marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Rezeki Anak Ramai


.: Assalamualaikum:.

16 Forever ^^
Semalam kat tv9, rancangan Semanis Kurma ade mengupas tajuk " Rezeki Anak Ramai" kan..kan.. sape tengok angkat tangan.. hihihi..


Aku sebenarnya nak kata tengok tak pun.. nak kata tak tengok.. ada la gak tengok..kekeke..dengan kata lainnya.. tengok kejap je.. sebab lepas tu pergi mengenang memori cinta pandang pertama bersama-sama oppa-oppa Super Junior...mihmihmih.. ade ke patut terlayan rancangan Korean variety show zaman awal-awal kemunculan diorang..kekekeke

Okeih.. berbalik kepada tajuk tu.. sebenarnya aku terasa lah jugak kan..kan..kan... haipp.. bukan aku terasa sebab aku beranak ramai (me still not yet kawen lagi hokei).. tapi sebab..aku memiliki rezeki adik-beradik ramai.. huhuhuhu.. bukan semua orang boleh merasai nikmat camni tau.. satu dalam sejuta kot..kikiki

ni baru hari-hari biasa da ramai.. kalau ari- ari luar biasa.. huhu..tak tau laa


ni mase abe miey kawen.. hihi.. ni time majlis kat umah kak Ja.


Teringat masa zaman-zaman kecik dulu.. kalau aku cakap je bilangan adik beradik yang ramai.. ade sesetengah orang akan buat muka.. ada sesetengah orang yang akan tanya macam mana hidup kitorang sekeluarga.. tapi ada gak yang terpegun.. sambil memuji.. keluarga yang hebat.. huhuhuhu..

Omma ..Appa.. ni mase gi tgk kak long bersidang kat parlimen
Tapi bila umur dah meningkat dewasa.. dan aku sendiri yang mengalami proses membesar bersama ahli keluarga yang ramai.. aku merasakan betapa ohsem nya mempunyai adik beradik yang ramai..

Bayangkan.. kalau aku bergaduh ngan abe E misalnya (nama abe E jugak yang aku petik..cam selalu gaduh jer..lalala).. aku still lagi boleh berchenta (berchenta laaa sangat) dengan Bang Bil.. Une.. Abe Mie.. Abe Yie.. Abe Lie.. Abe Din.. Abe Wie dan Abe Yom.. kekekeke.. haa..pilih-pilih-pilih.. kekeke.. 

we always stick together..



nak berkenalan ngan abe e?? tu yang paling cute tuu... da la kiut.. single lak tu..kekekeke

Tapi..kalau diorang berkonspirasi beramai-ramai.. hanya boleh nyanyi lagu Sorry, sorry lah tuk hiburkan hati anda..haha

Bayangkan lagi.. mase zaman aku study dulu.. alah..budak study bukannya ada duit banyak pun.. hanya cukup-cukup makan je kan.. duit tambang + duit saku.. masa ni..abang-abang dah kerja.. so..ape lagi.. diorg lah yang akan selalu menjadi banker dikala nak pakai duit..nak makan sodap-sodap..hikhikhik.. Gomawo Oppaa :D

Gi Bicara Selebriti kat Lundang.. 


Hmm...

Tak kesah lah apa persepsi orang terhadap keluarga aku.. yang penting.. kami semua hidup dalam acuan kekeluargaan yang berlandaskan agama islam..
 
okei.. meh aku story skit bagi yang tak tau.. kalau yang selalu ikut blog aku mesti bley agak berapa banyak adik beradik yang aku ada.. even kat description profile pon aku da bagitau..kan..kan.. even kat tepi ni pon aku letak gambar diorang..adik beradik dan mummy and daddy...kikiki.. korang agak-agak berapa??..lalalala..

Yesss.. tepat sekali tekaan anda.. 10 markah.. hihihi.. sedozen setengah..a.k.a 16 orang adik beradik.. erm.. 9 lelaki.. 7 perempuan.. ramai.. tak..ramai tak.. hihi.. yep..saya menjawab persoalan anda lagi.. satu mak..satu ayah.. tak de lebih dari tu.. 8 orang abang.. 3 orang kakak..3 orang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

masa hari pilihan raya.. kitorang jaga pos tuk check IC..kikiki..pown adik beradik gak.. membangun bersama islam..kikiki
Alhamdulillah..sepanjang kitorang sekeluarga membesar.. tak ade pulak istilah merempat, mengais mencari simpati orang untuk membesarkan kami adik beradik.. yang ku sedar dan tahu..memang ayah dan *che memang berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki untuk kami adik beradik.. ayah asalnya cikgu sekolah menukar profesion berniaga kayu selain daripada menjadi imam mukim dan che jugak bukak kilang memproses keropok.

Selain daripada itu.. ilmu agama ayah dan che tak pernah jemu curahkan kepada kitorang adik beradik sama ada secara formal dan tak formal.. Tok guru mengaji kitorang memang ayah dan che lah selain daripada tok guru kampung,ayah Zain dan Che Soh.. lepas sekolah mengaji dengan tok guru kampung.. malamnya pulak lepas maghrib mengaji dengan ayah dan che.. dan kadang-kadang kalau musim UIA cuti.. abe Yom pun turut sama jadi tok guru mengaji kami..

Adik beradik kami semuanya kelulusan sekolah menengah agama.. biar pun masa sekolah rendah semua sekolah kebangsaan.. sebab ayah dan che nak suruh kitorang adik beradik tak mengabaikan tanggungjawab agama biar ke mana pun kitorang pergi.. at least masa kecik dah dibekalkan ilmu fardhu ain.. maka biar masa besar ni..ilmu fardhu kifayah pun biar dalam dada jugaklah..

Ayah pernah cakap.." biar lah anak-anak dia tak pandai sekolah pun.. tapi ilmu agama tu biar reti.."..

dari kecik lagi ayah latih kitorang solat berjemaah.. jangan pelik kalau aku cakap ni semua ahli keluarga kitorang.. hihihi..tiap malam jumaat.. akan ade usrah.. so boleh la counter mane yang lompong.


Tapi.. kitorang adik beradik tahu harapan ayah dan che lagi besar dari tu.. alhamdulillah.. semua da besar- besar belaka.. start dari abe yom abang sulung sampai la.. adik bongsu, Mc Mah.. alhamdullillah semua mempunyai latar belakang pendidikan yang boley dikira membanggakan jugak lah..sekali pun buat kerja-kerja biasa.. yelah..kira membanggakan lah kalau tak ada yang masuk serenti .. tak de yang merempat..tak de yang bergaduh adik beradik.. dan insyaAllah berterusan begini hingga generasi-generasi seterusnya.. sebab tu didikan ibubapa memainkan peranan utama yang penting dalam membentuk generasi. kan..kan..kan..

ni time bulan posa ..bukak posa kat masjid..ni kat bhgian dapur..kitorang adik beradik gotong royong untuk persiapan juadah..

Teringat kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Bekas menteri Besar Kelantan.. " Untuk melihat generasi 10 tahun akan datang.. tengoklah kita pada hari ini.." dan hasilnya.. aku kira ayah dan che boleh tersenyum lebar dah tak payah nak guna kudrat seribu  macam dulu-dulu lah melihat kami membesar dengan baik..sebab anak-anak semua dah boleh berdiri di atas kaki sendiri..kikiki

orang2 yang sentiasa di hati :D

 So.. kepada yang ade adik beradik ramai.. jangan malu jangan segan nak mengaku.. abaikan persepsi negatif orang terhadap keluarga anda. diorang jeles la tuuw..hihihi

Mungkin kadang-kadang kita rasa mak ayah kita pilih kasih kat adik beradik kita.. sebenarnya mak ayah kita sayang kita sama rata je.. 

Tak caya?? kalau tak awal-awal lagi lepas lahir kita mak ayah boleh je campak kita kat mane-mane.. atau dalam kandungan boleh je gugurkan..tapi semua tu tak berlaku..sebab kita dah pun merasai nikmat menghirup udara segar di bumi Tuhan ini..dapat je berteduh dari hujan panas sehingga hari ini sedang membaca blog aku ni..kan..kan..

dan satu lagi.. jangan jadikan masalah kemiskinan sebagai alasan mak ayah kita tak sayang kita..mak ayah tak bagi benda kita nak maybe ade sebabnya..sama ada dari segi kewangan atau pun untuk kebaikan kita sendiri.. atau mak ayah nak kita berusaha sendiri kalau betul-betul nak..mak ayah of course la sayang kita..tanpa sebarang kompromi lagi..

cerita ayah

cerita che


mungkin masa kita terasa tersisih oleh ahli keluarga sebab perangai kita sendiri.. hanya kita yang rasa ahli keluarga tak sayang kita..kita yang tak boleh nak terima apa yang  mak ayah buat kat kita.. sedangkan kita tak tahu pun alasan di sebalik tu.. hanya tahu nak ikut kehendak hati saja..kan..kan..kan..

we.. one upon a time with nieces :D

Che..ayah.. Ada sayang Che dan Ayah..



p/S: aku sayang semua :D


nota kaki: Che -panggilan kepada ibu bagi kebanyakan orang kelantan yang berketurunan Kerabat Diraja Jembal.



10 ulasan:

  1. Assalamualaikum buat pemilik blog dan pembaca sekelian, di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan 'Anak Ramai' oleh Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj. Semoga bermanfaat
    Semanis Kurma: Rezeki Anak Ramai - Dr. Harlina Halizah Siraj

    BalasPadam
  2. Waalaikummusalam Buat saudara Danial Haiqal..

    Terima kasih diatas saranan.. InsyaAllah ada kelapangan saya akan ke blog saudara :D

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian sis.. Skrg, umur sy 26 & sedang pregnant ank ke5.. Sgt sedih sbb memang ramai yg pandang serong.. Tp, tetap akan terus kuat dlm mendidik ank2 menjadi insan yg berguna.. In Shaa Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sebab sudi jenguk blog saya kak :D

      Abaikan orang yang pandang serong kak.. tak kemana juga diorg tu.. pape pun saya doakan anak2 akak menjadi anak2 yang soleh solehah.. Inshaa Allah :D

      Padam
    2. nik.. boleh x akak nk siarkan artikel berkaitan adik beradik ramai ni dalam sinar harian untuk siaran ahad, 1/12/2013 ni.. klaau tidak keberatan, please respond segera ye... tq...

      Padam
    3. Salam kak..

      wah..saya berbesar hati sangat dgn permintaan akak.. hmm..ape kata akak email kat niknursyuhada@yahoo.com..boleh kita bincang :D

      terima aksih sebab sudi jengok blog saya

      Padam
  4. seronoknya tgk adik beradik ramai...foto pun menarik,,, jemputlah ke blog saya ya,,, enjoy baca entri di blog kamu, salam perkenalan

    BalasPadam
  5. terima kasih sebab sudi baca blog sy.. awk..nak link blog awk..baru bley sy jenjalan kat blog awk..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum. Kisah yang menarik. Alhamdulillah bangga tengok keluarga Islam macam ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam wrt.
      alhamdulillah :D

      moga-moga cerita saya dapat dijadikan teladan buat semua.

      terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya.

      Padam

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...