marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Ahad, 5 April 2015

#throwback: Pindah dari Single Room ke Flat University


.: Assalamualaikum:.

heeeeee..

annyeong oulss.. sihat tak ni?? heee

Ingat tak lagi entri ni yang aku duk bercereta pasal mula-mula datang USM and dapat bilik single room?? tak ingat.. tekan sini recall cite "MASUK HOSTEL" tu balik...huuu... alkisahnya..

haa.. ni bilik aku yang single tu.. teruja gile bila dapat bilik ni.. sesapa nak apply master kat USM, boleh la apply bilik kat HILTON.. HILTON untuk student master je..


tapi tapi tapi.. sekarang ni aku da pon berpindah dari bilik yang kiut miut dan comey lotte tu ke bilik baru..heee... sebabnya.. sebabnya.. bilik baru ade pantri dan bilik air yang khusus.. x yah share ngan orang len kat level tu.. betul-betul duk dalam bilik sdiri.. teruja i bila dapat tau ade bilik sebegitu rupa kat hostel ni..

 ape lagi.. drag Aniem sekaki biar dia rasa keterujaan diri beta ni.. kot-kot dia berkenan nak register hostel..sebab bunyi ade pantri..kekekeke.. memang dia pun same teruja dengan beta la.. hahhaha.. so.. sebelum berakhir sem lepas dia pun apply la masuk hostel gak, sambil aku pun wat surat bagi kat management untuk pertukaran bilik dengan alasan-alasan yang bombastik tahap lima iaitu.. aku cakap aku clean freak yang tak bley kongsi toilet ngan orang len ..alasan yang tak bley blah.. tapi seriously toilet dia sempit giless.. aku yang saiz s nih pun bley complain toilet tu kecik.. apatah lagi orang yang double saiz dari aku.. kan..

rupa terletest bilik single aku..

amboi.. throw back pown panjang ke main.. tapi citer kat bawah lagi panjang.. ahaha.. sila sediakan popcorn key..

masuk sem baru, aku still x dapat lagi  news dari either UPPU (unit perumahan USM) or Bakti Permai Management sama ade perpindahan aku nih lulus ke tak.. standard lah management kan..tak di push tak gerak.. sebab news Aniem dapat ke tak masuk hostel pun tak de khabar berita, so aku redha je la kalau tak dapat masuk flat uni tu pun..

 lagipun aku da kamcing ngan budak2 course aku yang satu level (Fara, Dila, AAB, Puteh ngan Tikah) dan close ngan Gan, chinese depan bilik aku.. so.. no hal laaaaaaa kalau tak pindah pun (pujuk hati beta lantaran tiada khabaran dari UPPU ngan BPM nih).. even toilet makin teruk keadaannya (kotor + kerosakan tak direpair, just tampal notis kitorang x bley pakai toilet untuk sementara waktu ) + bahang gilessss bilik aku sampai rasa cam kat sauna..

 tambah-tambah lagi bila malam menjelma.. selalu je aku ngan Gan mengomel pasal benda ni..haha.. lagipun time nih aku busy giless dengan correction disertation..so tak la feeling nak pindah bilik da..

sorry.. terpanjang lagi..ahahahhaa..



sampai la bulan 3.. di mana UPPU call Aniem dia dapat masuk hostel da.. dapat masuk FLAT UNIVERSITY..wah... aku plak yang terujanya.. time tu aku balik kampung.. so nak la jugak tau aku punya status pertukaran ape cer so call la UPPU... UPPU cakap dia tak dapat pun surat dari aku.. whatt??.. maksudnya BPM tak hantar pun surat aku kat UPPU ke camne??..tapi sebab aku duk kampung time tu.. susah la kalau everything nak settle by phone..

Aniem time tu pun da excited nak try masuk bilik baru even dia pun dalam dua nak masuk bilik baru ni sebab dia sebenarnya da serasi dengan budak-budak umah dia.. tak tahan dapat je kunci terus gi bilik tu dan bersihkan.. semangat gile dalam duk confuse nakmasuk hostel kex nak kan...kekekekke


Minggu depannya, balik dari kampung teros gi UPPU untuk settle kan permasalahn kat atas.. tapi jawapan yang sama jugak aku dapat dari UPPU.. nak tak nak, aku kena la gi BPM pulak,so ke sanalah beta.. so..cakap la ape masalah aku.. tapi BPM cakap tu UPPU yang uruskan untuk tentukan bilik.. dia wat alasan bilik yang aku apply tu full.. boleh pulak gitu.. terang-terang masa aniem masuk bilik tu, cam da setahun bilik tu tak de penghuni.. sekarang dia sorang je.. so partner dia tak de la.. tak puas ati gi pulak UPPU cakap benda yang akak BPM tu cakap..

akak UPPU pulak mintak surat dari aku yang menunjukkan aku nak request pindah tu.. cakap pakai ayaq liuq x pakai.. aku cakap surat tu ade ngan BPM da bagi diorang.. aku ingat diorang akan bagi surat aku tu kat UPPU.. nampak gayanya..aku sendiri lah ni kena amik dan bagi UPPU.. so ke BPM lagi lah aku untuk amik surat itu..

rupanya surat aku bagi kat BPM tu tak disentuh pun oleh BPM.. dia tengok masa time aku serahkan tu je sbb kat situ ade cop tarikh serahan..30 DIS 2015! tak ke kecik besaq kecik besaq aku tengok akak tu.. boleh-boleh bagi alasan yang diorang tak leh nak proses surat aku buat masa sekarang sebab application untuk hostel da tutup dan yang ade masalah kesihatan je boleh di layan..

 so aku cakap lah kat akak tu tu bukan salah aku sebab aku hantar surat tu tahun lepas lagi.. tau pun rasa bersalah sebab lepas tu kendur sikit suara dia mengaku dia tak sempat nak proses surat aku sebab sibuk~.. (agak-agak kalau aku bagi alasan kat Dr Su tak hantar disertation sebab sibuk hangin tak Dr kat aku kan.. gitu la feeling dia time tu).. tapi sebab aku ni berfikiran waras dan murah dengan kata-kata yang berhemah dan senyuman, aku tak de la angin sangat dan ke UPPU untuk serahkan surat tu..

 tapi-tapi-tapi.. di UPPU sekali lagi.. lepas baca surat aku, akak UPPU pulak cakap, any pertukaran yang dalam kawasan kolej kediaman, management kolej Kediaman je terlibat.. kire UPPU tak terlibat la.. maksud akak tu, application aku nih bulih je lulus tanpa UPPU kalau ade bilik.. PULAAK!..

ke BPM lagi untuk confirmation benda ni, dan akak BPM cakap, BPM bleh bagi bilik tapi kena pengesahan UPPU..aahh... siyes..kat sini aku jiwa kacau.. gile hape dua-dua unit ni.. gini ke management lepas bulan-bulan aku consistent bayar segala jenis mak nenek fee, deposit tu dan ni.. gini ke..gini ke.. nasib aku tak sawan je kat depan opis BPM tu..

kalau tak.. eh.. tak nak la aku.. dari sawan baik aku settle kan benda ni cepat-cepat (at least aku dapat sahkan aku memang tak de harapan nak pindah ke flat universiti baru la aku stop ulang alik UPPU-BPM, selagi ade harapan walaupun 0.00001% aku still sanggup- tu niat aku masa nak buat penda bodoh ni)..

maka sekali lagi aku ke UPPU sebab kata akak BPM aku kena start all over again same cam awal-awal aku apply hostel masa mula-mula masuk USM!.. sebab dia.. rate hostel yang aku duduk sekarang ni lain dengan flat uni...

haa.. bengang x??.. kalau dia cakap awal-awal lagi bahawasanya aku patut isi borang sama cam dulu-dulu kan tak payah la aku berulang alik meng-kurus-kan badan yang sedia tak de isi ni.. FYI yang aku duk berulang alik tu aku pakai kederat dan kaki aku je.. takde nak bermotosikal ke hape..

boley imagine betapa exhausted tak aku time tu..

lepas isi borang, akak tu pun cakap.. borang ni akan diproses dalam 2 minggu lagi..

so.. akan aku menapak ke UPPU atau BPM selang 2 minggu lagi nak test diorang ni betul2 ke berkhidmat untuk warga USM seperti yang dicanang-canang tu atau buat kerja sekadar melepas batuk di tangga... tungggguuuuu entri seterusnyaaa...

throwback sangat nih..ciap ade bahagian ke dua..ahahahha..

btw ingat tak entri ni "MUSIM BUNGA DI USM PENANG" ade la skit aku ngomel pasal management hostel ..hoho..

peneman aku dikala berulang alik dari UPPU-BPM

3 ulasan:

  1. Hi, nak tanya flat university ni in campus or out of campus?

    BalasPadam
  2. hi, flat uni ni terletak dalam kampus

    BalasPadam
  3. Hi, macam mana nak apply ya, boleh tolong guide cos sdg cari tempat, nak buat phd kat usm 😊

    BalasPadam

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...