marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Friday, June 13, 2014

KEM INTEGRITI KEPIMPINAN MUDA 2014

.: Assalamualaikum :.

Hmm...

Ari isnin lepas aku join kursus integriti anjuran Institusi Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Nisa' Kelantan.

Aku join atas tiket Nisa' la ni..tu pun last minute punya sebab ganti orang.. tapi pape pun... program ni bestttt sangat selepas 2 tahun aku menfreezekan diri sdiri untuk tidak begitu aktif menyertai program lantaran zaman u dulu asyik berprogram sampai result jatuh...ahahahha..

So sekarang x de komitmen yang menggugat.. maka.. rasa bahagia mengikutinya..

bestnya lagi selain pengisian yang bermanafaat, ini kalilah peluang aku berkenal-kenalan dengan geng nisa' yang lain.. biasenya aktif berkomunikasi melalui what apps je.. sekali sekala haruslah kena bersuai mesra.. tak gitu..haha

tempat kem diadakan di Bukit Keluang Resort , Besut memang tempat terbaeklah untuk buat kem.. siyes aku puas ati dengan rumah yang kami bermalam selama 2 malam ni.. 6 orang sebuah rumah. ada 2 bilik (tiga katil single), (1 katil queen saiz dan 1 katil single), 2 bilik air.. umah dia pun siyes lawa..tempat dia pun menarik yang penuh unsur alam.. kalau lah bercuti dengan famili dah lama aku menjelajah tempat2 sekitar sebab kawasan dia luas gileeer..

program bermula jam kul 8.30 malam didahului dengan Ice breaking oleh Encik Fison (orang IIM) selaku fasi yang incharge kitorang.






sempat lagi main game cahaya hidupku yang mana semangat gile sume orang mengawal api lilin daripada terpadam sambil tu kena tulis atas kertas matlamat hidup dalam gelap -.- .. bayangkan..

kul 11 masuk bilik ZzzZZ..


lepas je masuk bilik letak barang.. teros masuk dewan makan.. haha.. lapar kot.. sebab bertolak dr kota bharu kul 4.00 ptg.. dalam jam 6.30 ptg baru sampai..
makan doluuu... bismillah
1st acara lps check in, makan malam, mandi dan solat adalah sesi ice breaking..
semangat dapat paper bag yang mengandungi buku2 bacaan dan alat tulis.. teros membaca ye..

bersama belon yang diamanahkan untuk dijaga.. tak bley kasik hilang.
Day 2

Aktiviti bermula dengan solat subuh berjemaah, kuliah subuh dan seterusnya acara tertutup wanita, senaman poco-poco.. huh! lama tak buat.. last zaman duk u masa program minggu mesra masa jadik freshie..hahha.. layan saja sebab tertutup..kekekkeke



pastu slot 2 jam bersama Encik Z, bercerita mengenai Integriti dan kepimpinan Muda.. Encik Z pandai amik ati dak2 ni.. so x de la rasa berat untuk cerna ape dia cuba sampaikan..



 yang best, lepas slot pertama tu.. adalah game PARLIMEN ORANG MUDA yang mana kumpulan kena bahagi kepada 3.. sekumpulan geng kerajaan, sekumpulan lagi geng bukan kerajaan dan satu lagi geng juri penilai.. perbentangan ala parlimen ni bley tahan gak.. haha.. aku sikit2 boleh la... banyak2 bagi orang lain la.. aku tak berapa nak pandai klu berhujah.. klu mengayat pandai...hahhahaa..

slot ke 3, Sistem politik Negara & Keluhuran Perlembagaan oleh prof madya kartini (kalau tak silap) .. haha.. siyes.. sume amik port dalam sesi soal jawap.. biar pun aku ngantuk ..haha.. aku dan lecture.. mmg lah sehati berdansa.. last2 bukak barang crochet.. dan crochet bawah meja.. naseb duk belakang.. sambil dengan lecture beliau..


budak ni.. boriing sebab kena dengar lecture pasal perlembagaan Malaysia macam kat sekolah zaman dolu2..haha

fi ayyil makan wal zaman.. hahaha..



pastu asar, LDK yang di nanti-nanti, explore race.. kena selesaikan 5 soalan yang agak membuat synap- synap berhubung.. kena carik benda/tempat/ apa saja yang berkaitan dengan soalan dan kena tangkap gambar.. dan tunjuk kat fasi.. kalau betul kena selesaikan puzzle yang tersedia depan mereka baru dikira selesai satu soklan..

 

soklan pertama selesai...yihaaaaa.... sel otak aku memang berhubung dengan baik kalau aktiviti camni..haha

diberi sehelai kertas, pastu kena wat satu bulatan besar dengan kertas tu.. hiyaaa.. berjaya lagi..naseb baek pernah kena time program Induksi PSM09/10 dolu-dolu

orang lain duk tengah berusaha asingkan chocolate rice.. kitorang bergambar..haha..sebab x perlu ramai2 pun..kang lain jadiknya..
hasil selepas tercarik2 jawapan, selesaikan puzzzle dan berlarik kesana sini berhasil setelah menjadik group pertama yang selesai explore race.. hehehehe

muka hepi tok soh duk citer la..haha
malam pown.. kena dengar lecture lagik.. fuuhhh.. boring gileee.. tajuk pun da boring SISTEM PILIHAN RAYA.. klu musim mengundi memang la rasa nak dengar.. ni.. musim FIFA world cup.. memang naseb la klu tersengguk2 sengsorang sebab penat yang petang explorace tu.. tapi hebatnya Nisa' ni.. tak mudah menyerah kalah.. bertubi2 soklan ditanya menjadikan kelas meriah.. klu tak.. haha..cam bilik mayat kott..

 DAY 3

ari ni.. aktiviti utama kitorang adalah... panjat BUKIT KELUANG.. fuh.. dah bertahun ku memanjakan kaki ini daripada sebarang aktiviti extreme.. tapi ari ni.. insyaAllah.. expedisi menawan BUKIT KELUANG... eleh.. setakat bukit keluang small matter la..haha.. i kan ex pendaki gunung kinabalu (amboi riakk ), sape nak tau refer kat sini, MT KINABALU, HERE I AM!.. so haruslah kena tunjuk kebolehan anda.. hehehe..

Bukit Keluang mengikut Instuctor yang aku tanya tempoh ari, tinggi dia lebih kurang 300m je.. dan pendakian dari bawah ke puncak dan turun balik.. 2.5 KM je.. so... yoshh... i dah ready..!
haha..

kitorang bertolak awal dalam kul 7pagi lepas stretching sume.. aku dan Tikah (oh lupa ku nak mention adik aku pown join sama..nge) ..orang yang first sampai puncak..heee... lepas instructor la.. kikiki.. x nak kalah kan..kekekke dan orang pertama turun.. yeeeah!..


(cool- cool- hidung tu harus biar kempis je..haha)


masa naik bukit tu, sempat fesi2 amanahkan setiap kumpulan baldi yang berisi air, dan plastik sampah untuk kutip sampah yang dijumpai semasa perjalanan mendaki bukit keluang..



geng nisa' pc bergambar sebelum aktiviti sakit kaki..haha

semua dah sampai kat puncak.. fuuuhh.. punya la penat...

dalam kul 10.30 pg jugaklah kitorang sampai bawah balik dan mandi dan teros ke dewan untuk perasmian penutup.. penat oh.. kaki da setat main aci sakit tak sakit!

masa ni lepas majlis penutup, setiap group kena wat ikrar dan lafaz. ni group aku..hiks

 pastu sesi bagi hadiah... tang sini best.. terang2 nampak kat atas pentas ade 5 buah hamper yang mana group pun mmg ade 5 je..

tak tahannya, fesi cakap hadiah akan dibahagikan mengikut kategori masing2..

kumpulan merah- anugerah kumpulan paling CERIA RIANG RIA TERASA GEMBIRA BERSAMA HIDUP BAHAGIA BERSAMA SELAMA-LAMANYA.

kumpulan biru- anugerah kumpulan paling SUPPORTING MORTING COLOURING WARNARING CORNERING DARING BARING

kumpulan oren- anugerah kumpulan paling AKTIF POSITIF BERPRESTASI TINGGI INOVATIF KREATIF

kumpulan pink- anugerah kumpulan paling KIUT MIUT COMEY LOTEY PERGGH WALAWEII

dan last, group aku

kumpulan kuning,(of coz)- anugerah kumpulan paling HEPI BERGAYA MELETOP LIPLAP LIPLAP GEMERLAPANG BAGAI BINTANG KEJORA DI UFUK TIMUR..

BHAHAHAHAHHA..siyesss otak fesi-fesi ni putus fius..  korang ade ke title anugerah cenggitu..hahaha
 


lasttt... integriti accomplished!

No comments:

Post a Comment

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...