marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sabtu, 23 Oktober 2021

Cuti-Cuti Malaysia: Jalan-Jalan ke Pantai Senok!

 .: Assalamualaikum:.

An nyeong yorobun!

Rakyat Malaysia hepi lah sekarangkan bila populasi orang yang dah vaksin mencapai hampir 100%. Korang yang belum vaksin tu tolong la jangan berdegil pegi la vaksin. Setakat ni tak ade lagi rasa nak menjelma jadi zombi kalau itu yang korang takutkan.

Ada jugak yang claim kalau dah vaksin jangka hayat hanya 2 tahun. Hei! liked seriously? Macam lah ajal maut tu antivaks yang tentukan. Dah tu ramai yang hilang nyawa akibat kemelut ni ape cer. 

Pape je lah ouls tapi demi kebaikan diri, keluarga dan ummah, korang pegi je vaksin ye. Senang korang tak kena cemuh, boleh masuk mall, boleh ke mana saja okey!

So bila kerajaan dah melonggarkan kawalan pergerakan ni dah boleh rentas daerah dan negeri semua, memang kita tak lepaskan peluang ni. Dah lama tak buat aktiviti jenjalan hew hew. 

Cha Cha Cha

Ke Manakah Kita???

Jomm kita ke Pantai Senok. My brother nak merasa angin pantai daerah sebelah sambil-sambil buat live untuk kelas dia. We ouls ape lagi haruslah menyibuk sama untuk menghayati pemandangan indah di negeri sendiri. 

Sementelaah itu bukan selalu keluar macam ini sekarang. Peluang ni harus kita amik.

Jauh dari orang ramai. Kita berkelah kat area sini

Tergopoh gapah get ready sbb tgh hari tu baru abang ke 3 ajak. Tapi walaupun tergopoh gapah well prepare ok untuk project picnic kita kat sana nanti. ngeeeh

Real meal is kepsi yang lain tu utk prop semata 😁
Yang penting abang aku sengaja beli air sarsi lejen ni

 "mudah Syuhada ko Hakimah ko nok amik gambar" Katanya. Kemah abe kito memahami jiwa adik-adik dia ngeee.

So dalam pkl 2 something selamat sampai la kat Pantai Senok yang lebih kurang 20KM dari Pantai Sabak kalau ikut jalan darat. Rasa kalau ikut jalan air sepelaung dah sampai kot. 

Panas membahang kau!

Sebabnya Pantai Sabak-Pantai Senok ni dipisahkan oleh kuala je yang menyebabkan perjalanan tu jadi jauh. Kalau korang duk kat Pantai Nusuk Sabak tu, memang boleh nampak rumah api kat Pantai Senok.

Waktu ni my brother duk busy with online class dia

Pantai Senok jua dikenali sebagai Nami Kelate lantaran pokok ru yang tersusun comey. Memang panjang. Kalau korang ke sini rasanya boleh parking sepanjang pantai. So kitorang dah penah pegi area pokok ru jadi kali ni kitorang buat port piknik kat area batu batan dekat dengan rumah api. 

Why always posing berlatarkan pokok ni je?

Sebab pokok2 lain masih dalam proses nak grow up 😂

Haa.. kat sini belom penah datang lagi sepanjang hidup. 

Ala-ala Hometown Cha Cha Cha marilah kita berposing-posing kat sini ngeee..

MArilah kita meniti menuju ke masa depan yang terbilang


Tak sure nak jumpa Dukkaebi ajushi ke nak jumpa Hong Bancang kat sini


 ** Kalau nak datang better datang tengah panas ceng ceng camni sebab tak ramai orang. Kalau lambat jenuh laaaaa nak dapat port best2

** Jangan lupa spek & sunscreen tau

** Kalau kat sini dah full house korang boleh gi Pantai Kemayang. Yang tu pun laut terbentang luas tak de sape nak kacau ngeee..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...