.: Assalamualaikum:.
Annyeong yorobun.
So hari ni berasa rajin nak update blog. Hiks. Selepas pagi berhempas pulas kesana ke mari buat itu ini patang-petang ni banyak masa free pulak. Maka marilah kita meng-udpate-kan blog ini agar terisi.
Hari ni nak kata tak de benda nak dibicarakan tu sangat tipu. Banyak. Tak terkata. Tapi aku pilih untuk berbicara di sini. So dari malam tadi aku duk pulun crochet brim x bracelet maskface adaptor untuk post kat customer. Seronok life. Terisi so tak de la boring sangat kan.
Buat yang tak tahu selain menjaga Pippin, aku ade beberapa hobi yang setia sejak berzaman iaitu baca komik dan crochet!
Since otak komik aku tak berapa nak berfungsi buat masa sekarang so dah lama dah tinggal anime nih. Last one piece aku baca episod diorang nak gi selamatkan sanji dari ayah dia. Sampai situ je pastu tak tau ape cite dah. Kata Sanji nak kena kawen dengan anak Big Mama? Aku pun tak tau kesahehannya (aka merajuk. Why nak kawen dengan anak Big Mama sementara itu aku kat sini setia menanti. sobsobsob) Emo!
So kita jangan peduli pasal Sanji. Kita berpaling tadah dan teruskan crochet. Crochet is my life!
BRIM x BRACELET #maskfaceadaptor |
Ni product crochet laku keras yang aku terima tempahan dari zaman PKPB (seminggu nak raya ritu kot) sampailah ke hari ni masih tak putus-putus. Terima kasih Allah atas rezeki yang tak terduga ini.
Aku dah tak amik tempahan buat mask memandangkan disposal mask sangat available now kat market. Aku pun senang pakai yang disposal je. Pakai buang. Mudah kerja. Harga pun dah tak semahal zaman PKP kan.
So apa Brim x Bracelet ni guyssss?
Brim x Bracelet ni sebenarnya mask adapator atau mask connector atau penyambung mask specially untuk wanita berhijab. Mudah tak payah nak susah-susah sorongkan loop masuk dalam tudung.
Wanita tak berhijab pun boleh jugak pakai sebab kadang telinga sakit bila pakai lama-lama. Even orang lelaki yang maskulin pun ade order jugak. Yang penting dalam 10 bulan pakai mask ni telinga masih lagi sempurna tak tercapang. eh.
Hee. Jangan marah tau.
Kalau sudi follow IG crochet shop beta kat sini. Atas Loteng Productions. Boleh cuci cuci mata oulsss..
Ubat cirit birit dan anti biotik untuk Pippin tersayang |
Lepas tu pulak. Kan macam beta gtau tadi menjaga Pippin dah jadi hobi dah. Buat pulak dia sejak minggu lepas cirit birit pulak. Sembuh dari sporo kena cirit birit pulak. dalam 3 hampir nak masuk 4 tahun ni tak penah lagi tengok Pippin cirit birit so terpaksalah kuarantin dia balik bila rumah dia 3 tingkat semua penuh dengan naj*s dia yang wangi itu.
Penat oh asek kena basuh rumah dia so terpaksa letak dia kat ward ICU (sangkar besi) waktu dia kena sporo ritu. Sangkar tu muat-muat dia je so tak de la jenuh nak mencuci bila berselerak naj*is dia. #ohmypippin
Ingatkan kucing cirit birit ni sekejap je. Tapi tak dari hari bawa ke hari. Try google cara-cara rawat Kucing cirit-birit. Katanya kena puasakan kucing dalam tempoh 12-24 jam. Tapi masalahnya aku lebih dari tu puasakan beliau tak ok-ok jugak. Sedih tengok dia kembali kering.
Siap bila dia start makan balik, naj*s dia siap pakej berdarah oh my God! So, Bila makin teruk ni aku gagahkan jua diri ini ke klinik vetarina kat Jalan Telipot beli ubat untuk dia. Doktor bagi ubat cirit-birit, ubat anti biotik dan ubat demam (in case dia demam, tapi dia tak demam pun). Murah je RM9 semua tu.
So guys, bila kucing sakit bergegaslah ke klinik. Jangan jadi cam aku . Kata je sayang tapi....
hmm..
Sayang kot.
Bab paling seksa adalah nak suapkan dia ubat. Memang banyak cakadak. Ubat cirit tu dia nak la telan jugak dengan adanya sesi pujuk memujuk. Tapi ubat antibiotik tu.. Dia siap buat mulut berbuih makan ubat tu Oh Maaaayyyyy. Geram nau. Ubat cayaq what do you expect? Kita manusia pun rasa x best makan ubat apatah Pippin haiwan yang tak punya akal.
Awe oh awe bakpo mu macey-macey? |
But so far aku berjaya bagi dia makan ubat walaupun berbagai aksi nak boleh siap bagi tu. Dah makan dalam 4 hari nampak td dah ade perubahan dah. Dia tak kerap berak dan na*jis dia tak de darah dah. Pastu berketul-ketul kire ok lah kan? Pin sila behave Pin. Takkanlah sepanjang hidup nak duk dalam sangkar besi? Nasihat ku kepada Pippin.
Pastu pulak bulan ni aku cuba buat challege kat diri sdiri iaitu tak nak minum kopi dalam tempoh sebulan. Saje buat perangai bila ramai pulak orang duk wat photo challenge kat FB tu aku pun nak la men-challenge-kan diri dengan benda yang kita suka.
Ni orang bawak mcD breakfast dengan roasted coffee ni how?
AA Cobaaaaannn !
Ada cuba berhenti minum kopi tapi tidak berjaya.
BalasPadam