.: Dengan Menyebut Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani :.
Adam, kenalilah Hawa.
"Tolong!"
Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.
"Hawa itu kadang keliru.
Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir.
Mahu berlaku jujur, terpalit segan.
Mahu menutur kata, bimbang hati
dicemari.
Hawa itu kadang cemburu.
Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.
Hawa itu kadang buntu.
Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya."
Itu kisah Hawa.
Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang
Adam,
tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.
Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.
Lalu, harus bagaimanakah?
Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.
Hawa.
Hatinya sangat rapuh.
Jiwanya sangat sensitif.
Matanya mudah
saja berkaca.
Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.
Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa
di hati.
Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan.
Tidak sama
sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.
Adam,
aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.
Cukuplah agar engkau tahu.
Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya.
Hati yang punya sarat perasaan.
Perasaan yang kadang menjerat dirinya
dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap
mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.
Berhentilah.
Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau tak turut sama berjuang.
Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya.
Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu.
Moga Hawa itu terus kuat!
Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.
Ya Allah,
perkenankanlah doaku untuk mendapatkan yang halal sebagai penemanku di dunia dan akhirat..
amin
asal: I love islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan