marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sabtu, 28 Ogos 2021

Review Produk : Nano White

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobun

Pose popularku 2020

Masuk bulan ni dah 8 bulan aku guna Nano White skincare. Sangat memberangsangkan perubahannya. Well kalau kita stick dengan satu-satu skincare dalam tempoh lebih dari setengah tahun means skincare tu menjadilah dengan kulit kita kaaaan!

Seriously aku memang happy sangat bila parut sporo makin hari makin nipis kat muka. Yang tak tahu camane kulat sporo boleh hinggap kat muka boleh baca kat sini. πŸ˜₯

Tahun lepas walaupun luka sporo dah berjaya dikekang tapi parut peninggalannya..masyaAllah. Sangat menakutkan. Bayangkan muka yang helok tetiba terpalit parut sebesar duit syiling 50 sen . memang rasa insecure. 

Insecure insecure pun membelek muka di cermin tak pernah jelekπŸ˜†. Konfiden kena tinggi baru up senantiasa. ngeh..

So dalam rasa tak secure tu aku pun try la macam-macam petua dan cara untuk mengembalikan kecantikan wajah. Menangis bila terkenangkan kulitku tulus dan mulus dahulu kala~tapi bila dah jadi gini.. ibarat jadi macam putera Wang So yang terbuang dan tersakiti. 

Hai.. Saya lah Putera Wang So itu.

Kemuncak rasa macam jadi Wang So bila balik dari Pulau Perhentian. Muka time tu burn dan parut pun jadi gelap dan timbul. Fuh lagilah rasa insecure tahap infiniti. Muka dah la hangit tambah pulak parut isk.

So, masa tu ade akak yang suggest buat dermapen. So, of coz. I buat. Ade orang promote some products untuk hilangkan parut dekat drugstore, yes. I beli! Flevettes is my night sweets. Demimu parut yang jelek. Tak hingin jadi Putera Wang So.

Tapi tu lah. Nak kulit elok balik, tapi just main pakai skincare yang dipromote, apa diaa. Orang promote bio oil, kita sapu bio oil, orang promote vit c oil kita buh vit c oil. Orang promote shaklee kita order shaklee.

Lepas buat dermapen sekali dua, kulit muka jadi elok tapi parut still ade..
Ni awal bulan Disember 2020..

Mula-mula cam wahh.. ade la perubahan tu.. tapi lama-lama.. keseluruhan n kulit nampak muka start kering merekah, gelap dan pigmentation start buat onar. Dengan kata lain kusam dan tak sihat.

Pesen amik gambar camni. Kalau boleh lubang hidung pun nak di zoom kann...

Masa ni memang kulit muka agak kusam. Sadis dengan diri sendiri hurm..

Sangat teruk. 

Memang waktu ni rasa malu ngan cermin. sob sob sob. (Baru rasa jelek dengan diri sendiri huhuhu)

Terfikir-fikir produk ape yang seswai dengan mukaku buat masa ni sebab Safi, cosmodern, dan lain-lain macam dah tak functions dah ni.

Sedih kan.

Teringat yang waktu muda remaja dulu aku pernah guna produk Nano White.

Zaman study kat USM dulu. Adelah dalam 5 tahun lepas kan. Bagus produk Nano White menurut aku dulu. Aku stop pakai sebab masa tu Nano White susah nak dapat kat kedai.. Abes tak de stok je kat Watson. Sebab tu aku kembali kepada Safi Balqis. 

Skincare yang aku constant pakai dari sekolah menengah sampai uni produk Safi, Syahirah, Garnier Kuning(sebab masa ni terpengaruh ngan kak ija (heliza helmi) dan Nano White dan Hadalabo (tak menjadi sgt kat aku)

Lebih kurang tu je selain yang sesaje aku test. Produk merkuri timbang kilo pernah gak kena hahha. Tapi seminggu je sebab aku tak suka texture cream dia yang ntah pape.

Macam Safi Balqis pula menurut aku lah kan, Safi ni elok untuk kulit yang dah elok atau jerawat sikit2 camtu. Untuk kulit jadi cerah je.. Untuk parut cam aku ni tak efektif sangat. 

Tapi citer dia, muka aku berparut teruk Safi Balqis tak mampu merawat dari dalam.

That's why lah aku kembali mencari Nano white sebab stok Nano White macam selalu ade je kat drugstore area rumah aku. 

Tanpa ragu lagi maka, aku start pakai Nano White exactly pada tarikh 1.1.2021. Haa tu dia. Aku igt la sebab hujung tahun tu bufday my omma.

2 minggu lepas pakai produk Nano White

Produk Nano White sangat elok untuk merawat kulit muka aku. Dia punya menjadi tu rasa happy sangat. Takut jugak just menjadi awal-awal je macam produk aku pakai sebelum ni kan.. Tapi ternyata..

Makin hari makin menunjukkan kesan yang baik.

3 Minggu selepas menggunakan Nano White.

Muka dah ketara cerah. Kulit kusam tu dah tak de dah. Jerawat yang tak surut tepi hidung dah tak muncul dah. Pigmentation bawah area mata pun makin kurang. Kulit kering tepi bibir pun dah makin elok. Sooo Hepi.. πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ


Selepas sebulan..

Alhamdulillah. Kulit muka menjadi makin sihat sangat-sangat. Kire dah mencapai tahap hydration yang betul (kalau tengok dengan mata kasar hehe).

Anyway, aku sebenarnya ada study lah sikit sebanyak pasal penjagaan kulit muka before pakai Nano White ni. Sebab dah tau dalam Nano White ade ingredient yang baik utk protect skin barrier, untuk tambah hydration kulit dan untuk kurangkan pigmentasi. Kirenya aku pakai produk Nano White ni atas dasar pengetahuan la. Gitteww.

Tiktok dan youtube helps me a lot pasal tips penjagaan kulit muka ni tau. Tapi review pasal produk Nano White tu macam tak banyak sangat.Here we go for the Nano White skin care Review. Biar aku yang  menceritakan kepada semesta betapa kagumnya dengan Nano White ngeee..

Antara first few products Nano White yang digunakan waktu bulan Feb 2021.

Satu lagi. Sorang aunty cina promoter kat Watson yang suggest pakai Nano White ni. Dia cakap Nano bagus. Aku tau dia promoter Nano White of coz la dia promte barang dia tapi the way dia wat aku yakin untuk berabis duit beli product ni memang aku ingat la. Klu tak time tu aku ingat nak beli Wardah.. Atau Safi .. (lagi)

Me on Mac 2021

Sorry my face kinda boring sebab aku bukan jenis yang suka pakai make up. Tak reti sangat nak buat eyeline kat mata atau pakai contour atau highlight cam orang lainπŸ˜…

Basically my make up rountine until foundation je. Even sekarang compact powder pun dah tak pakai. 

Foundation, lip gloss tu je yang aku pakai kalau hangpa tanya make up aku πŸ˜‚. Jimat banyak.

 So, let me tempek gambar perubahan kulit muka sepanjang guna product Nano White

Beza Memang berbeza!

Bayangkan setahun aku ambil masa untuk kurangkan parut sporo tu. Alhamdulillah sangat memberangsangkan produk Nano White ni. Yelah, sebelum tahun 2021 masuk aku memang dah try banyak produk lain last-last produk tu rosakkan skin barrier muka aku huhuhu.

Sekarang bila skin barrier dah ok, kulit dah hydrated dan cerah rasa senang hati. So sekarang masa untuk hapuskan parut yang kian pudar itu. Hope berjayalah!~

Raya Haji 2021

Feeling happy sebab dah boleh pakai shawl style pin kat belakang.. Hew Hew. Antara style shawl yang aku selalu gayakan (dulu). Sepanjang kena sporo ni aku memang rasa insecure pakai shawl. Bawal je. hee.

Introducing the latest me~

 

Khamis, 19 Ogos 2021

Pluviophile

.: Assalamualaikum:.


☔Pluviophile (n) : A lover of rain. Someone who finds joy and peace of mind during rainy day.

Signs that you are Pluviophile:

1. Feel relax and comfortable when it rains

2. You find dark sky is beautiful

3. You love walking in the rain

4. Rainfalls significantly alters you mood and make you happy instantly

5. You like rain gazing

6. The sound of rainfall is most relaxing ans smoothing on your ears

7. You love the smell of rain

8. You tend to sleep a lot better on rainy night 

9. You are secretly a shower addict

etc..

+++++

Aku rasa introvert sejenis yang suka hujan. Cam aku? 

Sape introvert, sape suka hujan, Sape INFJ.. Kita geng!.

Beberapa hari ni cuaca mendung dan hujan selalu mencurah kat bumi tuhan ni specifiknya kat bumi Kota Bharu, Pengkalan Chepa ni la. Maybe seluruh Malaysia pun sama. Entah aku tak sure. Adakah cuaca pun bersedih dengan apa yang terjadi kat negara kita? 

Dengan hari-hari kes covid-19 yang kian meninggi, dengan anti-vaksin yang duk kondem vaksin, dengan politik negara yang tak tahu mane penyelesaiannya. Huuu. Haru biru nak pikeikan semua. Tapi nasib baik aku bukanlah presiden negara Uganda untuk memikirkan agenda dan konspirasi yang berlaku kat dunia ni.

Baik aja aku teruskan hidupku merindui pada yang tak sudi dan dengan itu dapatlah aku mengait dengan penuh keazaman dan banyak tempahan masuk 

lantas poket aku kecing kecing~

Bijak tak otak business aku. Ambik kesempatan atas perasaan sendiri. Ngeee..

 

Jap.. Aku tengah nak story morey pasal pluviophile kan? Dah kenapa kena melalut pasal benda lain eh?πŸ˜‚. Haa..Gitu la gitu.

So, cite dia pasal kecintaan kita kepada hujan. Entah bila je hujan, aku tetiba rasa best je. Dia macam kita rasa calm dalam dada. Misal kalau aku tengah drive.. Pastu hujan.. Feeling dia rasa nak drive sampai ke hujung jalan. Merenung jauh ke luar jendela.Tak berkalut fikir pasal benda lain. Best feeling ever. Tapi jangan sampai tetiba ade keta kat depan or belakang wat hal la.. Klu tak.. habis mood pergi..ahahaha.

Tak pun bila duk dalam bilik tengah crochet or doing something bila hujan mencurah-curah aku suka sangat pakai stokin, pasang fragrance, pastu merayap masuk dalam selimut dan tido~.. ahaks.

Best feeling ever.

Dulu aku takut kalau nampak kilat atau bunyi kilat. Tapi kontranya aku suka hujan + ribut. Ntah kenapa aku bila hujan dan ribut aku jadi rasa calm sangat. aneh gile. Tapi sekarang aku dah tak takut bunyi kilat tapi takut la jugak kan benda camtu hahahaha. Kalau hujan ada kilat aku boleh tido nyenyak huhuhu.

Oh dulu aku takut gelap. Kilat pastu gelap double takut. Masa study dulu aku bukan species stay up memalam so aku akan tido before roommate aku tido. Tapi bila dia tekan je suiz nak tutup lampu auto aku terjaga sampai dia dah tau dan tolong pasangkan lampu tido aku before tutup suiz lampu bilik. 

Sweet kann πŸ’“

Sebab bila aku dah terjaga sampai ke subuh la aku tak leh tido. Sebab tu aku tak suka stay up. Aku nih ibarat cenderella la tak leh after 12 PM. Dia jadi tak betol. Ngee 

Kengkadang aku suka main hujan. Kitorang kat umah ni siap boleh berpakat jom main hujan walaupun dah besar panjang. Lagi kalau abang aku yang sejenis suka menyakat. Boleh dia duk sembang-sembang elok-elok dia gi prank tolak masuk lopak air πŸ˜†.

Bila sorang dah basah yang lain apa lagi. Tu belom tengok part anak-anak buah aku yang mata dah berbintang dah tengok lopak air ibarat Sunway Lagoon. Dapat greenlight camtu teros la main tak igt dunia.


Tapi hairan jugak baru bulan 8 tapi dah start hujan macam musim tengkujuh. Hmm.. Kenapa ya?  

btw aku suka πŸ˜™πŸ˜ŠπŸ˜Š



 


Selasa, 17 Ogos 2021

Late post: Me turn 33

.: Assalamualaikum :.

Annyoung Yorobun.

Happy birthday to me!

Oh, baru aku perasan tak de pun post pasal my birthday day kat sini. adududududu. So tak pe. Start from now i'll make sure ade post la pada hari tersebut. Even jauh bulan pada tarikhnya~

So besday I tahun ni tak de ape yang menarik pun sebenarnya😌. Tapi tetap nak buat post walaupun tak de ape yang menarikπŸ˜‚. Tapi tak de la tak menarik juga. Menarik la juga untuk dikenangkan.

Sebab apa? Sebabnya pada hari dimana usia ku berganjak itu ku telah mencabarkan diri untuk membuat 10 biji pizza italio mamacita neaga ayayayaya~ homemade untuk ahli keluargaku terdekat. Plus terchenta.

Namun.. Namun..Namun.. keadaan rumahku kini tak seperti sedia kala. Tiba-tiba ada padang jarak padang terkukur di situ ya..

My dad lepas discharge hospital katanya nak buat reno rumah. Terus dipecahnya ruang area lapang tu.
 
Makan pagi terakhir di ruang dapur rumah sebelum rombak

Waktu ni PKP sebenarnya so aku ingat nak buat surprise delivery kat umah  masing-masing sebab umah adik beradik aku ni dalam pagar yang sama je sebenarnya. Takat nak pegi delivery food tu tak yah pakai surat MITI pun ngeee. Tak de roadblock juaa hahaha.

Namun, itu hanyalah planning yang berkira-kira di ruang synap otakku tanpa ku terjemahkan kehendak itu secara realitinya..
 
Nak wat delivery food umpama panda konon,padahal rumah aku ni every single day di setiap petang adalah tempat berkumpulnya adik-beradik aku dengan anak-anak buah aku kat dapur sementara rumah ni. Ingatkan bila keadaan dapur yang ibarat setinggan itu tidak sudinya orang menyingggah namun telahan itu langsung tidak mengena. 
 
Dapur sementara kat luar rumah
 
Makin menjadi-jadi pulak diorang berkumpul. Kadang-kadang jadi macam kedai tomyam Siam. Kadang-kadang menjadi kedai kopi tokyo. Bila tiba musim buah dan macam dusun pun ade juga. Tapi paling sadis waktu hujan. Ni kalau orang tv3 datang harus masuk Bersamamu. 
 
Tak muat πŸ˜‚
 
Jadi, planning untuk delivery tu aku kuburkan di benak ini dan kemungkinan tahun depan boleh buat lagi. Jika diizinkan waktu dan tempat.
 
Aku macam biasa, kalau ade pape planning nak buat aku kena jot down sebab kemungkinan benda tu menghilang terbenam dalam benakku. So bila ade notes camni boleh la jugak menjadi rujukan. giteww
 
Tiap kali nak wat pizza tiap kali tu la cari resepi wat doh. ahaks

Aku camni lah. Kena lukis dulu sebelom nak buat pape 😁

Walaupun delivery pizza tak jadik tapi planning untuk buat pizza itu tetap berlangsung. Jadik! Barang-barang ak dah beli siap-siap kot. Aku start berperang didapur nan indah itu sejak pukul 11 pagi lagi. Demimu pizza. 10 biji kot.  
 
Doh pizza dah siap ditebarkan

Mamacita..
 
Sorang-sorang tau. 
Dari zero tau. 
Sikit lagi nak jadi orang Itali tau.  
 

Kebakaran sikit sebab oven duk jauh dari tempat tebar roti
 
Paling tak tahan dapur kat belakang, tapi nak membakar kena berlari ke depan rumah sebab oven kena letak kat depan sebab plug kat belakang tak de πŸ˜‚
 
 
Nak kata aku buat ni nak celebrate birthday tu tak de la. Just makan petang bersama ahli keluarga terchentaaaaaa pada 23 Jun 2021.Beramai-ramai. Macam biasa. ahaks.
 
lepas makan kita cari pelangi senja
 
Tahun tak de sape sudi nak bagi hadiah. Sadisnya. Tetiba rindu saat kerja kat Skali dulu. Makan-makan kat Sweet Tree pastu diorang wat suprise party kat aku.. huhuhu..
 
rindu geng spikers kat Skali

Hm.. Sedar sikit dah tua. Sobs.
 
Tetapi tidak mengapa. Sebab aku sayang diri sendiri maka aku pun suruh shopee hantar hadiah tuk beta. Dari Nikki untuk Ada. bhahahaha.
 
Mini fridge for my room

 Mentang-mentang la dapur jauh buat pantry kat bilik hahahhahaa

Nak tengok video aku berhempas pulas wat pizza? Sila folo me on Tiktok..ngeee~
 
+++++
 
Oh pi besday tuk my twin lain tahun jugak 😊
 
Okey lah.. post ni kita share dua sebagai tanda ingatan tulus ikhlas plus sorry la bab tak wish besday tuk dia ritu. Bukan tak ingat tapi buat-buat lupa.. hee..
 
Kan da bagitau busy duk menguli pizaaa... hee~ 
 
(macam la dia baca blog aku~)
 

Isnin, 16 Ogos 2021

Saya sudah divaksinkan!

 .: Assalamualaikum:.

Annyong yorobun.

Feb, Mac, April, Mei, Jun, Julai,Ogos..

Akhirnya ade mood nak menulis panjang. Hiatus lama dikala covid-19 menjadi-jadi tapi padahalnya duk main kat Tiktok hihi. Best kot main kat Tiktok sebab warganya spoting morting gitew. Tiktok ni tak de la seteruk khabar pun. Bila dah menjadi Tiktokers baru la sedar bahawasanya kita tak boleh judge something kalau tak pernah berada di situ. Gittew.. haha

 

Follow me on tiktok guysss ngee

Tapi serious, addicted betul bila layan video-video pendek kat situ. Sejam dua jam langsung tak sedar😬. Tips kecantikan, Tips deko demo, racun shopee dan macam-macam lah boleh tengok. Yang menariknya setiap video tu dia buat ikut kreativiti masing-masing. Dan kalau ade video yang kita tak berminat boleh tekan not interested so dia tak keluar FYP kita. 

Follow me on Tiktok!

Tiktok jugak membuat aku suka dengan video editing. Sebab simple gile. Gabungan tiga video or gambar dah boleh upload  masuk. Boleh Pilih-pilih lagu semua lah. Editing kat situ memang basic so budak kecik pun boleh edit. 

Nak buat video advance sikit boleh pakai Capcut. Dan Capcut adalah cinta hati aku untuk edit video sebab  dia punya features updated tapi free of charge plus tak paksa kita nak buh di punya watermark. Aku suka giles. Edit pakai phone je tak payah nak masuk computer bagai. Simple!

Contohnya..macam ni haa..


So, no wonder la terabai blog ni kan. Hihi. 

7 bulan sepeninggalanku, sooo many cerita berlaku. Soooo many sampai tak tau nak start dengan mane satu. Ahakss. Btw aku dah cucuk vaksin πŸ˜‹. Dah complete 2 dos. I am officially Sinovac Clan. Sape geng cepat menyahut hihi.

Geng sinovac sila hadirkan diri segera!

Cerita pasal vaksin ni punyalah lama tunggu dapat. Refresh punya refresh MySejahtera rasa nak uninstall pun ade. Merajuk katanya. 

Ye lah. Aku antara orang yang paling awal mendaftar vaksin kat MySejahtera. Kerajaan kata boleh mendaftar tak beringat-ringat teros daftar.. Bulan 3, 4, 5, 6.. Penantian hanya tinggal penantian. Rasa hurm sangat bila orang lain kata diorang dah dapat tarikh. Jealous ngat.

Tapi bila turn kita dapat tarikh, Horeuyy horeyyy hepi gilerr 😸. Awal Julai dapat tarikh terasa dunia ini ana yang funyaaa.

Masa ni overload tgk video tiktok so kemain duk fikir nak ootd camane

Masa dos kedua tak excited cam first so tak pikei sangat nak ootd apa just pakai je baju raya tak jadi

Esok officially jadi part of Herd Community. Love it!

Me and sisters dapat date yang sama..

Orang bila bercakap pasal vaksin semua kecoh camane side effect. For me. Tak de ape sangat pun side effectnya sebab dah biasa tersakiti 😬. Tak de la. Kalau cakap pasal sakit aku ade pengalaman menyakitkan masa buat MOS dulu. 

So takat cucuk macam ni tak de pe hal sangat lah. Tangan rasa kebas (tapi tak jugak) camtu je la. Anyway antibodi dapat wat keja dia pada tahap maksima. Say no to covid-19~


Waktu balik cucuk dos 1 bertembung dengan ayah su moksu. Second dose tak sempat nak bertembung pulak

Hari demi hari kes covid boleh dikatakan menakutkan jugak. Tapi bila dah semua ambil vaksin mudah-mudahan keadaan akan bertukar lebih baik. Sosial distancing is good for me. But I want to look another country. Huuuu~

Doakan covid akan berakhir dan negara kita diterajui oleh pemimpin yang betul. Amin..

Bagaimana cerita vaksin anda? Story laaa~

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...