.: Assalamualaikum:.
Anyeong yorobun.
Areumdaun Betsy |
Bila masuk bulan November terbayang-banyang wang terbang ke udara. Apa taknya bila time nilah kemuncak segalanya untuk my Areumdaun Betsy Si Perodua Axia Advance yang merah mengerlip itu.
Bulan ni lah nak kena buat major service, bulan ni jugaklah nak kena renew roadtax. bulan ni jugaklah tetiba nak pasang tinted baru.Tapi untuknya segalanya mungkin. Dah lebih kurang 6 tahun kita bersama tanpa tertinggal sebulan pun monthly installment dibayar.
Dia pun baik keretanya. Tak penah berpeel.
Selalunya bila datang part service aku akan cari pusat servis tempat aku beli kereta la. Maksudku Axia ni kan perodua maka aku lebih memilih untuk service Areumdaun Betsy di Pusat Servis Perodua. Kalau nak cari pusat servis Betsy dikeluarkan tak pasal-pasal kena naek KL ngehh. Tidak mungkin.
Alasannya sebab aku ni bab kereta dan spare part memang zero knowledge. Ok la. Klu tak zero pun ade la sikit-sikit tapi.. semua tu aku tau secara teori. Ngeeeh. Tanya aku kat mana letak water filter pun aku tak tau 😇
Lagi nak suruh aku pegi je kedai kereta service biasa memang aku tak tau la 😂. I am truly woman what.hahaha
Maybe klu aku still stay lagi kat KL sampai sekarang, maybe la..secara automatik aku rasa aku A bab kereta. Maybe dah jadi pomen sekali kot. Sebab jauh dari orang yang aku boleh harapkan. So sendiri kena hadap. Hahaha.
Tapi bila duk kat kampung halaman ni, tak pe la. Kalau jadi pape, abang-adik-anak buah aku kan ade. Tak pelik pun. Klu abang aku tak nak tolong, aku ade abang lagi.. lagi lagi.. Abang 8 orang kot. Dah klu abang tak nak tolong jua.. adik lelaki kannn ade.. Klu adek lelaki aku tak dapat jugak nolongnya. Anak buah aku yang lelaki pon boleh diharapkan jugak.. ngeee.
Klu anak buah aku tak nak tolong jugak.. Uwaaaaa.. eh tak de.. diorang akan tolong. Ingat tak penat ke dulu cikda yang basuh berak oul semuaaa tauu..
Ngungkit..😋
Kan huntung tu bersaudarakan ramai sanak saudara kekekekkekekekkekkekeke.
++++
Orang kata kalau kat Pusat Servis Perodua dia akan charge mahal sikit dari harga kat luar tapi bagi i oul berbaloi je.. sebab bila tunggu kereta nak diservice kan, tempat dia siap ade tempat menunggu yang selesa. Siap boleh kacau air untuk minum. Lagipun ada sistem booking dan kalau kita dah jadi regular kat situ maklumat pasal kereta kita dah pun ada secara detail.
Better.
Actually masa kat KL dulu aku suka gak menjelajah pusat servis Perodua. Bulan pertama kat Segambut, Bulan lain kat Bukit Kepong. Bulan lain kat tempat lain. Sebabnya time kena servis tu aku duk kat umah kakak la, pindah umah sewa la dan macam-macam hal. Tapi mujurla ada maklumat kereta kita dalam sistem diorang kan.
So, dari diorang duk tanya aku nak servis ape cik? aku pon tak tau nak servis ape. Follow guide buku pun bukan aku paham sangat. Yang aku tau bila tiba masa dia kena servis 😇😇😇
Tu pon ade gak time aku culas.. hahahhaha. Malas la sbb kereta aku ni bukan lasak mana pun penggunaan dia.
Pompuan what do you expect~
Jadi bila stay for good kat bumi bertuah Kota Bharu ni aku cari area paling dekat dengan area rumah iaitu kat Pusat Perodua Servis Yamud (23 minit dari rumah). Kat Kota Bharu banyak je pusat servis perodua tapi paling kerap aku pergi kat sini la. Selesa dan boleh tahan la perkhidmatannya.
Selalu aku booking seminggu sebelum so dapat la awal pagi. Senang. Awal pagi 1st queue kereta kita so paling lama kena tunggu pun 2 jam. Kalau delay pun orang belakang kita la kena. Kita dah boleh gerak dah ngee.
Menapak sambil ditemani TV besar tapi teaser cerita kat cinema. Apekah? |
Kat Perodua Servis Yamud ni dia punya pekerja nak kata friendly sangat x de la. Dia wat keja dia dan dia explain ape benda yang mechanic akan buat untuk sesi servis tu. Tukar minyak tu proses wajib la kan dan yang lain-lain proses.
Harga servis pun dia akan bagitau siap-siap so tak de la nak menggelabah sangat utk bajet berapa kosnya.
alang alang akak tu promote terus beli sbb flavor sunflower |
Environment tempat menunggu tak bising sangat atau sebab orang tak ramai (social distancing) tak tahu la tapi okey la. Make sure bateri phone full supaya korang boleh skroll tiktok sampai lebam.
Ahaks.Korang nak tengok machanic wat ape kat kereta pun boleh la tengok sebalik cermin kaca ruang menunggu tu.
In case macam keta kita ade problem ke ape ke machanic akan personally datang explain kat kita sendiri dan dia akan bagi cadangan la kalau nak tukar ke tak.
Macam kes aku hari tu, water pulp (?) atau ape ntah la (?) katanya bocor. So dia suggest untuk tukar dan boleh guna warranty sebab betul-betul dalam tempoh warranty (5 tahun). So, aku tak yah pikei banayk.. tukar je. Ngee.
Pastu ade jugak yang sebelom ni dia kata beteri dah nak expired (?) abes air (?) or ape ntah (?) dan bagitau la nilai sepatutnya. Kire bateri kereta aku tu nak kong la klu ikut formulanya. Aku pun tak tau bagus tukar ke tak so, aku pun call abang aku tanya nak tukar ke tak?
Abang aku kata tak yah lagi tunggu je beteri betul2 kong baru tukar. So aku dengar kata abang aku je la. Sebab kalau kereta aku mati tengah jalan aku op coz carik abang aku jugak. ngeeh.
Boleh pakai 6-12 bulan lagi beteri tu rupanya. Bila dah kong abang aku bawak beli tukar kat kedai spare part biasa je. Tak de gi pusat servis Perodua sebab bila tukar kat kedai spare part dia just charge harga beteri tu je. Jadi kos dia tak mahal.
Terasa bijak kat situ.. Ngeh.
Satu lagi orang kata klu nak alignment tayar pun elok buat kat kedai biasa. Tapi memandangkan peratusan aku untuk menjejaki ke kedai biasa tu agak kabur. Tak mengapa. Teruskan alignment di Pusat Servis Perodua Yamud.
booking utk paling awal dpt la no1 |
Boring-boring kat sini boleh la bancuh air teh/ kopi. Ada biskut juga. Kalau dulu korang boleh buat roti bakar tapi memandangkan zaman covid-19 ni macam dah tak de benda tu so. Cicah la air korang dengan biskut yang tersedia tu. Ahaks.
Kalau korang nak melantak yang berat jugak boleh la pegi pasar berek 12 yang berdekatan.
Samurai Yakiniku pun ade kat situ. Tapi kul 12 baru bukak. ngee.
half way of service |
Untuk session ni lebih kurang pukul 10 jugak la siap sebab aku request utk check aircond kereta jugak. Bukan ape sebab Betsy dah berusia 6 tahun dah tapi aku rasa bahagian aircond tak penah kena service lagi. Tayar pun sekadar dia betulkan aligment tak botak lagi. Bateri kereta dah pernah tukar 2 tahun lps kalau tak silap. Overall Betsy masih lagi dalam condition perfect!
Apa taknya. Mileage sepatutnya nak 60k baru 44k 😂. even brake pad pun conditional masih lagi 45%. Tak payah tukar.Baru perasan setahun tak service 😂. Dah tu tarikh ulangtahun |
Buku servis tu aku belek time nak pegi servis je ngee. Dalam tempoh setahun ni rupanya 4814 km je Betsy bergerak. Banyaknya tersadai la sebab PKP kaaaaan~
Ape-ape pun. Terbang juga dalam RM443.00
Korang rasa mahal tak?
Freebie |
Siap service, kemanakah kita?
+++
Mari lah kita ke Rumah pakcik kita. Pakcik AeonMall. Cari-cari barang sikit pastu melantak. Nasib baik waktu tu ingat A&W kan baru bukak. Jom mengenangkan nastalgia makan di A&W KB zaman muda remaja dulu.
Sorang? No problem |
Forever alone. Since 1988. XD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan