga kita tu paling penting. Kan kan kan.
Pilihan hatinya adalah orang kampung sebelah. Tu lah kita tak tahu kot-kot jodoh kita orang dekat. Tup tup jadi adik ipar 😂😂😂
Tapi kalau jauh pun ok jugak. Boleh naik flight 😎
Tahniah oh adik yang ke tigabelas. Barakallah. 😄😄😄😄

#nlsbhome #adikyangketigabelas #jodohrahsiaallah #happyday#oksisakantryinstallwazetracejodohsispulak

 +++++++++++

Boleh je kan kalau aku kopi pes ayat dalam fb je sbb malas nak pikei ayat bombastik..kekekeke.

Tak yah tanyalah sebab aku amik keputusan memang nak kopi pes je..ngee..

Adik aku kawen memang mudah je. Bulan 12 datang merisik, bulan 2 tunang. Bulan 3 kawen.
Siap dan berbahagialah sehingga ke syurga.. Tak penah lagi berlaku dalam sejarah family kitorang rombongan pengantin sampai 5 minit jenke umah.mane tak nya kalau umah laki dia 500 m je dari umah aku... Barakallah tuk kedua-duanya..

Suami dia aku igt kampung sebelah, tapi tengok-tengok orang kampung same. Mak ayah aku da berkenan kat family suami adik aku tu walaupun suami dia barely kenal. Tapi betullah orang-orang tua kata kalau nak cari pasangan tengok family background dulu ok ke idok. kaaan. Dapat kaki masjid bestlah!

Tu la kita tak tau jodoh kta tu sape. Jauh-jauh duk mencarik last-last orang dekat umah je. Tapi tak applicable lah kat aku sebab orang depan umah aku kanak-kanak amik UPSR pun belom lagi. So aku decide nak jodoh jauh la skit. kekekeke.

Ok. Aku gurau je. 

Sape pown jodohku ku harap dia pown tengah cari aku lah.

Nak tunggu jodoh oppa korea datang jatuh dari langit lagi macam mustahil je aku dah insaf.😂.
Bukan ape. Kata Acha Sapriasa Berdua lebih baik. ngee..

Sebelum aku mengarut lebih panjang. Marilah kita tempek sekeping dua memori adik aku kawen ritu. Dah berapa bulan tertangguh, tuan badan pun dah berisi. Dapat anak buah baru lagilah makcik yang comel ini.

Asek timang anak orang. anak sdiri onjekaji? *Tanya diri ini kepada diri ini*



Macam biasa. Orang lain yang kawen, orang lain akan sibuk semestinyaa..

abang ke 3
 tema kitorang waktu akad nikah ni memang tema itam putih


Nervous bro?? kekeke


 cikkah with anak buah n bapak buah n makcik buah yang buas. k



 orang baru bakal kena buli kekekeke. Actually Najae nih kawan abang-abang aku. So memang masuk air lah semua bila bergabung dan meletop. Geng bujangan.

Tamat majlis akad nikah..

seterusnya.. kenduri or big wash timeee...




Pelamin sendiri pasang. We ouls sangat kretip. Pasang sari sebbelum majlis kot. Tu pun abes idea di propose nak cam tu nak camni. tuan empunya diri redho je janji dah kawen ..hahaha



Rombongan pengantin lelaki sampai cepat sangat..Tapi no hal. everything is ready..




 Disebabkan aku nak meratah ayam dan sambal. so nasik lengkali..kekekeke



 Para tetamu dan jemputan. We ouls x pakai catering. Dari sekecik-kecik benda sampai sebesar2 benda. MADE IN RUMAH DALE PAGA. ape guna ade adik beradik, anak-anak buah dan sepupu sepapat reramai. Time ni lah kita memeriahkan suasana..kekekeke


ni baru 10% peratus daripada populasi yang menyumbang ke arah menjayakan majlis kawen Tikah. Makcik buah vs anak buah


Kanak-kanak riang ria bergumbira tak kira dimana jua anda berada. Time ni la nak main pasir tanpa ganguan sebab mak-mak busy hahahhahaa. Teruskan anak-anak sehingga menjadi kucing kerong..kekekke



30 peratus daripada penyumbang ke arah menjayakan majlis kawen Tikah.



Nak sign sign picture picture candid candid... sila sila.



 
Ya.. Memang tak de muka lain dah untuk mencemarkan duli majlis ni. Ouls je sebagai penyambut tetamu katenyaaa.. Muka kena ceriaaaa...

Body guard ramai ngaaaaaat


And..last.. Gambar gi Majlis sebelah lelaki...

Bertiga je.

"suami mane?"

"Outstation, ade konsert kat Arab Saudi katenya" Jawab empunya diri dengan senyuman manis supaya makcik-makcik bawang percaya. HAHAHAHA...



+++++++

Jadi adikku yang ketigabelas,

disebabkan tuan hamba telah melanggar
undang2 yg dikuatkuasakan
oleh lembaga lembaga pengarah
BUJANG BELAKA aka SINGLE MINGLE
atau diringkas menjadi BB dan SM,
maka dgn ini tuan hamba
dilucutkan jawatan sbgai anggota kami!
sekian terima kaseyy~

p/s ; dgn ini nik khairi menjawat jawatan sebagai ahli plg tua. ;D
ehh.. abe yie lagi la hak meggei jawatan sebagai ahli paling TUA ..hahaa :D

(ayat atas pun aku kopi jugak^^)

Khamis, 4 Julai 2019

I'm like TT, just like TT

.: Assalamualaikum :.

Annyeong yorobun..





Out of my ordinary, i can't keep me straight.
I know the reason.
but ..
ottokaji?


이미 난 다 컸다고 생각하는데
어쩌면 내 맘인데 왜
내 맘대로 할 수 없는 건데
밀어내려고 하면 할수록
자꾸 끌려 왜 자꾸 자꾸 끌려 baby
I'm like TT, just like TT
이런 내 맘 모르고 너무해 너무해
I'm like TT, just like TT
Tell me that you'll be my baby

T . T

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...