.: Assalamualaikum:.
Aneoyong yorobunn.
Hiks.
Tiba-tiba rajin menjengah kat sini ye. Setelah 5 bulan barulah rasa kena cuci sawang-sawang berbersarang kat sini. Hiks.
Bukan ape, start dari awal tahun ke-buzy-an melanda lantas ade seketika kau hilang dari pandangan.Hah gittew.
![]() |
my life story |
Busy bebenor. Busy dengan ape. Saya pun kurang pasti wak. Yang saya tau.. Saya memang dah lama tak buat lawatan kat sini sejak hari terakhir menulis blog. Ngee..
Let me check first apa yang berlaku sepanjang 5 bulan ketidakberadaan beta di sini naa..
My memory for Januari adalah...
Aku pasang kabinet pantry kat Atas Loteng area atas loteng setelah pantry yang ada tu macam tema setinggan dah aku rasa sebab barang makin banyak. hiks.
Jadi nak tak nak kena la buat something. Actually aku dah upah tukang untuk modified area tu tapi daku kena lipat sejak bulan 7 tahun lepas lagi. Hari demi hari menunggu, tak kunjung tiba. Deposit dah lama bayar tapi berhari-hari alasan tak sempat itu dan ini.
OKEY. I WILL DO BY MYSELF.
Tak redho pun deposit hilang camtu tapi for me Allah is existed. Deal lah kamo dengan Yang Esa.
Januari 2025 dengan penuh keazaman I pun order kabinet dapur by Shopee. Ahaks. Serius la. A ah. Kabinet yang aku order ni jenis aluminium dan that's why aku nak upah orang instead made in kilang sdiri sebab nak yang aluminium.
Well, kat Atas Loteng ni, lantai rumah adalah kayu. Dan aku bimbang lama-lama nanti terlobang pulak rumah dek roboh disebabkan anai-anai and so on. Aku kan suka memikir masa depan yang tak pasti.
Memang dari zero-lah, aku cuba menjadi dewasa. aku respect kat Wani yang bertukang buat rumah songsorang, so aku pun kena cungkil bakat jugak la nampak gayanya. Bezanya aku ni nak kata minat nak buat tak de la. Lebih kepada kerana terpaksa aku relakan. Ngeeh.
![]() |
mula-mula nak pasang macam tak yakin je.. |
![]() |
Bila dah pasang, masyaAllah, pandai >< |
Before kabinet dapur sampai, aku nak kena waterproofkan dulu lantai area aku nak pasangkan kabinet dapur ni. Sebab kat sini juga aku nak pasangkan sinki, senang kau nak buat kerja basuh membasuh nanti. Kalau tak selama setahun aku terpaksa pakai singki kat toilet (desclaimeer: toilet tu tak guna buat nyah tinja pun okeyy) So, aku siap beli mesin sanding lagi Okey.. Hahahaha.. Ingat nak waterproofkan semua area kat atas tu.. Tapi nehi babuji. Aku hanya mampu waterproofkan at least 5 keping papan ajer. hahahha area untuk letak kabinet dapur dan lebih sikit. yang lain.. next next time (yang tak tahu bila)
![]() |
Pintu drawer semua pasang sendiri na |
Beres area tu, aku panggil tukang paip untuk buat sistem perpaipan baru kat area atas ni.Baru lah puas hati rumahku syurgaku bila everything smooth nanti. Sekejap aje paip siap, kabinet dapur pun da sampai, so aku pun pasang lah SORANG-SORANG okey. Dah aku hidup sorang-sorang maka buat la sorang-sorang yea!
![]() |
Siap pasang kabinet 3 pintu, Tepi tu open sink.Rasanya..nak kena tambah baru |
Aku tak expert mana dan belajar pasang melalui manual yang ditunjuk ajar oleh seller. Tak susah pun actually yang penting kena ade energy. Macam aku ni insan yang lemah, jadi sekadar kudrat tak seberapa ni je la. Ahaks. gaya lemah gemalai pasang kabinet pun boleh. Yang penting siap dan yang penting lagi kemas dan yang paling penting, dapurku tak macam setinggan dah.
![]() |
Second purchase lepas part 1 dah siap pasang. Yang ni suh seller buat lubang sebab nak buh sinki |
![]() |
Jangan pandangku sebelah mata~ |
![]() |
Lawa idok? |
Bila da comel-comel camni, barulah tak rendah diri bila orang datang kat umah. Family kakak balik ke kampung, kire balik umah cam rasa duk homestay gituu.. Ahaks.
![]() |
Balkoni pun i dah make over musim tengkujuh tahun lepas |
![]() |
Bila balik kampung, umah i akan dijadikan rumah inap |
Bulan ni jugak, bila ramai-ramai dah berkumpul kat kampung, ayuhla kita pergi memanjakan diri kat air terjun.. ngeeh
![]() |
Ayuh kita sejukkan diri kat Lata Ngaji |
Masuk Februari pula, aku rasa aku dah jadi cam arwah ayah. Construction everywhere. Bila dah rasa kosong ni, pandai pulak aku panggil orang untuk ubah lanskap kat tanah. My house ni ada halaman yang luas. Yang kalau kita biarkan, sikit lagi nak jadi amazon. Since aku ini tak boleh dengan haiwan yang melingkar. I is takuddd, so aku nak konkritkan laman rumah dari rumput dan pokok liar tumbuh menconquer rumah ini.
So, terhasillah projek ke 2 iaitu ubah lanskap rumah. Kalau sebelum ni aku upah orang untuk mesin rumput dan tabur racun rumput, tapi bila aku rasa tak berbaloi sebab diorang buat so low effort, upah mahai, aku decide nak letak batuan kecil kat laman tu. Aku panggil tukang untuk ratakan tanah, pasang weedmat dan tabur batu kecik. lebih 8k juga untuk projek ni. Kalau tanya aku mahal ke tak, memang mahal. Tapi at least sedap mata memandang dan aku less takut untuk bermain di halaman rumah sorang-sorang.
![]() |
Projek lepas extend, extend lagi.. abes sekeliling halaman kita tabur |
Bulan Februari ini awal-awal dah berjalan pegi over the river. Program abe Yom nak gi jale alik Siam. Ape lagi, klu bab gi alik Siam ni, abe Din kena ada. Bila abe Din ada, maka kat situ seorang Ada dan Hakimah akan terselit jua... Ngeeehh.
![]() |
Sawadeekaaaa |
![]() |
Waris yang dapat dikenal pasti di Thailand |
Nak nyambut Ramadan, tiba-tiba family buat tornement badminton. Penganjur adalah Tokku's Grandchildren iaitu sub group wasap anak-anak saudaraku. We ouls ni walaupun dah ade group besar family tapi tetap ade jugak sub group lain hahahahhaa. Nak gi jale, buat group, nak gi bekwoh ade group. Even geng gurl gurl pun ade group masing-masing!
Walaupun first time anjur program tapi berjaya. Siap ada hadiah lagi. Siap main bethol2 lagi..Siap main folo Peraturan Liga lagi. Aku enjoy the moment aje. Main sekali dua game pastu orang lain sambung. Give up sebab diorang ni, aduhhh.. jaguh!
![]() |
Main badminton the said |
Bulan 3, slow sket aktivitinya.. bulan posa. Bulan ni masih istiqamah dengan group tadarus pula. Najwa la mastermind yang mengumpul kengkawan dia untuk buat tadarus setiap malam sepanjang ramadan. Ni tahun kedua dah ouls buat alhmdulilah.
![]() |
Tadarus cinggu |
Seronok sebab kita ni insan yang lemah aje. Bila join-join program gini, boleh la buat pengisian, bekalan untuk masa akan datang. Terawih paling mudah. Sama ada kat umah abe yom, umah abe E or buat sdiri.
![]() |
Berbuka di Madinah Ramadan |
![]() |
Buka posa kat MTS, Tanah Merah |
![]() |
Iftar Ramadan Nik Lah |
![]() |
Hey, kamuu |
Semua best! Time hujung minggu pula hoping tempat berbuka puasa. Kalau tak masjid muhammadi kitorang pegi Madinah ramadan. Atau restaurant mana-mana yang senang.
![]() |
Moreh hujung-hujung ramadan sebab semua da ade kat kampung |
![]() |
Tamat 30 juz.Yeaa |
Sejak omma appa dah tak de ni. Cenggitu la aktiviti bulan posa. Dah tak kalut nak masak apa untuk sahur dan berbuka. Buat je la apa yang nak. Pikei balik, betullah. Ouls dedicate life after balik kelantan for good dulu hanyalah untuk omma appa rupanya. T.T
Al-fatihah buat mereka berdua. Semoga jannah menanti kita semua. Rindu.
BTW, tahun ni aku dapat anak buah seketul. Anak abe E and Ain. Adik Fatima.
Program raya biase-biase je. Biasa-biasa pun sampai 6 hari kemeriahannya. Ahaks. Lepas tu pada raya yang ke 11 tetiba fly pegi China. Ahaks. Entahlah. Dalam hepi rasa kosong aje masa bulan posa lantas I sign up join pakej pegi Yunnan. maybe disebabkan everyone dah buat planning nak gi situ sini tanpa include me to their schedule so me is merajuk, last-last aku yang terbang dulu.. Ngeee
![]() |
Tahun ni team single pakai kaler burgandy katanya |
![]() |
Baju raya titew. Baju ni memang lawa dan kemas, but a bit extra gaggaga |
![]() |
Suka baju raya ke 6. Kauuuu ayu di matakuu~ satuuu dalam seribu.. tiber~ |
Kak Chik kata dia nak pegi Mesir, Iwa kata dia nak gi Morrocco, AAB & Fara tak de planning nak gi mana lagi, hakimah banyak spend masa dengan kengkwan dia. So me also getting bored so i decide nak pegi China lepas Husna kata dia da booking everything trip to Korea so susah la klu i nak menyelit pegi juga. Nge.. Tu la guys. Jangan wat titew merajuk. Jauh dia boleh pegi.
![]() |
Ni hau China. Ni xihuan wo ma? |
BTW, my FlipZ 5 pulak buat perangai so I decide beli once again Flipz3 lepas yang lama tu tak boleh repair dah. AKU TAK LEH MOVE ON DENGAN FLIPZ 3.
A month lepas tu, Aku terbeli FLIPZ 6 which is kaler kuning. HAHAHAHA. Aku rasa memang aku bosan la sekarang ni sebab tu buat everything seska hati je.
Mane Ada yang dulu weh????!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan