marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 30 November 2020

OhMyPippin: Pippin yang sekarang bukan lagi yang dulu

 .: Assalamualaikum:. 


Sekarang aku dah boleh senyum lebar dah. Alhamdulillah Pippin dah recover dari penyakit sporotrichosis ni.

Hopefully betul2 recover lah. Berdasarkan pemerhatian aku selama 9 bulan merawat Pippin sporo ni dah tak serang Pippin brutally cam dulu dah. Paling ketara bila hidung dia dah okey tapi sadisnya hanya sebelah je yang berlubang. Satu lagi tertutup terus. Satu lagi tertutup terus gara-gara pecah awal-awal ritu. Aku tengok pun sedih. Pastu berparut atas hidung.

 Bertabahlah Pin. nasib badan.

Telinga, mulut kaki sebelah kiri semua luka dah sembuh. Tertutup rapat tak bercela ditutup dek bulu-bulunya yang kian melebat. Sungguh aku syukur tengok muka gemuk dia sekarang. Walaupun jalan macam raccon. 😛😝😝

Kat kaki belah kanan memang kritikal waktu aku rawat dia dulu. Siap darah berkerak busuk tapi darah mengalir x henti-henti. Bayangkan. Dah la luka tu tersembunyi di balik bulu dan kerak darah. Memang waktu rawat dia kat area situ amik masa. Sebab kalau aku tersalah kopek luka dia akan menjadi-jadi. 
 
Buat masa ni, luka tu dah sembuh cuma merah-merah kulit baru masih kelihatan. Cuak juga takut jadi luka balik. Kalau area lain bulu dah tumbuh tp area situ lambat sikit. Tapi pape pun, tengok hidung dia dah kembali waras, rasa lega dan berbaloi jaga dia bagai menatang minyak yang penuh. 
 
Memang menatang la ni~
 
2-3 minggu lepas before aku decide nak lepas dia dari sangkar. aku mandikan dia dengan air kunyit dulu. ahahaahahak. Terpengaruh dengan gambar kucing yang kena fungi pastu tuan dia kunyitkan seluruh badan. Pippin pun aku buat camtu. 
 
Kunyit antara bahan yang boleh matikan bendasing kat bulu kucing so tak salah kalau aku mandikan dia dengan kunyit sebabnya selama 7 bulan dia langsung tak mandi. Lepas aku mandikan ritu, aku tak berani nak mandikan dia acap kali memandangkan kondisi badan dia yang lemah. Sis x kuad.
 

nasib lah pin

Lepas mandikan dengan kunyit tu ingatkan boleh la jadi pikachu jugek, tapi sebab dia kaler kelabu 😂, rupa dah macam ape dah. Kyubi naruto kot..😂😂😂😂

lawakannnnnnnn pippin jadi pikachu

So, officially aku  lepas dia untuk menghayati keindahan dunia luar, bermain-main kat luar. Hari mula-mula aku lepas dia main kat luar teros masuk dalam umah. Mungkin dia rindu tempat membuas dia waktu di zaman kecik dan remajanya. 
 
Ke mana hala tuju dia kalau tak ke bahagian dapur luar tempat aku letak dia sebelum dia sakit. Seharian duk kat situ ntah buat ape. Suka hati hang la Ah Pink.
 
Ok lah asal tak buat kacau. Ceh siapa kata dia tak buat kacau sebab adik aku berjaya mengesan ta*k dia kat atas kain lap kaki keesokan harinya . Oh my Pippin . 
 
Why Pin why?. Dengan cite lain dia failed la nak bagi duduk atas rumah bila dia dah wat perangai camni. Mak i dah bising hohohohoho. hurmmmmm. 
 
Awal-awal ni bila aku dah lepas dia kat luar umah, dia start merayau ke umah orang.  Anak buah aku melaporkan bahawa Pippin nak wat onar kat umah diorang pulak. Adessss. Susah upanya jaga kucing tak makan saman ni. Dengan muka toya "I am not guilty" ni  la paling malas aku nak layan. 
 
So aku pun kurung balik dia dalam sangkar dia..Wuaaa.. Suruh dia menginsafi sikit dirinya. I is malas nak layan perangai Pippin yang camni. Oh tolong la Ah Pink!

Hmm. But still my heart still hurt to see Pippin yang dah sihat ni berkurung dalam sangkar 24 hours. Sedih kot. Bayangkan. Ko tu dah la extrovert species. Pulak tu tak de pebenda yang ko buleh buat selain merenung keluar sangkar,makan dan ber*k. Lain la Pippin ni celik IT dah lama aku bagi hp aku kat dia. 
 
Hiks. tipu je. nak beli sendiri la pin. Line Umobile je aku tulun top up kan. 

So, Bila dah nampak tanda-tanda insaf maka, aku pun bukak pintu sangkar dia pagi-pagi. Supaya dia tau. Dia dah bebas. 
 


Tapi bila aku dah buat open house kat umah Pippin ni ramai lah pulak jemaah kucing-kucing liar datang nak menjamu selera. Biasanya Pippin makan tak habis so dapatlah sikit sorang kat kucing-kucing lain. 
 
Tapi yang aku tak puas ati ade jugak kucing lain pulak yang over siap nak cari gaduh dan cakar Pippin sebab tak nak kongsi makanan . What deee?

Tapi tak lah aku halau kucing-kucing tu memandangkan aku omma mithali, makan je la engkorang.

Tapi tu lah. Siap wat umah aku port lepak korang ape hal weh?? Ka ragoooo!
 
Paper pun walaupun idung Pippin tersopeng dah siap sebelah tu tak de lubang hidung dah, harap dia membesar dengan jayanya.
 
Fighting Pin! Assaa! 
 

Khamis, 26 November 2020

Jalan-Jalan Cari Makan : BBQ di Seoul Garden, KB Mall

 .: Assalamualaikum:.

Anyeongggg!

Selepas beberapa lama tak masuk sini, Hi Seoul Garden.

Bulan November dah kita ye rupanya. ade sebulan lagi untuk mengakhiri tahun 2020, tahun penuh dugaan ni. Walaupun penuh dugaan tapi bila kita berlapang dada dan hadapi hari-hari dengan tabah dan tekad baru. Insya Allah hidup sentiasa hepi.

Bila hepi, hati mula nak itu ini hihihi. So, bulan ni aktiviti aku dipenuhi dengan ativiti makan makaaaaan. Hikhikhik.

Kalau bulan Oktober aku challenge diri untuk say no to coffee bulan November ni aku penuhi dengan aktiviti makan makan. Entah kenapa selera makan makin membuak-buak. Maka. Ayuh lah!

Awal bulan dalam hari Sabtu kot gitu ajak Najwa, kawan waktu uni jom kita gi makan kat Seoul Garden lepas kak Ada pegi bawa service Areumdaun Betsy kat Perodua. Teros Najwa setuju aje. Dua -dua tengah on nak melayan mood makan-makan. 

Major service almost RM700 tapi lepas diskaun dan free labor charge ke hape dapat la RM500 net. Kat mana? Yamud Perodua Service

Kena cari partner in crime klu bab-bab camni. Baru jeliro bak kata orang Kelantan. Lepas siap je Betsy diservis dan melayang RM500 maka, laju lah ouls ke KBMall tingkat atas untuk  berBBQ dalam Seoul Garden. Awal datang orang pun tak ramai..hew hew. Nice!

Harga awal-awal SG dulu
Harga sekaranga kena nanges dulu baru dapat kuar duet

Menu kat sini dah makin menjadi-jadi dah bertambahnya. Kalu dulu ada yang macam basic sup, grill dan steamboat, sekarang ni perghh.. siap ade yang premium lagi. 

Since hari yang kitorang datang ni weekend so harga dia pun jadi special. 1 pax RM62.50. Rasanya dah termasuk price premium tu. 

Jadi untuk Soup of the day amik Kimchi Jjiigae Soup. Coz perasaan now nak steamboat like Korean hahaha.

Antara menu-menu yang ada kat Seoul Garden:

Spicy Soup: Kimchi Jjigae Soup, TomYum Soup, TomYum Kimchi Soup

Non- Spicy Soup: Ginseng-Abalone Soup, Milky Seafood Soup, Ginseng Chicken Soup


Grill: Spicy/ Non Spicy Bulgogi Beef, Kimchi Chicken, BBQ Chicken, Teriyaki Dory, Black Pepper Dory, Tom Yam Squid and more..

 

Steamboat: Prawn, Mussel, White Clam, Bamboo Clam, Flower Crab, Chicken Meatball and MORE...

PREMIUM: Salmon Fillet, Squid (Whole), Lamb Leg, 3mm Beef Striploin (Best for Grill), Beef Chuckroll, Beef Brisket, Smoked Duck, Free Flow Cheese Dip and more..

 

and many more side dishes. 

So, untuk sesi kali ni aku berdua je makan, masa memang dapat utilise dan fokus kepada upacara grill meng-grill dan makan. Biasa kalau datang dengan adik beradik aku, kerja duk punggah makanan dan melayan si kecik nak makan. 


Tapi kali ni memang dah fokus untuk makan yang premium je yang jarang-jarang jumpa kat umah. fish ball-fishball tu kita tolak tepi tapi kutip kat kaunter makanan udang, mussel,salmon dan lain-lain yang mewah..hahahhaa. Fishball and da geng tu nanti kita buat oden kat umah.ngeee..

Cara wrap tu paling important ya anak-anak.

Bulih tahan 3 round jugak la duk melantak grill-grill ni. Fokus. Tu paling penting. Makan pulak kena steady jangan bagi perut cepat kenyang nanti rugi ohh. 

Terkejut najwa bila dia tau kak da dia boleh sumbat makanan dengan banyak. Tak caya tengok plates
Thanks partner in crime. Nanti kita gi tempat lain pulak.hikhikhik
Actually da dah jadi habit family aku, lepas makan kemas meja even kat kedai makan. So, orang kutip nanti mesti hepi kan just tinggal angkat je :)

Masuk pukul 12.00 keluar dalam pukul 2.30 petang camtu.. kekekeke.

Puas hati!

Isnin, 23 November 2020

Perintah Kawalan Berkurung Bersyarat kali ke 2 di Kelantan

 .: Assalamualaikum:.

Tak jawab dose, jawab tanda sayang.. getteww.

dapat berita kena PKPB waktu tengah makan-makan kat Snow Town
 

Hari ni hari ke-3 PKPB 2 berlaku kat Kelantan. Huu.. Negeri lain dah lama jadi senior siap grade kite pulak yang baru terhegeh-hegeh masuk minggu orientasi. huhu. Gurau-gurau kat FB camni la yang kuar. hihi.

 BEST KE MAKAN BINGSU KAT SNOW TOWN CAFE? check kat sini 

Gurau gurau gak tapi SOP tetap kena jaga na.. Paling mudah pakai mask di mana jua anda berada especially kat public dan bersesakkan, pastikan tangan sentiasa basuh dan jarak sosial yang luas. InsyaAllah kita boleh menghapuskan rangkaian covid-19.

Nanti orang kata. eleh kata kat orang padahal dia pun so close each other ade hati nak advice orang..

 hee.. jangan salah paham tau.

Macam kitorang ni sejak azali dah ramai. Kalau ke mana-mana memang 2-3 kereta akan konvoi. Tapi kitorang je la tak de orang luar yang tak tahu dari mana history datangnya. Nampak macam tak de social distancing tapi hakikatnya kitorang memang duk kuarantin diri dalam negeri/daerah je tak de gi mane-mana tempat yang ade kes.Kalau tempat tu kitorang dengar ade kes. Memang 2 minggu la tak kan pegi sana huhu. 

Macam sekarang ni tempat paling aktif di daerah Kota Bharu adalah Kubang Kerian + Panji. Sejak kes menular. aku stop da gi Mydin ngan Eco Rm2 kat area situ. Kalau nak berurusan aku gi bandar KB. Tu pun siap urusan terus balik. Mask always onz, hand sanitizer selalu pakai dan pintu kaca bank or office aku pakai tolak dengan kaki jew..hew hew. Jaga punya pasal kan.

Ingat kita ni bukan je jaga diri kita, tapi mak ayah tok nenek yang dah tua yang paling utama. Kita nih setakat demam tu tak de hal la.  Tapi kalau diorang yang sakit. ICU lah kebanyakan tempatnya. Jadi marilah sama-masa jadi manusia yang paling bertanggungajwab atas dunia ni.

Yes, We can do it! 💪💪💪

Dalam tempoh PKPB ni keja tetap onz. Malah lebih sibuk dari biasa. Mungkin dah nak dekat hujung tahun. Deadline semua nak kena kejar.

Sebulan dua ni aku rasa busy gilesss dengan persiapan perkahwinan my brother of ten, dengan keja tu keja ni. Crochet pun dah tutup kedai dulu buat masa sekarang ni. Hope ade masalah nak mengait balik. huhuhu.

waktu majlis belarok. Oh ni kakak adik sis.

Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya waktu tu masih lagi dalam status PKPP kat Kelantan ni. Majlis kat rumah memang full of SOPs siap ada sink basuh tangan sebelum masuk ke rumah. YB ke tak YB ke memang kena follow the rules sebab yang jaga time tu Unit Amal kot. Orang tengok uniform Unit Amal yang segak-segak pun rasa kecil diri lantas pakat basuh tangan 😂😂😂

Salam pun tak boleh naa. 

So, my dear brother of ten selamat berkahwin. Nanti I mood okey kita story morey pasal majlis dia tau. Macam biasa, 100% majlis hasil mengembling tenaga ouls sefamily.  

Semua buat sendiri naa..

 

Selasa, 10 November 2020

Sporo hits me too!

 .: Assalamualaikum:.

So, hari ni rasa terbuka untuk cite pasal satu benda yang OMG jadik kat aku pulak. Ritu aku punyalah semangat cite pasal Pippin kat. So kali ni turn aku pulak nak jadi highlight cam Pippin.

Lama aku simpan. Dari awal tahun. Ni bila dah OK marilah kita cerita kan kepada entire world. Dunia tanpa sempadan.

Certain orang je yang tau pasal ni. Terima kasih buat teman-teman yang concern pada diri ini walau kita juah di mata namun di hati pasti dekat senantiasa. 

Tapi awas. Posting ni panjang. Grab some popcorn please.💓

renunglah lelama pun guys sebab kejap lagi ade cite cedih dia T.T

ni draf entry abang aku tulis waktu tu blog aku terbukak. sesuka hati dia je. hurm. Wani Hasrita yang tak tahannya yang dikesahnya T.T

But never mind.As long as korang dah tau kan ape yang jadi kat Pippin awal tahun ni. So benda sama happened to me jugak Huwaaaaa.. SPORO HITS ME TOOOO!

Seriously aku bila ingat balik awal-awal tahun dulu memang rasa down sekejap. Ok..Before aku start cerita tu suka dimaklumkan gambar atas tu gambar aku amik awal tahun masa nak gi ke Pejabat Kastam atas urusan kerja. 

Waktu ni muka aku memang sedap mata memandang hohoho. Koya is my hobby tapi hakikatnya tak de la cantik mane powwwnn tapi tapi tapi aku still puas hati la sebab jerawat tak de pastu bila jerawat x de automatik la kulit cam sihat gitteww. 
 
Alhamdulillah. Syukur.

Hepilah.

Ceritanya bermula...

Tapi walaupun tulus dan mulus (koya), aku perasan lah ade satu jerawat kat area bawah mata dekat rahang ni selalu on off sejak bulan 12 lagi. Tapi aku biasalah. Tak buat pape pun sebab biasanya jerawat kat muka aku ni bila aku rajin membelek dia makin rajin nak membesar.

So, aku peratii jewwwwww. Nak picit pun tak makan saman sebab dia bo layan. Sekejap ade, sekejap hilang. Amende la..

So dia duk main-main on off cam tu dalam sebulan jugaklah. Sampailah bila waktu diognosis Pippin kena sporo. Even waktu tu jaga-jaga jugak la kot-kot ade luka kat badan aku. Coz sporo ni penyakit kulat yang bersifat zoologi. Boleh berjangkit kat manusia juga.

Time aku rawat Pippin tu memang dah macam frontliner dah aku dengan apronnya, dgn glovenya dengan masknya.

So, seriously aku rasa tak mungkin aku kena jangkit sporo ni kan.. lebih lebih lagi kat area muka.


Tapi hari makin hari, makin menjadi-jadi pulak kesan merah kat situ. Awal-awal dulu dia macam bintk merah, lepas tu lama-lama dia jadi macam kesan merah kat sekeliling macam terbakar camtu.

Aku memang ingat jerawat tu dah nak heal lah kan kalau merah-merah kering camtu. Aku dengan jerawat ni x denya buat rawatan kursus letak pape ke. Biasa aku let it get lost camtu je. Biasanya hilang lah..

Tapi kes ni macam..hmm.. Dan Pippin pulak wakt ni first wave sporo dia cam dah nak ok. So aku tak syak pape kena jangkit dari dia or ape..

Ni dalam bulan 2 la kot. Ni waktu cuti so memang muka aku tak de pakai pape

Tapi see. Dia makin menjadi-jadi. Macam bisul atau jerawat batu yang kat dalam tu ade ketul. Waktu ni jerawat ni pecah sebab dia betul-betul masak pastu pagi bangun tido nak amik wuduk waktu basuh muka dia start pecah dan berair.

Sakit. Tapi aku tak de la over sangat sebab dah lali. Kadang-kadang tu ade je jenis jerawat degil camni kat muka. Boleh je aku slumber salotapekan dia hak suruh kering sikit.
 
Abang aku ajak  gi Dinner group Lawyer2 Kelantan. Dia book satu meja so of course I volunteer as tribute. Aku suka bab-bab dinner nih. Makan x de takpe asal boleh melaram hohoho. Ye lah..Time ni je aku over make up ke ape. Time lain muka plain camtu je.

So, nak jadi cerita, aku put some make up la atas muka. Dengan luka jerawat makin membesar plus siap berjangkit kat area lain lagi . Oh Emm Gee. Perasan kan handiplus kat muka aku tu. Haa.. Tu teknik nak tutupkan luka tu.
 
Masih boleh bergaya tu yang paling penting. Confiden buat cam x de paper kat muka

Dinner katanya. Tema bollywod tapi tengok la kat muka ape aku taruk..

Balik dinner nyesal. Sebab luka tu makin menjadi-jadi. Takut infection je sbb yang pecah tu baru je jadikan.

Makin teruk. Sedih tapi bila pandang camera automatik smilee~

Aku masih meneruskan hari-hari tu dengan penuh berkeyakinan. Siap fikir tak pe esok akan surutlah kot. 

Sebabnya aku kalau luka memang mudah sembuh. Dari kecik aku ni memang tak kenal ubat huahuahua. Even waktu kecik main ganas-ganas sikit pastu jatuh rebah, aku memang jaguh. Boleh tahan sakit. Kalau sakit jumpa daun kapal terbang ambil buat ubat. 

hihihi.

So cite dia. Waktu dah teruk camni, ramai orang suruh aku gi jumpa doktor. Aku ni dengan doktor memang alergik. Hentah. Satu lagi. Selagi tak terdampar atas katil, aku confuse aku ni sakit betul atau buat-buat 😅 

akhirnyaaaa..

Ok lah.. OK lah.. last-last aku pegi lah jumpa Doktor nak tau amende kat muka aku ni. Rasa dah bukan jerawat dah ni. Makin teruk sebab dia jadi bengkak. 

Oh ya. Camane aku boleh jumpa Dr ni?? Sebab aku gi hantar omma yang demam ke klinik ni. So kakak aku terus suruh aku consult dengan Dr amenda kat muka aku ni. Gambar ni akak aku yang amik bagi kat group family katanya aku dah menyerah 😂

Dr pun kompius. Dia fikir tu macam ape tu orang panggil tu.. haa.. kayap.. So dia bagi aku ubat surut bengkak dan antibiotik. 

Aku rasa aku ni cam omma aku la. Selagi tak terdampar atas katil selagi tu tak nak jumpa Dr. The reason omma jumpa Dr ni sebab kena paksa dengan anak-anak dia sebab tetiba dia demam pastu tak kebah-kebah lepas tu duk terdampar atas katil. Siap kena wat masuk air 2 botol.

Ntah. Tiba-tiba dia rasa jadi camtu. seminggu lah jugak.

Dan aku kenapa aku boleh serah muka aku kat Dr tu sebab aku penah jumpa dia waktu cucuk vaksin sebelum gi umrah ritu. Maybe sebab dah ade trust kot. That's why aku ok je tunjuk muka.
 
So, berbekalkan anti biotik yang diberi, aku masih confident meneruskan hari-hariku dengan muka camtu. Kalau ade majlis ke selumber je buh handiplus corak-corak atas muka. hoho.

Sempat pegi majlis kawen ex staff tempat aku keja

Actually ubat yang Dr bagi tu tak respon apa-apa pun kat muka aku. hmm..

Kritikal

Sampai satu tahap. Aku rasa oh no sangat bila dia dah makin menjadi-jadi. bengkak air. betul-betul bawah mata. Aku siap boleh tengok bengkak tu dengan anak mata. 

Waktu ni baru terbuka hati nak gi hospital sebab dah tak sanggup lagi aku. Sakitt.. dia nyut nyut bukan kepalang.

Tapi Dr yang treat aku tu dia tak tengok betul-betul pun. Dia buat laporan based on apa aku cite dan hantar report pastu aku gi amik ubat. Dia siap precribe ubat yang salah lagi kat aku. Dia nak bagi ubat jerawat. What deee.. Tapi nasib baik farmasist tu budak baru kuar u (aku rasa la), so dia ade rasa responsible so dia gi confirm kan balik dgn Dr tu benar atau tak ubat ni. Last-last ubat dia prescribe tu x betul pun huuu..

Dan sama, ubat yang aku telan tu tak effect apa-apa kat luka ni sbb ubat yang dia bagi tu ubat yang sama klinik bagi. Ubat surut bengkak, tahan sakit dan antibiotik.

Hmm.. Ok aku dah tau kenapa aku tak suka jumpa Dr. Sebab Dr camni la wat aku rasa tak secure.  Actually bukan sekali dua aku jumpa Dr yang tak kesah sangat pasal patient dia, Banyak kali. Zaman sekolah aku banyak kali jatuh motor hee. So. Aku pun malas lah jugak nak datang spital.


menjalani hari-hari dengan handiplus dimuka. Boleh nampak bijik-bijik luka tu kan..

The reason aku pakai handiplus tu sebab aku tak nak luka ni terdedah kotoran. pastu aku tak de ubat spesifik utk aku letakkan. Pastu aku tak nak orang tengok muka aku jadi tak lalu nak makan. So handiplus la hipster sikit.. hoho

Kakak aku bawak aku jumpa bidan urut untuk guna kaedah rawatan alternatif pulak. Mak bidan kata ni sejenis kayap. Kayap pun kayap lah sebab sakit denyutan dia tu melampau sangat dah. 
 
Aku first time ni seumur hidup jumpa bidan ni untuk tengokkan aku. Orang lain jumpa bidan sebab nak mengurut lepas bersalin. Aku?? urut muka 😂

Katanya dia nak meracut (kecutkan bengkak luka tu dan tak nak bagi kena mata) sebab memang dah sipi je lagi nak masuk mata).

Aku sua je la muka hohoho. Sakit oh. Dah siap tu dia bagi kapur masak untuk sapu kat muka.

Waktu ni dah makan masa 2 bulan dah muka aku makin menjadi-jadi. Anak buah aku pratikal student kat office suggest aku pegi pakar kulit. Kakak aku dia pulak bawak aku jumpa Dr lain pulak. Klinik lain. Terbuka hati nak gi jumpa Dr. Jamal, Dr keluarga aku. Actually ni first time aku jumpa Dr. Jamal walaupun nama beliau kerap meniti di bibir-bibir ahli keluarga aku..huhuhu.

Dr. jamal sekali tengok je luka kat muka ni pastu dia tanya aku ade kucing tak kat rumah? Dia terus kata ni sporo. Tapi dia tak sure sebab jarang kes kena atas muka. Biasa orang kena kat tangan atau kaki. So dia pass kes aku ni kat klinik pakar kulit kat Lundang. 

Hari jugak ak pergi klinik tu dan memang Dr err lupa nama kata ni sah-sah sporo. Biasa kalau nak tahu tu sporo ke tak kena amik sample buat ujian makmal la. Tapi memandangkan Dr ni dah biasa dengan kes-kes camni. Dia conclude ni adalah sporo. Dan dia prescibe ubat untuk aku.

Guess what?? Aku kena makan ubat yang sama dengan Pippin makan 😂
Melayang duetku hampir RM200 untuk ubat inox selama 2 minggu (test dulu nak tengok camane)

Nasib baik Inox je. Ubat lain tak yah. Kalau Pipin kena makan separuh tiub sehari, aku kena makan 2 bijik sehari.

Aku waktu ni dah redha dah bila sorang kata ni sporo, dua kata ni bawaan Pippin. Biar kan.. Biarkan..

Sob Sob Sob mengenangkan duit yang terbang.

Waktu ni Pippin dah masuk 2nd wave sporo. Siap aku pikei pasni klu inox aku abes, aku gi beli kat vet la murah sikit. Tak pun kalau aku punya habis, aku pau Pippin punya 😂

Oh ya. waktu ni jugak aku dah jumpa penawar dari PSHERBS. So, aku beli S3 dan S7 untuk diri sendiri jugak.

muka dah tak de senyumm 😌😌😌

Selumber je masuk opis dengan muka camni 😆. Teruk sangat. Yang jadi gelap tu sebab aku sapu cream S3. Cream S3 ni memang panas gile habis merah area sebelah muka bila aku sapu. Tapi baguslah sebab sporo memang kena heat yang maksimum untuk hapuskan ia.

Bulan 3 dah start PKP. Aku lega sangat bila tak payah datang office dah. Dalam tempoh PKP tu aku memang bagi tumpuan kat muka ni. Dalam tempoh 2 bulan camtu, bengkak tu dah pun surut. Luka-luka pun dah start tutup dan jadi parut. Memang lega sangat.

Nak tau ape treatment aku buat sepanjang tempoh 2 bulan PKP tu?
 
First aku study pasal sporo. Memang cite dia pasal pokok dengan kucing la banyak. Pastu aku jumpa paperwork universiti omputeh yang ade buat kajian mendalam pasal sporo nih.

Kat situ aku tau camane sporo atau kulat dalam darah ni tak makan saman dengan anti biotik semua. dan kalau tak banteras dia boleh berjangkit kat area-area lain. Area muka paling crucial sebab tisu muka paling lembut. But.. Nak ke muka camni??
 
Sebab pertanyaan aku kepada aku ni lah maka, aku bertekad cemerlang untuk tak give up.
 
Ubat aku tak skip. Bila bekalan yang aku dapat kat klinik tu habis, aku order dengan PSHERBS sebab dia jual ubat inox jugak. Bila beli borong (lebih dari sekotak) harga murah sikit. 

Aku belajar yang ubat Inox tu dos dia tinggi, tapi aku kena makan 2 biji sehari so aku jarakkan dalam 12 jam camtu setiap biji. Dr tak de consult apa-apa pasal benda ni siap hari tu dia kata suka hatilah aku nak makan sebiji ke 2 bji sari. Kalau tak ok sebiji makan 2 biji.
 
Aku was like ??! Pippin yang berat 2 kg tu pun makan separuh kapsul sari so aku yang berat 43kg takkan nak makan sebijik?

So makan 2 biji la paling max.. Atau lebih lagi pun boleh tapi aku sayang buah pinggang dan hati aku jugak.

So, tu dari segi ubat makan. Ubat sapu pulak memang aku apply ubat S3 setiap kali lepas amik wuduk. Kalau 3 kali amik wuduk 5 kali la muka aku kepanasan dek ubat tu.
 
 
Awal PKP aku tak kuar rumah bila masuk mnggu ke 3 baru kuar jadi runner. Mujur kena pakai mask. X de la obvious sangat muka camtu
 
Tapi tu kire ok lagi. Aku siap letak hairdryer kat muka kot selang 1 jam dekat seminit. Sua je kat bawah mata tu. Sakit. Tapi dah nak bunuh kulat tu kena kaw-kaw. Sakit pun tahan la hohoho

Lama-lama luka tu dah tak gelembung bengkak, aku teringat pulak mak bidan ade bagi aku kapur makan tu. Aku ingat kapur makan ni sifat dia panas jugak.

Tak beringat terus aku sapu kat muka.

Pagi esok gelembung bengkak tu kecut! Wow!!!!
 
Terus hari-hari seterusnya aku apply sampailah kapur tu habis.

Alhamdulillah. Berhasil. Luka gelembung dan benda-benda mengarut tu semua susut. 

Memang syukur sangat bila benda ni dah kecut. Tinggal parut hodoh je la lagi. 
Raya ni tak de la rasa ralat sangat bila luka tu dah kering dan bengkak hilang.

Hepi.. Tak Sia-sia PKP.. Nampak kan gelembung dan susut

Waktu ni pun Pippin bersemangat nak hidup. Mungkin dia pun rasa ada harapan nak pulih. Bila dah ok camni, aku tetap teruskan makan inox. Aku ingat dalam 2 bulan la kot aku makan inox ni. Sambung sampai seminggu sebelum raya. stok abes. Maka habislah makan inox. 

Inox tu kena makan tau even luka dah sembuh sebab sporo dalam darah ni dia bijak sikit. Dia boleh on off. Kalau kelenjar darah lembap, dia pun start membiak. Sebab tu aku bagi heat kaw-kaw tu. Pastu yang lain inox la wat keja. Sebab tu inox tetap kena makan jugak even luka dah sembuh.


First day PKPB, syarikat dah boleh beroperasi. I am happyy

Memanglah waktu PKP best. Tapi bila lama sangat rasa muak. So masuk kerja balik feeling soo happy. Muka pun dah elok walaupun berparut.

𝆕𝅘𝅥𝅲 siapa yang tak mahu sayang disulam rinduu~𝆕𝅘𝅥𝅲 (hepi kena nyanyi lagu kak iti)

style amik gambar sekarang haruss lah tutup sebelah mata..hew hew

Ni waktu awal-awal muka dah elok memang sanggaaaaatlah syukur

Raya dah boleh amik gambar leklok leklok dah. I can widely smile back.

meet the girls in the house. Kakak ipar + kakak adik.

𝆕𝅘𝅥𝅲 Babo corom you just like pyschooo..pyschoo. ah Pink!𝆕𝅘𝅥𝅲

but i love you no matter what.




link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...