Teringat kisah semalam rasa macam ntah ape ntah. Nak kate kelakar pun ade jugak. Nak kata 'tok puk' (baca;tak betul) pun boleh juga. Mungkin gara-gara dah lama tak keluar hopping area KB ramai-ramai kot 👀
So, nak jadi kan cerita semalam abang aku nak kuar misi mencari barang atas par. Jadi sebagai adik-adik mithali haruslah mengikut bertenggek bak ayam pulang senja. Katanya nak gi ke Aeon Mall. Apa lagi makinlah bersemangat nak mengikut walaupun tak de spesifik benda nak gi buat apa.
Since Kelantan kes covid-19 still under control (4 kes aktif kalau tak silap) jadi pergerakan orang ramai kat sini still meriah but jaga-jagalah ikut SOP yang ditetapkan. Laju-laju aku masuk opis buat kerja sebab nanti nak berjimba-jimba tak syiok lak keja x beres.
Kerja dah beres lantas aku membawa Betsy meredah hujan nan lebat ke Aeon Mall. Adik-adik aku pegi asing sebab diorang ade appointment dengan orthodontist. Pastu abang aku tak sabau nau nak menjala ikut diorang pegi ortho tu.. Padan muka kena menempel kat klinik gigi lama-lama 😂
So, pendekkan cite aku sampai kat Aeon Mall dulu dari diorang. Oh syiok gak camni. Maka boleh lah aku merewang-rewang dulu mengukur tapak mall ni sebab klu ade diorang ni susah jugak nak berjalan. Lebih teruk dari berjalan ngan anak-anak buah kot kerenah masing-masing.
Hmm.. tapi memandangkan aku tak ade ape nak cari sebenarnya sebab aku datang ni semata-mata untuk support abang aku membeli belah je. Merewang-rewang pun tak tau nak ke mana jadi aku kepingin pulak nak mukbang makanan Aeon Mall kat stall tu. So aku pedulikkan niat nak mengukur kelebaran mall tapi sebaliknya merayap kat satu-satu stall cari nak makan apa. Semua macam bessttt.. tapi aku nak makan odenggg 💓💓💓
2 kali aku round eh mana area odeng. Biasa ade je tepi pan cake makanan jepun ni.Give up lah. Memang tak de. So, aku pun beralih ke area sushi. Rambang maaataaaa. Aku jarang beli sushi. Nak kata suka sangat x de mana, aku suka odeng lagi. Pilih punya pilih okey la aku amik hidangan yang modest sikit la kot makan santai-santai sementara tunggu diorang sampai. aku amik yang 6 + 5 pieces sushi dalam satu bekas tu dalam rm8.90 je. Ni kalau tak habis sambung makan lagi. Kununnya.
Jarang-jarang makan sushi sbb x de la fav sgt |
Siap je bayar terus cari tempat meja nak makan. Biasa susah kot nak ada kosong time time camni tapi musim-musim ni berduyun meja kosong so melepak la aku situ sorang-sorang bertemankan hidangan sushi..Hmmm..
Ngap.. Satu.. Hmm sedap..
Ngap.. dua. eh mana diorang ni sambil teruja makan tak payah berebut-rebut..
Last habis tak sedar hahahhahahahahaha.
Siap makan.. Hmm rasa nak beli airlah so aku gi beratur beli air tetiba lepas bayar air aku nampak ade orang tengah cedok sup tomyam oden.. Whattt? kat sini rupanya dan tanpa berfikir panjang, entah kenapa aku pun sibuk duk ceduk sup tomyam oden tu jugak dan pegi bayar.
Ngee.. yela. diorang tak sampai-sampai. Elok je la aku bermukbang dulu.
nak rasa-rasa je. Tapi air lemonade tu siyess sedap sangaat! |
Elok je siap makan, azan berkumandang dalam mall dah diorang tak sampai-sampai (jem sebab hujan)..maka.. ayuh la zohor dulu. masa dalam surau abang aku call diorang dah sampai tapi nak solat dulu jap agi jumpa kat food court.
Lepas semayang aku tak gi terus kat food court tapi singgah masuk daiso dulu cuci-cuci mata 😂
Grab la satu barang tuk Pippin.
Ingatkan kat food court diorang makan kat Ayam Penyet cam biasa tapi diorang nak chill-chill makan makanan kat stall food court ni. Aku lega la Hahahaha sebab dah banyak mana makanan selamat masuk dalam perot nih.
Dalam lega banyak mana makanan masuk dalam perot tetap terorder (ter la sangat ) megi udang galah 😂 sebab aku rasa nak makan seafood. Udang galah dia ade dalam 5 ketul yang sedihnya megi tu x sedap sangat so aku ratah udang je la ahahahaha. Lepas siap makan baru aku perasan ade Jonhny lah kat sini. Ceh kalau tau aku masuk situ makan shabu-shabu sorang-sorang (sebab diorang order western food) dari melantak megi udang ni.
presentation dia A. Tapi megi sedap aku buat lagi k. |
Duk tengah melantak tiba-tiba adik lelaki aku ustaz beng join the crawd. Eh tadi kata nak gi sekolah ada hal tiba-tiba je duk sini jugak. Dia x order makanan pun dia datang duduk main talipon je. Sorang lagi yang tak leh FOMO. Kau paham camane nak brain sorang-sorang perangai adik beradik aku 😂.
Tu belum lagi abang second aku yang kalau boleh pun dia nak join jugak program membuang masa kitorang ni sebab waktu abang aku pagi tadi call dia siap kat, "gi mano? ajak aaaaaa". Mujur la dia x join klu tak memang ntah pape lagi lah nanti.
Cerita asal tadi kuar hari ni nak gi teman abang aku beli barang dia kan.. Last-last dia beli sengsorang je barang dia nak. Lepas je makan group berpecah. Sorang ke hulu sorang ke hilir. Aku ngan adik bongsu plus 2 orang anak buah aku masuk Eco Rm2 (wajibbb walaupun tak tau nak beli pape). Cuci mata last-last waktu keluar barang bertimbun 😅.
Akibat masuk Eco Rm2 berhantu. kata nak masuk je tp tetap keluar dengan barang ya.. |
Dalam duk bertanya-tanya abang aku duk mana sekarang sempat pulak singgah masuk Watson tetiba terjumpoa dengan adik aku yang ke15 yang aku ingat dialah yang temankan abang aku tu 😇. Rupanya kat sini. Lamalah pulak kat sini membeli belah pastu diorang tinggala ku kat situ sorang-sorang.
hasil pancingan di Watson |
Siap memancing barang seketul dua, aku call lah abang aku kat mana sekarang, dia kata kat kedai skechers kat tingkat bawah. Aku kata ok nak gi sana tapi sempat singgah tandas. Bila aku sampai kat skechers aku tengok tak de pun kelibat abang dan adik-adik so aku call lagi. Diorang actually dah nak kuar Aeon Mall nak balik dah. hadoiii.. ape benda ni guyss.. kennot brain nau.
tumpang tanya orang lelaki kalau membeli memang tak fikir panjang ee? |
So aku pun kuar lah jugak tapi datang asing-asing kan jadi takpe lah tak jumpa diorang pun. Sampai kat traffic light aku teringat adik lelaki aku kata mak aku nak tape langsir so laju aku pergi membelah jalan gi area bandar Kota Bharu kat pasar Siti Khadijah sebab kat situ ade kedai WengSang (WS)yang jual benda-benda barang pengantin dan alat jahitan ni.
beli untuk fragrance dalam air purifier office |
Kat situ wow.. dah lama aku tak datang sini membeli belah. WS tengah wat offer benang so aku pun apa lgi pergi borong benang jahit selain beli yang mak aku nak tu. KB ni area aku dulu-dulu kot. Area sekolah, area shopping, area tuisyen pendek kata perubahan kat sini dalam tangan jeww.. hewhew. Siap memjala di WS, sempat singgah kat kedai baju & kain Aisyah. Ehekss.
40 sen satu |
Teringin beli tudung baru sebab tudung-tudung aku sekarang macam dah sendu dah. Aku suka pakai bawal cornskin yang aku beli kat sini dulu-dulu. So, ingat nak gi lah memborong macam dulu-dulu. Aku bila beli tudung aku tak beli satu kaler. Teros banyak kaler hahahhahaa. stok utk 2-4 tahun. So dalam tempoh tu aku pakai yang tu la sampai lencun.
cornskin bawal yang telah lama berkhidmat. |
Pendekkan cite, kain cornskin memang dah tak de. Sedihnyaaa. Pikei punya pikei, try punya try. Okey lah. Tema aku akan datang adalah kain voile macam zaman sekolah. hikhikhik. Dah lama aku tak pakai bawal voile sebenarnya. Kain lain macam bawal koshibo ke, satin ke,chiffon ke memang tak ngam betul ngan aku so.. marilah kita kembali ke sekolah 😆.
rambang mata actually bila masuk kedai kain dan nak pilih kaler |
Teros borong (la sanga) 7 helai. Nak test masuk ke tak dengan jiwa. Kalau masuk aku mesti datang dan menjala setiap kaler yang ade. Klu tak masuk, maka kesetiaanku kepada cornskin akan berterusan silap-silap lepas ni menjelajah kat kedai kain area kubang kerian pulak cari material cornskin ni.
hasil pancingan dan bunyi duit terbang |
Lepas puas hati seharian menjala, maka pulanglah aku ke teratak dengan jiwa yang paling bahagia sebelum mengira berapa total lost yang aku habis di hari yang bahagia ini kerana nak temankan abe aku gi teman beli barang katanyaaa...
kalau resit tu bertukar jd duet kan best hukhukhuk |