marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Selasa, 24 Disember 2019

Jalan-Jalan-Jalan: Na Na Na Ganu Kiteee!

.: Assalamualaikum :.

Tak jawab dose, jawab tanda sayang :)

nak pose style mira filzah katenyaa
Hari Isnin baru ni sempat pulak beta memboloskan diri quick escape mengikut rombongan abe din n family ke Terengganu.

Cuti-cuti Malaysia katenya. Kak chik baru siap marking paper students katenya. Abe Din FOMO tak deh klu tak berjalan-jalan makan angin tanpa adik beradik di sisi. HAHAHHAHA.

So, beta tanpa berlengah volunteerkan diri as tribute.. kekekkee


adakah ini tujuan utama melencong ke negeri orang?
So, melalui Jertih ke Kuala Terengganu ambil masa lebih kurang 3 jam. Berhenti sarapan di bersimpangan jalan antara Kelantan dan Terengganu dan perjalanan di teruskan sampai ke Paya Bunga Sentral. Untuk ape?

3 jam main filter ig dengan Adi je la
Kata bercuti . 

Marilah kita meluangkan masa menonton muvie di skrin yang besar. Barulah best katenya. Ini adalah aktiviti santai jadi kenapa perlu tergopoh gapah bila kita boleh bersantai. 

Sedang asek beta bergambar bersama-sama dengan photobooth yang ada disekitar area panggung, kak chik and hakimah pun datang membawa tiket wayang yang dibeli.

beratur beli tiket dengan geng2 jumanji
Dia ajak bergambar. Jangan risau.. ade ikhtilat gap kat sini.. huhu
Kimi adalah peminat tegar Ip Man. Cikda rajin tengok sekali jah Ip Man ni masa kat Sabah. Tu pun sebab igt IP internet hahahhaa
Tiga tiket Ejen Ali The Movie. Tiga tiket Jumanji.

 

Hakimah awal-awal lagi dia bagitau dia tok sey tengok Ejen Ali sebab dia langsung tak layan lagi. Means macik yang comel inilah yang bakal menemani dua orang kanak-kanak bawah umur ni nanti. 

Adehh =="

penjaga kanak-kanak rebina
But first. Mari bergambar-gambaran duluan.

only at Terengganu
Mujurlah I ni jiwa kanak-kanak. So. Ali pun Ali lah. I suka Viktor. kikiki.

Ye. Sebenarnya dari minggu lepas lagi Kimi cuba menggoda cikda supaya menonton Ejen Ali kat youtube. Jadi sebagai seorang makcik yang mithali, cikda tergoda. dan memang sempatlah menonton penuh Ejen Ali musim 1 dan 2. Adeh!

Ye. Marilah macikmu yang comel ini menemani anda berdua.
Yes! cerita Ejen Ali memang bukan bishe-bishe!. Best .Bombastik. Penah ko meremang tengok filem bukan hantu kat panggung. 

Feeling dia bukan meremang sebab takut tapi rasa bangga dengan filem animasi Malaysia. Buatan orang kita pulak tu. Sape bilang orang kita bodoh dan pemalas? Meh aku nak sekeh

makcik yang baik adalh makcik yang comel macam aku. hahahahahhahaha

Aku suka dan tak nyesal walau tak leh tengok Jumanji.

5 Star even secara personal aku memang tak suka watak Ali tu. Kalau Ali ni anak buah aku menag kena sekeh hari-hari lah. Perangai terbolas (clumsy) tu ok la semua orang ade, tapi aku anti betul perangai keras kepala dia tu. aci ke benda dia buat benda betul. Eh!

Mujur la Ali bukan anak buah aku..HAHHAHAHHAHA.

Twist plot, cite tu ade watak jahat nama Niki. Ehh~

Nak tau best ke tak silalah ke panggung berdekatan.

Ok abes review #ejenalithemovie.

Orang beli popcorn sblm masuk panggung, tapi ni terbalik lepas abes baru beli sebab bau dia menggugat
+++++++

Selesai tgk wayang kitorang solat kat surau situ. Terus jamak qasar so senang pasni boleh gi main-main-main sampai pengsan. Tu untung tu klu ade ruksah :) nikmat mana nak dinafikan lagi kann..
 
Singah beli keropok losong dulu kat Kuala Terengganu. Spesifik area..Hmm. I is tak sure. kikiki. Selesai membeli, ayuh kita singgah jap Pantai Batu Buruk. Tak lengkap rasanya tak singgah kat sini walaupun Kelantan ade Pantai De Aur dan lain-lain. Tetap kena singgah dan amik gambar barang sekeping dua.

 Maka selepas itu perjalanan di teruskan ke tempat paling teruja untuk dilawati.

Mestilah Draw Bridge Terengganu. Punya lah jealous tengok orang yang ambik gambar dengan jambatan ni haruslah kita nak show off jugak hihi.

Tapi betullah. Gah sangat bila melalui area situ. Rasa macam oversea dah dengan cuaca musim tengkujuh ni. dah macam London dah. Keluar dari Dimax angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut ke sisi pipi (amboi sastera sangat nih..haha).

'Jangan sentuh pipi ini. Untuk yang halal sahaja', desis hatiku (tetiba.. haha)

Bergambar. Terus aktiviti bergambar dan masih bergambar. Terujaaaaaaa~

wo wo wooo.. kaver drama samarinda
ni kaver drama The Avangers
Yang kata kita turun 10 minit je terus jadi 30 minit. Kekekekekekekkekekekekkekekekeke~

Okey, masa sangat mencemburui kita ayuh, destinasi seterusnya.

Miami Beach, Seberang Takir. Syok ohh.. memang syiok. Jalan raya menyusuri sepanjang pantai Seberang Takir dan teruja kuasa dua mode on!

Ya Allah, seriusly sangat-sangat-sangat-sangaaaaat suka dengan bunyi dentuman ombak yang jatuh memukul lantai pantai berbatu. Teruja. tengok diseberang jalan masih rumah-rumah lama berbaris sepanjang jalan. Terasa nak hidup di sini selamanyaaa.

Maafkan aku yang selalu mengganggumu atas urusan rindu - unknown
Kagum dengan rupa Terengganu yang baru ini. Alam yang dindah diperindahkan lagi dengan kemodenan mengikut arus globalisasi. Berdoa agar tanah ini tidak dirosakkan oleh pembangunan yang melampau.

Tetiba bertanya kepada  abang aku,'Abe kita tak dok woris ko hak duk sini. Kot-kot boleh la..ehheemmm..'

ok. start nak mengarut. hahaaha

ni area mane ntah asal nampak tempat macam boleh ootd jom serbu.
Seterusnya perjalan untuk pulang ke kampung halaman diteruskan. Balik ini kita akan melalui jalan pantai menghala ke Kuala Besut seterusnya ke Tok Bali dan seterusnya, Tawang dan seterusnya sampai rumah.

Ok . Cerita tamat..ngee..

p/s: Walaupun jauh datang semata nak tengok wayang, but for me this is better dari ade panggung kat Kelantan. Sebab dia. BOLEH DATANG BERJALANG KE GANUUUUU SOKME SOKME hikhikhik.

Khamis, 12 Disember 2019

The Only Survivor: Pippin The Grey

.: Assalamualaikum:.

Tak jawab dosa, jawab tanda sayang :)

Hai annyeong yorobun.


Tadi duk sorting insta story kat ig, banyak pulak story si Pippin yang terchepta bersama. Terus buat highlight biarpun dah sethun berlalu.

Ingat tak beta pernah mengomel pasal Rose and anak-anaknya dulu kat blog ni.. Haa..yang belum baca dipersilakan baca ..hee.. tekan je link ni jangan susah-susah..

So, memang mereka semua sempat bermak angkatkan beta sementara Rose berfoya-foya mencari teman baru. Pandai pulak dia beranak, beta yang kena jaga anak-anak dia. Naseb baik je time tu lonely tahap 4. Kalau tak memang tak mungkin la aku nak menjaga si empat ekor ni. I am not animal lover at first. Bukan geli or takut. Tapi memang tak de perasaan hahahhaa.

Nak jadikan cerita, Rose hanya pulang di kala dia rasa dia nak menyusukan anak je. Pastu entah mane-mane dia sembunyikan 4 beradik tu. Sekali jumpa belakang almari adik aku, dua kali jumpa bawah tangga loteng, 3 kali jumpa dalam bilik solat ayah aku. adehhh..

Dan time tu lah, aku volunteer nak menjaga 4 beradik tu.
Aku tak de pengalaman menjaga binatang, especially kucing sebenarnya.

Eh, aku ada tapi rasa tak valid kot sebab time tu aku baru darjah dua. Putih/ Mina/ Simba adalah 1st haiwan kesayangan aku yang aku jumpa waktu balik sekolah terus amik buat kucing angkat sebab dia comel sangat~

So, jadilah aku penjaga 4 beradik ni. Dah la nak cari nama sekor-sekor kemain susah.

First kucing yang aku bagi nama adalah kucing kaler hitam. Dark Monster. Sebab dia hitam lah. Dia nak kate monster langsung tak lah. Dia paling friendly + mudah sakit which paling dekat dengan aku.

Second, Pippin The Grey. Sebab time ni aku duk mentelaah cerita THE LORD OF THE RING jadi terbawa-bawa nama Pippin yang kiut dan miut. Pippin paling kecik antara 4 beradik ni. Dah la gebu, comel, montel kaki macam pakai stokin dan paling penting buas.

Third adalah Legolas The White. Yes, sebab demam TLOTR jugak lah. Kaler Lego macam elf yang fairy so itulah yang paling sesuai. Dia paling rapat dengan Pippin. Macam kembar sebab sama gebu, comel dan montel.

Lastly si Bada Haru. Yes.. Tak de sebab lain adalah sebab Hae Oppa. Dulu Hae oppa ade anak anjin* nama Bada. Bada maksud dia laut. Mujur tak buh nama Lee Dong Hae je kekekke. Haru pulak maksud dia Hari.Haru is nama cafe abang Lee Dong Hae Kaitan dia x de berpaut pun dengan maksud perkataan tu. Semua kaitan dia adalah dengan Hae Oppa..hahahhaha.


4 beradik

Pippin + Lego anak kucing Rose yang cukup kalsium dan membesar dengan buas dan comel. Dark Monster and Bada Haru selalu selsema.

Aku siap bina umah kat diorang nih kat belakang dapur. Bimbang diorang tak de tempat berteduh katenya. Dalam x reti menjaga kucing, plus ketar nak pegang kucing (aku tak alergik tapi x suka sentuh bulu kucing satu masa yang dulu) akhirnya kanak-kanak ini bisa membuatkan aku bagi perhatian. Ade lah dalam 3 bulan diorang dalam jagaan yang baik sehinggalah suatu hari...

Terimalah cinta dari orang biasa..
Jeng..jeng..jeng..

Seekor demi seekor macam kena sumpahan mati seekor demi seekor. Donno why yang tau-tau dah nyawa-nyawa ikan. Kena langgar kereta yang lalu lalang area rumah ni. Sadis dan tragik ssangat. Mula-mula si Dark Monster mati, pastu Bada Haru.. seminggu kemudian, Lego.. Memang speechless sangat siap imagine pasni naseb si Pippin kah? Huwaaaaaaa.

Adik beradik wrestling itu biaasaaa
Memang, Pippin pun tak lari kena tempias. Yang nasib baiknya dia tak mati. Dah la time tu aku outstation pegi Terengganu. Adik aku call bagitau Pippin kena langgar, tapi mak aku sempat nampak dia pegi menyorok bawah meja lama mak aku panggil pun tak keluar-keluar. Ommmaaaaaaa~

Lepas settle keja kat Terengganu terus pecut Betsy balik sebab aku takut Pippin jadi cam Bada je yang nyawa-nyawa ikan masa lepas excident tu. Bada patah paha siap keluar isi memang tak dapat diselamatkan dah sebab teruk sangat keadaannya dulu.



Si pippin memang tak tahu cite. Sampai rumah, aku panggil Pippin dan naseb baik dia datang, terus check what happened. Patah kaki, patah paw dan luka-luka. Mujur tak jadi lagi teruk. Klu tak memang Pippin pun mengikut jejak kekanda-kekanda la nampaknya. Rose langsung tak kelihatan time anak-anak dia meninggalkan alam fana ini. Hampeh punya Rose.

Pippin aku pun rawat. Dia sebenarnya tak nak kasi sentuh area dia patah tu. Mula-mula aku wat ilek wat ok tapi sebab nampak dia sakit sangat jalan pun main seret je kaki dan paw yang patah tu. aku pun buat anduh. Bukan ape. Kang cacat pulak nnti bila dah sembuh.


Time ni memang rasa sayang giles kat Pippin wuwuwuwuuwu. Dah la kesian semua dah tak de. Memang kaw kaw la menjaga si Pippin supaya sihat dan walafiat. Tengok dia main kat tanah area lalu lintas ak gi amik. Kucing kan time ni menikus tak leh tengok benda gerak sibuk nak mengejar. 

Mandi seminggu sekali sebab dah start tinggal dalam umah. Dah la makin besar makin gebu pulak. ramai pulak yang berkenan.Huish.. Omma is jealous but bangga. ahahha.

Bila dah besar ni, panda pulak dia buat hal. Waktu kecik sopan je kencing dalam pasir yang aku siapkan. Makan pun x memilih. Ni bila besar ni. Amboi.. Boleh dia curi keluar malam-malam sampai badan luka-luka, balik Pippin yang jelita dah bertukar comot. Omma is so sad.

Bila dah besar makan memilih, snek keras ape jenama sekali pun dia pandang enting je. Tak layan. Nak wet food je. Nak air coway. Hampeh benor si Pippin ini. Di turutkan sajalah asalkan Pippin tak mati excident. Kang dia buat drama batu belah batu bertangkup kang. Susah plak nanti. Tahulah nyawa ade 9.

Pin. We have long way too go lagi key. Don't die first!

p/s: Pippin masa muda memang jurus perangainya. Semua ingat dia kucing betina.Tapi baru-baru ni ade orang datang check rupanya..baru tau..Pippin sebenarnya kucing jantan..Bhahahahaha. 

p/s: Operasi menggemukkan Pippin sedang giat dijalankan sebab dua minggu lepas dia sakit dan lose weight. Oh my Pippin.

p/s: malas pulak nak transfer ke laptop berjuta gambar terkini beliau. Kalau ade masa i buat tau.

Selasa, 3 Disember 2019

Bersyukur seadanya

.: Assalamualaikum:.

Hi guyyss.. 

Musim hujan + sejuk ni rasa rajin pulak nak mengarang. Klu tak biasanya dah selamat landing. Tapi bila mengenangkan resolusi 2018 yang dibawa ke 2019 nan satu ini. Rasa insaf sangat lebih-lebih lagi bila tengok 18 posting je yang terhasil selama hampir setahun ni. huhuhuhuhuhuhu..

Bulan ni dah pun masuk Disember, bermaksud bulan depan dah tahun yang dinanti nati kan sejak sekolah rendah. Hampir bertemu jua kita setelah bertekad lamanya. Dah nak menghampiri wawasan 2020 dah. 

Aku tengah fikir ni, masa wawasan 2020 dicapai, apakah pencapaian yang boleh aku banggakan. Sebagai manusia yang kerdil seriusly tak sangka beberapa perkara yang aku rasa mustahil dulu alhamdulillah, tercapai dengan jayanya. Mungkin ada yang dah terubah arah. Yeah of course kita pun tak tahu ke mana jalan yang akan bakal kita tempuhi but bagi aku yang paling penting mengapai mardhatillah. Reda Allah lah ape lagi.

Nak bergelar engineer bukan cita-cita asal aku walaupun life waktu uni terarah ke bidang tu. Apatah lagi nak masuk dalam bidang networking. Penah jugak pikei dulu apsal lah surrounding keja aku lelaki yang lebih ramai yang mana aku pun turut sama kena jadi hero. Kena berkasar-kasaran. Dulu masa kecik seronok lah. Gender equality. orang lelaki buat tu aku pun boleh buat. But bila dah dewasa, kenapa diorang treat aku cam geng-geng diorang? kalau diorang sailang memang diorang la yang menang. orang pompuan dalam bidang ni manenya kena approve. hampeh betol.

Tapi sekarang bila dah berubah arah, almost keja administration je, rasa more and better. To have me time, to do what ever I feel, to express the feeling. Rasa lagi bahagia. Even keja bunyinya tak segempak  "semalam aku masuk PMU TNB kat Ayer Tawar buat keja situ.." tapi sekurang-kurangnya beban kat bahu tak seberat dulu. 

Mungkin pengalaman lalu yang 180 darjah berubah ni yang mendewasakan diri who knows? 
Of course setiap benda yang jadi ada something untuk kita pelajari kan.
Yang penting bagi aku, bila kita sendiri boleh bersikap jujur dengan diri sendiri.
Apa kita rasa, bila kita lelah, dan mahu menangis.
Aku tak lah sekuat mana. Kadang-kadang perlu bahu untuk bersandar.
Aku dah jumpa bahu tu. 
Mereka yang sanggup mendengar rempekan dan cerita-cerita fantasi dan imaginasi aku. 
Yang boleh berdiri sama tinggi,bersila sama menyanyi.
Jauh hanyalah jarak. Tapi yang berharga tu momen momen bila bersama bahagia.








Isnin, 2 Disember 2019

Review Dessert Cafe : Bingsu Snow Town Cafe, Pengkalan Chepa

.: Assalamualaikum :.

Anyeong guysss..

 Ari jumaat baru ni sempat #jalanjalancarimakan area pengkalan Chepa. Bosan katanya. Nak mengarut- ngarut katenye. Yelah biasa kalau hari jumaat seantero keluarga akan berkumpul untuk makan tengah hari berjemaah kat umah besar. Tapi for today, dapur tutup sebab pakat ade jemputan kenduri kahwin. Jadi tak payah masak, tak payah kemas dapur yuhuuuu!

Tapi tu lah. Bila kerja yang selalu dibuat tapi tak dibuat, maka disitu lah timbul, eh jommmmmmm..

maka 3 saat selepas itu, readylah semua untuk ke mana? haa.. yang tu belum tahu.


 Hasil perbincangan yang kelaut. Tapi semua dah ready membolos masuk ke dalam perut kereta jadi ayuh lah semuaa.. hahahaha..

Dalam kereta sesi, " kito nok gi mano? " berlangsung dan cadangan demi cadangan menjelma tapi camtu lah. tak pernah nak dapat keputusan yang jitu sampai last2 mari kita try kedai bingsu kat Pengkalan Chepa.

Huii.. Mane tu?? Siyeslah i memang tak tahu kedai kedai hipster klu bukan kimah or iwa yang update. diorang have-have punya style. We ouls serbu aja.

Sementara kita bertekak nak berjimba-jimba di mana.. MArilah kita ber wefie dolu. Mak buyung kat tengah 

yuhuuu..marilah kita kemana mana sajaaa asal bahagiaa..
So, Sesampainya kami kat  Bingsu Snow Town Cafe  nak memilih makanan pula satu hal. Yeah masalah terbesar di dunia sebab masing-masing banyak cakadak.. kekekeke. Bingsu Snow Town Cafe ni terletak kat Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa bersebelahan dengan Pasaraya Ten Ten. Tepi jalan raya besar tu je.

Ni antara menu yang menjadi pilihan kami setelah lama duk membelek. Actually we oul serah kat hakimah je untuk pilih menu kekekeke. So pilihannya adalah:


Strawberry Waffle | RM9.90

Sedap. Seriously tak gebang. Rasa dia rich dengan strawberry yang besar gabak. Padan la dengan rega tu. Dia bagi pisau n garfu so makan x de la sepah-sepah boleh potong ikut kedudukan strawberi tu. Dan lagi coklat dia bagi memang melimpah ruah. Pastu calit ais krim vanila tu.. pergh.. sedap rasa x cukup je order satu..hehehe.

4.5 bintang



Bingsu Snow Manggo Ice Cream | RM11.00

Banyak tempat aku makan manggo bingsu cenggini. Dan manggo bingsu antara pencuci mulut yang aku rasa masuk dengan citarasa aku. Klu ade kat memane kedai dah jadi kewajipan dah kena order. Ni gara-gara makan manggo bingu kat MekQelate punya hal la ni sampai terawang-awang nikmat menikmati manggo bingsu.

So kalau dah camnji rupanya order Bingsu Snow Manggo Ice Cream dah menjadi kewajipan dah. Dan rasa dia. Sumpah. Sedap. hingga menjilat mangkuk kekeke. Rasa ice cream dia tu memang tak boleh nak kate ape dah. Lembut lemak manis berkrim sememangnya sangat lazat. oh!

5 bintang!


Milk Snow Ice with M&M | RM11.00

Pun great combination juga mereka ini. tang yang kureng pun sebab aku tak bape suka chocolate so dalam kemanisan ade kepahitannya. tapi still lagi sedap sebab ice cream dia tu sedap. memang sedap lah sebenarnya. Aku je yang ngada x makan chocolate sebab tu kate kureng.

4.5 bintang!



Milk Snow Ice with Mix Fruits | RM13.00

Yang  ni pun sedap sangat. Snow dia macam rasa masam-masam yogurt gitu. Yang bestnya sebab texture ice cream tu memang rasa dia macam makan elsa eh. ntah .. susah nak bgtau. yang penting dia memang blend well dengan buah dan susu tu. 

5 Bintang!

Perasan tak semua bingsu yang kitorang makan kaler putih-putih? haa.. sebab flavor dia adalah milk. Menu dia agak banyak juga lah..ade flavor chocolate, ade flavor strawberi. tapi ouls semua memang satu lidah yang sama, kureng sikit makan flavor  chocolate. and strawberi is to mainstream. So we go to the basic iaitu milk. kekekeke.

Dekorasi kedai ni ala-ala cafe yang kontemporary style. Nak kata industrial deco design ade jugak. Kaler dia byk main hitam kelabu. Lagu dia pasang pun slow-slow.Memang kalu nak gi date elok sangatlah asal tak banyak abe e, tikah iwa kimah sekali. klu tak bising. Dengar suara diorang pun dah boleh ajak gaduh hahahaha.

Staf friendly. kire tak de la yang kerek. Dia layan saja dengan perangai random bebudak ini. 




LICIN!

memang sekejap je licin hahahha. Silapnya ade 5 orang tapi order 4 mangkuk katanya share-share tapi 3 saat dah licin huhuhuhu.

Tak apa sebab lepas tu ayuh ke pantai lah kita makan mee celup. Ade ke orang makan dessert lepas makan appetizer. dapat kat bebudak ni dessert dulu.

hmm.. klu tanya aku akan kembali ke tak ke Bingsu Snow Town Cafe ni? YES definitely aku na datang lagi ta nak bawak bebudak ni na makan sorang-sorang manggo ice cream tu huhuhuhu.

I is forever alone. makan sengsorang i is no hal k. kekekkeeke.


Isnin, 28 Oktober 2019

CROCHET TIME: Cardigan Crochet Dress for Baby Ayesha

.: Assalamualaikum:.

Hi. I am back!

say cheesseee
anakmu anakku juaa? hiks

Like I have some free time to blogging. Yeah. So, this post gonna be in English since I am going to post about crochet stuff here and there. Yeah I know. It really take me long time to writing about crochet. My ultimate hobby.

Actually this year I not really active doing crochet thingy since I was quite pack back then. Start from doing preparation for my sister's wedding, umrah journey, work stuffs, hari raya blablabla so I not have so much crochet time compare last year. I also stop taking order even some people ask me for class or product. But yeah. I politely need to decline the offers. I am so sorry for being like that.
But, since my BFF cik yang gonna give a birth to her little princess sooner, I challenged myself to crochet a baby girl cardigan for Cik Yang's daughter. I actually can buy something like baby thingy for new born gift, but not for Cik Yang's.

Don't worry baby. your aunt has at least 20 years experiences in handling now born baby hikhikhik
I thought carefully what should I make for her. Before this, I had crocheted baby blanket, gown, mittens and others so to make it more special, I made baby cardigan which i never crochet yet. I always want to make cardigan but not have afford to do because it quite tricky and complicated if the steps went wrong.

So, for the pattern I learn from youtube. I love simple yet detail pattern.

starting from zero
my favourite weekend should be like this. and I don't mind to speak only with mind this time. huhu

She was born on last July therefore I must hurry up. Even I try my best to make ASAP but still took 3 weeks for me to finish. I only crochet in weekend but in weekend I attended many family activities that I brought my crochet stuffs attach together with me.

somebody took my picture during Zakir Naik' family talk event.
Yeah I can't lose any second for a complete row. I need at least half and hour. So, Of course I need to do it here.

The result quite stunning too. Ohh.. When can I make for my own for my little junior too ;'(

So let see what I have done for baby Ayesha.

top
Atas Loteng Productions
long sleeve for baby princess
Even it took long time to finish I really feeling good for the result. The cardigan turned really like I want. I hope the length is suitable for Ayesha.




let's wash it first. Hand wash only.
wrap it !
 Because it reminds me during our school time where we always doing letter thingy for wishes. So here my best wishes with thick 'card'

cute baby is cute
1 page is not enough for me to express my though and feeling and wishes to her mom. huhu
yeah.. wishes card become wishes notebook hahahaha.
done with love!

 what do you think?

Selasa, 15 Oktober 2019

Kursus Jahitan PPWK Chempaka

.: Assalamualaikum:.

Tak jawab dose, jawab tanda sayang..heew..


Cam rajin pulak nak buat entri baru hari ni. Sebab pada tarikh ni tahun lepas, ade benda penting yang jadi. Tapi peram setahun untuk jadi masak ranum.Haha. Padahal malas..

Tapi memandangkan tarikh ni tarikh yang sentiasa berlegar di benak jadi baiklah beta akan buat tinta supaya di kemudian hari beta tidak menyesal. 

Actually hari ni 15 Oktober 2019 adalah #donghaeday. Hai uppa. Sengil chukkahanda. Buat macam oppa datang walking blog kat sini..hahahaha. Siap paham lagi bahasa melayu. hahaha.

Jangan tak tau Donghae oppa adalah cinta hati waktu meratap menangis memikirkan FYP yang tidak berkesudaan sewaktu dibangku universti dulu. Cinta hati 10 tahun and still counting. ekekekeke.

Ok. Sebelum melalutku memenuhi ruang entri ni, adalah lebih bagus kita kembali kepada tujuan asal post ini. Actually tahun lepas pada tarikh ni, 15 Otober 2018 adalah hari bahagia aku naik ke pentas untuk Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan kali ke-13.

Hey buat ape naik pentas? haa.. semua jangan tak tau bahawa aku adalah beliawanis yang diberi keistimewaan oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengikuti program di bawah U-KeKWa. Program yang aku ikuti ni adalah kursus jahitan (program sijil SKM tahap 1) selama lebih kurang setahun. 

Aku malas jugak nak cite banyak just nak bagitau, tahun lepas tu aku nek pentas dua kali. 
First terima sijil graduasi. satu lagi yang special dapat anugerah GUNTING EMAS hew hew. 

Anugerah GUNTING EMAS ni dia special sangat. Anugerah keseluruhan untuk Majlis Graduasi PPWK ni. "Dianugerahan kepada calon peperiksaan PPWK yang paling aktif dalam aktiviti kokurikulum dan cemerlang kurikulum." Katenye.

Happy sis is hepi sebab ingat senang ke nak beat 345 calon yang datang dari 45 dun seluruh Kelantan. Bangga la jugak hikhikhik. Hepi sangatlah cam dapat anugerah dekan gittew.

Sebab benda dah setahun berlalu. Jadi hanya ada gambar sajalah menunjukkan usaha keras beta selama dua tahun yang lalu..

Oh ya...Beta penah kot cite sikit-sikit kat sini

Masa duk KL sempat jugak cari masa terluang dengan kak Nisa untuk join kelas berbayar 

Module 1: Baju Kemeja
 Punya lah susah nak menjahit. Dah tu buakannya pandai pakai mesin industrial. Memang mencabar. tapi lama-lama boleh kawal mesin. but once doesn't simply nak jahit ni..

Ukur saiz aku, kimi yang muat. adeh

Module 2: Skirt berlisu. 
ala-ala grasshopper katenya

Module 3: Seluar slek
Module 4: Baju Kurung Tradisional

Module 5: Baju Kurung Moden. Kemain. Aku cakap dengan cikgu nak buat baju kawen. Baju dah ade. kawen ntah bila..haha
Kerana koya itu free.. maka marilah koya 
Module 6: Baju gaun kanak-kanak
Model dah tak sabaq nak try 


"Cikda wat ko Oodah ko" Tanya beliau apabila melihat gaun ini.


practical exam day. Semua walaupun senyum sebenarnya nervous takut kena tanya susah-susah.
Kena melakar lagi. Fashion Designer to be
Sample n buku nota

 
Lastly, marilah kita seedekahkan al-fatihah kepada cikgu Sheeda yang selalu memberi tunjuk ajar dan kasih sayang sepanjang kebersamaannya di PPWK Chempaka. Sedih sangat tak tahu nak cakap bila kita kehilangan orang yang kita sayang, baru je nak kenal-kenal, duk bergurau senda, belajar banyak benda pasal jahitan dan cikgu memang mother-mother style. Rasa dekat sangat dengan dia. Tapi cikgu hilang depan mata macam cikgu pergi bercuti selamanya.

Semoga cikgu berbahagia di sana amin..

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...