marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sabtu, 19 Ogos 2017

GIVEAWAY BY LZ

.: Assalamualaikum :.

Tak jawab doa, jawab tanda sayang..hikhikhik

Petang tadi aku buat aktiviti blogwalking. Aktiviti yang harruuus bagi seorang blogger untuk mendapat tempat dihati blogger agar sentiasa mendapat tempat dihati di setiap pelosok blog. Tak kirelah dalam atau luar Malaysia. Umumnya. Kalau khususnya untuk akulah sebab dah lama memencilkan diri, haruslah blogwalking untuk mengikuti perkembangan dunia blogger. Tak gittewww.

So, dalam seronok menjelajah dari satu blog ke satu blog akhirnya tumpuan ku mula terarah ke satu blog yang padaku interesting. First impression aku terhadap blognya adalah sesuci lebaran. Eh. Nak raya dah ke. ngee.. Tak delah. Disebabkan blog beliau pun guna background putih sesuci lebaran macam aku, jadi rasa macam ada kimia (chemistry) di situ.

Maka apabila first impression itu dah ada, maka mood untuk explore more tu menebal. Kitew suka Header blog dia. Simple Yet Elegant. Dengan dairi merah membara semangat waja kat situ. Kena sangatlah dengan tittle blog tu LADYINREDPLANNER. Interesting kan. Pastu kita beralih lak kepada content blog.

Aku ni species yang suka membaca, lebih-lebih lagi kalau penulisan dia dalam bentuk santai dan macam tuan dia memang duk depan kita bercerita satu bersatu. Barulah menarik tertarik kau memang gebomm, kan. Blog ni ada ciri-ciri tu. So, kita pun mula scan ape yang best untuk dibaca. Baca satu dua entri pun dah rasa best.Eh. Tuan empunya blog bercerita pasal chilindo.com. Amende tu? Lazada ke?

Tetiba jadi FBI tak berbayar nak gi spotcheck chilindo.com lantaran teruja tengok empunya blog buat bidding barang kat situ. Yang bestnya banyak giles kot barang yang dia tapau tapi bayar tak banyak mane pun. Ni kena merayap kan chilindo.com jugak nampak gaya ni. HEHEHE. Thanks Sis LZ sebab perkenalkan platform baru untuk kita semua berbelanja dengan berhemah.

Actually, disebabkan latest entri beliau inilah yang menjadi sebab kenapa entri ini wujud. Sebab Sis LZ kite dia buat 'GIVEAWAY BY LZ' dan yang mengujakan dia nak share bengbarang yang dia dapat kat chilindo.com tu dengan bloggers semua. WOW. Kalau dapat MP3 tu pun jadi la..HIK.

Teruja jugak rasa nak sertai. Sebab syarat-syarat yang Sis LZ letak tak merapu-rapu. Mudah la nak follow step by step. Hee. So, here is this. THE GIVEAWAY ENTRY SPECIAL FOR SIS LZ :)

GIVEAWAYBYLZ

Jumaat, 18 Ogos 2017

ME TIME : Aku dan Bahasa Korea PART 1

.: Assalamualaikum:.

Annyeong cingu..

Hmm..

oppa saranghea.
 Sejak kecik lagi aku memang suka dengan bahasa. Tak terhad kepada Bahasa Melayu atau Bahasa Kelantan saja tau. Mase sekolah rendah zaman tu memang cerita hindustan Bollywood hot bagaikan goreng pisang. Apatah lagi 2 kali seminggu semua orang akan berkumpul depan TV2 (hari Jumaat) dan TV3 (hari Sabtu) untuk layan Panggung Bollywood.

Aku lah heroin yang selalu berjaya conquer tempat paling depan..kuikuikui..Kalau tak caye betapa citer hindustan ni memberi impak maksima, tanya la kengkawan or sedara korang yg lahir tahun 80-90 an. Kompem eh semua cenggitu.

All time favourite. Skrip dia lekat kat kepaladahcite Hum Sath Sath Hai ni




Tak kire, cite Shah Rukh Khan ke, Ameer Khan ke, Salman Khan ke, Karisma Kapoor ke, Karena Kapoor, Pretty Zinta, Aisywaria Rai, Tabbu dan ramai lagi , semua memang laku keras la. Tu tak lagi dengar lagu diorang, satu persatu perkataan fasih meniti kat bibir mendendangkan lagu hindi.

'Boley curiyaaa..Boley kang gena~'..ehem..ehem..test suara..

huhuhu.. Kerlas kau jah. Nasib baik time tu tak jatuh hati dengan actor bollywood, kalau tak jumpa Bangla tepi jalan pun jadi nih. hahaha.

Tapi pada aku pengaruh cite Bollywood tu biase-biase je. Sebabnya time tu minat aku lebih kepada drama historical Cina. Alah yang petang-petang kul 6 kat TV3 tu. Cite yang beratus episod amik masa 2 tahun nak habis. 2 tahun baru tahu konspirasi yang berlaku. 2 tahun baru dapat jumpa penjenayah yang terulung. Hahaha. Suka sangat. Cite cina petang-petang ni satu family aku jugak yang layan. Antaranya macam Secret Battle of The Majesty, Supreme Master, My Fair Princess 1, My Fair Princess 2, Crushing Tiger Hidden Dragon, Master Ma, The Lagend of the Condo Lovers dan macam-macam lagi lah. Tak abes pukul 6 tu, ade jugak kul 8.30 mlm kat NTV7. Tak cukup dengan tu sambung lagi tengok yang kul 10 mlm TV2. Pendek kata, TV itu aku yang conquered. HAHAHA.

Minat aku kat cite cina ni siap aku rasa akulah heroin dalam cite tu.. tak kire..aku nak jugak jadi heroin dia. kalau tak leh jadi heroin..aku nak jadi hero..HAHAHA.

Time tu pun, cite Vanezuala pun laku keras jugak. Jadi 3 bahasa ni akan terselit dalam perbualan seharian kat umah dengan adik beradik. Kalau pegi sekolah jumpa kawan kaki TV, memang syok la. Kadang-kadang cakap mengarut je lebih..HAHAHA..

Nak sebut umah tapi sebut 'mikasa', nak cakap hati cakap 'mere dil', nak tanya gi mane 'ni qu nali?' Multilanguage mung..hoho.. ko ade?

Hebat tak. Bahasa Kelate + Hindustan + Cina (Mandarin, jarang tgk cite cina Hongkong) + Vanezuala

Ha.. elok lah..kat sekolah pulak add on lagi satu Bahasa Arab.

Pastu bila dah mengenjak alam universiti, aku dah terpengaruh dengan satu lagi bangsa. Yang buat aku terus jatuh cinta more than drama cina aku tuh. Aku rasa la. Semua ni bermula tatkala aku tertengok MV Super Junior cover lagu Haengbok.

Bangsa apakah ini, para lelakinya sungguh mulus kulit mukanya dan bersinar bibirnya mengalahkan aku gadis sejati ini tapi masih mengekalkan ke-gentleman-nya. Bangsa apakah ini???????? 

P/S:Oh ya. Ekceli aku dengan Bahasa Korea ni dulu-dulu penah dah bertemu. Alah first Drama Korea masuk Malaysiakan Autumn in My Heart. Eh ke Winter Sonata. Tapi aku tak berapa nak layan la juga sebab timing dia betul-betul time orang nak semayang maghrib. Lagipun tak tercerna bahasa dia sebab cakap slow macam berbisik pastu cerita air mata je memanjang. Tak de masa aku nak layang. HAHAHA.

Disebabkan Super Junior inilah maka pencarianku bermula. Dari tak paham sepatah haram perkataan diorang, aku cerna sikit demi sikit. Demi SuJu. Demi Hea Oppa. Sanggup mencari english sub untuk setiap video di youtube yang wujud. Tak pasal-pasal English aku pun improved. Kill two bird with one stone. HAHAHA.

MasyaAllah, bangsa hape ni? sopannyaa oppa baju putih kat depan tu



Dan dari saat itu, aku menyimpan angan-angan untuk menguasai Bahasa Korea. Demi Hea Oppa terchenta. KOt-kot la terserempak boleh la juga ber'anyeong anyeong'. (annoying ade lah ==") Tinggikan cita-citanya. Hahahaha.. Yelah. Takkan kipas-susah-mati drama Korea + Kpop pandai cakap ' yaa!' je.. tak macho la cenggini. Kuikuikui. Haruslah penuhkan vocab, sesat kat Korea nanti senang.


nak belajar punya pasal sanggup tampal kat pintu umah sewa..ngee
kekeke..korang caya tak last-last aku berjaya enrole masuk Kelas Bahasa Korea.. Lepas tu FREE OF CHARGE pulak tu. Korang caya tak?..Caya tak..caya tak?? caya tak ni??

HEee.. Tau pun nak caya. So, akhirnya berkat minatku yang mendapat akhirnya dapatlah aku belajar Bahasa Korea..

dan entrinya..

bersambung kemudian...kekekeke.. tunggguuu..


Rabu, 16 Ogos 2017

CROCHET TIME: PROMOSI SEMPENA 31 OGOS

.: Assalamualaikum :.
 Tak jawab dosa, jawab tanda sayang..hikhikhik

Tanggal 31 bulan 8, 57
 Merdeka! Merdeka!

Yeah. Sempena bulan yang baik ini, bulan di mana Tanah Melayu mencapai pembebasan dari British, ATAS LOTENG pun nak rasa kemeriahannya dengan membuat Promosi beberapa product Keychain termasuk design baru amigurumi.

Tak zabar nak tau product ape?
 Lemme list one by one ya..

1. Smiley Ball keychain (small size) : Harga Asal : RM2.50 sebijik -->; Harga Promosi RM 2.00 (lebih 700 ditempah dan terjual)



2. Lovely Love Keychain (small size) :Harga Asal : RM2.50 sebijik -->; Harga Promosi RM 2.00 (lebih 800 ditempah dan terjual)




3.Dango daikazuko keychain : Harga Asal : RM3.50 sebijik --> Harga Promosi RM 2.50 (lebih 500 ditempah dan terjual)



4.Camera Keychain : Harga Asal : RM3.50 sebijik -->; Harga Promosi RM 2.50 (product terbaru dengan harga pengenalan)




  ++++++++++

Nak buat apa beli bebanyak?..ehh.. jangan tak tahu keychain ni boleh buat as doorgift, hadiah kenang-kenangan, accessories dan lain-lain lagi. Baru orang kata wahh..ade kelainan gittewww.. nanti nak tunang,kawen, akikah tak tahu nak bagi ape? Haa..ni lah jawapannyaa..

Kalau korang nak order campur-campur pun boleh, tak ada masalah. Yang penting min order 20 pieces. 

Promosi ini bermula hari ni 16 Ogos 2017 - 31 Ogos 2017. Sebarang tempahan kena buat dalam tempoh masa tersebut untuk mendapat harga yang special tau ^^ 

Untuk tempahan boleh msg/whatapps/ di nombor 013-4428320. Ataupun email ke..niknursyuhada@yahoo.com

Detail pembayaran akan disertakan nanti.. 

Permintaan paling hot tentulah:
Smiley Ball Keychain 
Lovely keychain 
Dango Daikazuko

Atas Loteng Production Kembali aktif

.: Assalamualaikum :.
Tak jawab dosa, jawab tanda sayang..hiks.



Hiks, tahun ni jarang sangat ada masa nak berblog bagai. Busy dengan pelbagai urusan. Biasalah tu kan. Kesempatan yang ada ini, I dengan penuh rasa rendah diri nak umumkan bahawa ATAS LOTENG PRODUCTION kembali aktif selepas beberapa tahun senyap.

Keputusan ni diambil selepas setahun berfikir (pergh lama beno). Lepas amik master hari tu, penah fikir untuk aktifkan kembali ber-crochet, tapi time tu tak sangka bertali arus rezeki ikut cabang lain. Jadi terpaksa tanggung seketika untuk projek kait-mengait ni.

Buat keputusan ni bukan satu keputusan yang senang tau memandangkan kerja dengan orang paling senang untuk mendapat sesuap nasikan. Tapi kerja dengan orang ni apabila semua kerja nak dilepaskan kat kita, dia nampak sangaaat tak adil kat situ. Dari terus menjadi kuli orang yang suka ekploitasi kan kita, why not kita sendiri exploitasi diri sendiri (=.="). Ada rezeki lebih boleh bagi reward kepada diri sendiri..kekekkeke.. Lagipun bab reseki ni, Allah swt yang tentukan. Yang penting ada ikhtiar nak buat apa selepas berdoa. InsyaAllah, rezeki Allah itu luas.

Jadi, before anything else, since dah lama tinggalkan fans of Atas Loteng kesepian, aku rasa aku perlukan kembali semangat lama yang memeriahkan Page Atas Loteng Production. So, daku nak buat GIVE AWAY sempena comeback ni. Hee..



Bila fikir je terus rasa excited sorang. Tak zabar nak awardkan beberapa jenis hadiah untuk Fans of Atas Loteng..

Korang rasa untuk gift tu korang nak ape ek? ada beberapa gifts nak di offerkan. Antaranya, top up, crochet tools, crochet product, multipurpose purse dan shawl.


Haaaa.. korang tulun pikei dan suggest boleh tak, pleasssseee???


BTW, sekarang Atas Loteng Production dengan bangganya nak war-warkan Kelas Asas Mengait yang bakal dibuat nanti.


untuk Lebih lanjut layari Fan Page Atas Loteng :)


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...