.: Assalamualaikum:.
Anyeong yorobun..
Jom cucuk booster |
Usih.. apsal ngantuk sangat ni. Rasanya malam tadi tido awal dah. Ntah-ntah penangan dos penggalak vaksin covid-19 ke tak ni? huuu..
Dari hari kena dos penggalak sampai ke hari ni dah masuk 4 hari dah takkan la masih kena penangan lagi?😑
Ape-ape je la tapi for your information (riak skit 😁) i dah terima dos penggalak atau pun dalam mat saleh nya booster dose untuk menguatkan lagi sistem imunisasi badan. Biar lepas ni covid tengok pun dah teros bertukar jadi debu. Tu baru tengok tak hinggap lagi. ngee.
Dos penggalak ni seperti namanya hanyalah sekadar memberi galakan dan tak wajib untuk amik cam dos 1 & dos 2. Yang rasa nak triple protection sila lah pegi amik. Tak rugi duit sekupang pun. Macam aku amik ni sebab sekarang x busy mana. So ade masa terluang ni ayuh la kita.
Tapi banyak ke sana ke mari dah alang-alang tu better amik la. Lagipun #sonovacclan lepas 3 bulan digalakkan untuk amik.
Untuk ape amik? seperti aku cakap tadi tujuan utama adalah untuk triple protection. Kire kalau jadi orang super saiyan ni rambut bukan sekadar jd oren, tapi teros panjang..
Yang uniknya bagi #sinovacclan we ouls terima pfizer sebagai booster. Kire mixed la. So geng-geng pfizer tak leh nak rasa kayangan sangat tau. We ouls pun dah jadi rumpun korang hahaha.
So, selain menjadi clan yang unik akibat mixed, we ouls jugak clan yang limited edition kat Malaysia. Sebabnya berapa kerat je rakyat Malaysia yang dapat sinovac vaksin hari tu. Kalau tak silap sekali je Malaysia beli Sinovac. Lepas tu pulun beli pfizer sebab rakyat Malaysia kan selalu betul. Kerajaan baik hati folo je la kehendak rakyat.
Katanya pfizer brand matsaleh much better walaupun seluruh dunia borong barang made in China. huhuhu
Tapi jangan downgrade sangat tau Sebab Jangan tak tau we ouls satu clan dengan KJ aka Menteri Kesihatan Malaysia sekarang taaauu~
Done booster |
Tapi nak bangga lebih-lebih tak leh jugak sebenarnya. Sebab kebanyakan negara tak terima sinovac sebagai vaksin covid-19.So alternatifnya marilah kita cucuk booster. Nak gi Mekah senang, nak gi Korea lulus. itu yang penting hihi.
Tapi tapi tapi antara sinovac dengan pfizer kesan dia lain tau.. Berbeza sangat. Hari tu waktu cucuk sinovac dos 1 dan dos 2 kesan dia ok-ok je. Tak de over sangat.
Tapi bila cucuk booster pfizer ni. adu du du du du.. Nak demam-demam jadinya. Bahu sampai ke hari ni lenguh. Nak demam je, tapi tak demam pun. Badan jadi lemau, otak cam toing-toing skit. Tapi keja tetap jalan huhuhu.
Makan tak lalu bak hang. hurm. Lidah jadi payau. Dah la x dpt nak drive.
2nd day lepas cucuk nak drive gi tempat customer tapi nak angkat handbrake pun jem apatah lagi nak tukar gear. Tak penah lagi camni jadiknya. Naseb bek ade click boley drive so kita co pilot shj.
Tak tau la simpton ni jadi kat aku je or orang lain jugak. Kuat jugak penangan fpizer ni. Patut la dulu ramai yang sampai demam-demam. My mom yang wonderwoman pun demam 3 hari jugak la lepas cucuk booster.
I yang fragile ni apatah lagi. huhuhu. Nak dapatkan perhatian 👾 lagilah failed. Terpaksa merawat diri yang lara sendiri. Broken benau.
Huhu. Tak bermaya katanya. |
So, ayuhlah kita ke Snow town Bingsu untuk kurangkan kesan sakit booster ituuu~. Dah nak dekat setahun rasanya tak makan bingsu sedap ni.
Milk snow with mango |
Tak igt namanya yang penting sedapp. |
Oh ya, aku cucuk vaksin penggalak ni kat klinik primer Cherang. 3 kali isi form baru dipanggil. Huhu. Tapi tak pe. Asalkan nama naik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan