.: Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani:.
26 November 2011
jam 5.00 petang
dengan rasminya saya mengumumkan
SAYA GRADUAN UMS!
-Universiti Malaysia Sabah-
akhirnya selepas bersusah payah
jatuh tersungkur bangkit kembali
dikhianati, dimusuhi, dibuli
disayangi, dikasihi, ditemani
sedih gembira
susah senang
putus asa tabah
tempoh tiga tahun sudah melepasi
SYUKUR YA ALLAH
secara rasminya saya mula belajar secara rasmi adalah pada umur 4 tahun di PASTI Rabbaniah, Kemerok Sabak dan bergraduasi secara rasminya pada umur 23 tahun bermaksud..
19 tahun mengharungi hidup bergelar pelajar...
tapi ini x bermaksud selepas ni..
tiada lagi sesi pembelajaran dalam hidup saya...nehii hei..
bagi saya..selagi jasad dikandung badan...
ilmu ada di mana-mana..
menuntut ilmu adalah wajib selagi kita bergelar manusia yang hidup...
muka ceria seorang graduan UMS...
Hikayat sekeping ijazah~
Tanpa PASTI Rabbaniah Kemerok Sabak,
Maka tidaklah seorang SYUHADA melangkah kaki menuju ke SK Sabak.
Tanpa SK Sabak,
Maka tidaklah seorang SYUHADA meredah arus menapak di Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu.
Tanpa Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu,
Maka tidaklah seorang SYUHADA mengembara membawa diri ke Matrikulasi Kolej Mara Kulim, Kedah
Tanpa Matrikulasi Kolej Mara Kulim, Kedah
Maka tidaklah seorang SYUHADA jauh membelah langit merentasi Laut Cina Selatan menuju Universiti Malaysia Sabah.
Tanpa Universiti Malaysia Sabah,
Maka tidaklah seorang SYUHADA hari ini berbaris menanti giliran di atas pentas Dewan Cancelor mendapatkan sijil ijazah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan