marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Jumaat, 6 Jun 2014

Musim Bunga Harapanku

.: Assalamualaikum :.

Urm... Mutahir ini, (amboi ni kuat benar wat karangan masa darjah 5 ni) aku bizi giilllleeer kot.. Tu yang tak sempat menyempat nak update blog.. Gome2..

Korang.. Perasan x.. Blog aku ade header baru?.. Hiks.. Header 5 minit aku.. Mmg gitu la kualiti dia..tunggu la aku ade masa nnti.. Sepenuh perhatian akn ku salurkan kepadamu oh header..kih3..

K..k.. Aku bizi minggu ni..byk wat keja offline dr online.. Bizi dengan project mengait, alhamdulillah.. Makin hari makin bertambah permintaan.. Syukurrrrr.. Buat masa ni..ni lah sumber pendapatan ak dismping wide shawl halfmoon MARJAN :-D

Offline.. Byk benda adhoc semua aku urus sdiri di smping pertolongan adik beradik aku.. Seronok gak belajar benda baru camni.. Dulu masa blajar entrepreneurship x de pun dlm fikiran ak nak berniaga..

Operasi tambah stok bengbarang crochet.. Jajah satu persatu kedai2 carik kain dan bebarang crochet yg high qualiti..of coz la kena carik yg high qualiti..baru padan dgn harga yg dibyr kan..

Yes..of coz.. Sebelum2 ni ak penah rasa down gile bila mane jobless lepas contract end kat company lama.. And lepas tu..Berape byk interview ak hadir..tp cam x de rezeki pulak sebab last2 ak still merempat kat umah..jadik maid kehormat..haha.. Sekali pikei rasa nak jew campak sijil2.. Cert dan akademic transcript dan semua la..nak je rasa bakar..pueh ari skit..cam sia2 je dulu bertungkus lumus study last2.. X de gunanya.. Down.. Sebabnya.. Selama ni..ak tak penah lagi kot berperasaan begini..duk berteleku dalam bilik dgn perasaan negative menguasai diri.. Jealous dengan kengkawan lain senang je diorg dpt keja..

Well..dari sekolah menengah aku dah terbiasa urus hal sdiri.. Dari seorang penakut menjadik berani sebab selalu tercampak ke daerah jauh dari famili.. Survival skill tu memang tip top la.. Kunun...

Sampai la satu masa tu, ak diterima keja tp..tp..tp..ayah pulak entah nape..x bagi aku pegi..Lagi la kan perasaan tu.. Da la tahap peringkat kemuncak betapa eagernya ak nak keja.

Tension. Down. Berkecamuk.Give up.mad. Sad. Semua bercampur aduk.

Tak de tempat mengadu. Mengadu kat orang yang tak tepat. Lain hal pulak jadinya. Last2, mengadu kat Yang Maha Mendengar, alhamdulillah, day by day aku dapat cope benda ni.. Dapat tima kenyataan.

Thx jugak utk yang memahami, ak tau, disebalik benda ni, ada yang memahami dan x leh nak wat ape coz kalau ayah kata itam, maka itam lah, kalau ayah kata putih maka putih la. Tradisi. Noktah.

So, dari aku teros melayan perasaan hati gundah gulana, menangis sampai kering air mata.. Benda ni takkan selesai.. Dan x akan dapat ubah pape kecuali ak bangun berdikari dan ceriakan idop sebab ni soal masa depan kan. Tak tau bila tau riwayat berakhir dan bayangkan time tu da masuk separuh abad, cita2 ku yang terdahulu masih belum achieve.. Rasa cam sia2 idop ni kan..

So aku bangkit.. Berusaha melakarkan peta dr setapak ke setapak Atas Loteng dan jika benar ni memang sumber rezeki aku.maka akan ku daftar perniagaan nanti. InsyaAllah.. Well..crochet stuffs ni sememangnya hobi yang paling berharga sampai kalaulah fikir balik.. Rasa nak nangis terharu.. Siyes.. 3 thn lepas tak penahku bayangkan ak mengait. Tak ada sorang pun dalam famili aku mengait..

Well.. Alhamdulillah. X kesah la kena merangkak dulu sebelum bertatih..berjalan.. Dan seterusnya berlari.. Yang penting usaha dan istiqamah. Aku selalu doa agar Allah pegang aku erat dan x bolak balik hatiku dengan apa yang ak percaya dan apa yang aku pegang.. Moga redha Allah mengiringi hari2ku.. Dan  korang3.. Doakan aku k.. :-D

Moga- moga Atas Loteng boleh bertapak, dan seterusnya bangun dengan megah. InsyaAllah.

Seolah- olah belayar di lautan luas,sesekali diuji lautan bergelora, aku seharusnya mampu merentasi taufan ini jika rindu untuk melabuhkan sauh di pulau impian. Harap bersama-samaku, ku masih mempunyai nakama yang setia melayani karenah ini lantaran kedegilan yang sebati di dalam diri yang tak mudah dipujuk dan sukar difahami.

3 ulasan:

  1. Sabar ye, Ada. Adelah rezeki dapat keje tu nanti...
    Neway, comel barang2 dalam gambar tu.
    Keep up the good work.
    Jangan negative nanti tak nampak peluang.
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Ehh..teringatkan padal Shawl Marjan tu memang saya 1 of the winners ea? Tak convinced pulak... Kalau dah pos, roger ea..

    BalasPadam
  3. Insyaallah akan berjaya suatu hari nanti . yang penting teruskan usaha. fighting !! :)

    BalasPadam

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...