.: Assalamualaikum:.
Anyeong yorobun.
Ulangtahun Betsy kalau tak silap aku 29 Oktober 2016. Tu tarikh yang aku dapat Betsy. Tapi biasalah, tahun demi tahun menginjak pulak tarikh renewnya. So latest ni masuk bulan 11 ni be ready untuk renew insurans Areumdaun Betsy. Kang tak pasal-pasal kena kat JPJ.
Eh, 11/11 tu single day sedunia, patutlah aku tak sempat renew sebab aku pergi membawa diri jauh merentas banjaran titiwangsa. Single katanya. (Banggaa!)
Tu yang tak ingat nak renew time tu. Nanti kita wat post story morey kemana daku membawa diri ok~. Tu kalau mood elok la nak menulis. Hikhikhik
So, lewat jugak la 2-3 hari terbawaknya. Tapi tak pe. Yang penting kita bayar. huhu. Jangan tak tau kalau nak renew roadtax kena bayar insurans dulu tau.
Aku dari dulu lagi mudahnya bayar online. Pakai Etiqa Takaful.
Senang dan mudah saja. Segalanya dihujung jari. Satu lagi sebab interface site Etiqa kan kaler kuning.
😂. I just cannot~
Nak tau camane nak buat? Meh sini nak tunjuk.
Firstly korang just perlu taip Etiqa Takaful kat Google.
Bila dah taip tu dia akan kuar link website Etiqa Takaful so korang pilih je car insurans & takaful atau tekan je link aku bagi tu.
Sebenarnya tak de beza pun tawaran yang diorang offer untuk takaful atau insurans. Tapi kita ni kan orang Islam so amik takaful. Beza dia kat sini Takaful ni sejenis pembelian yang kita buat patuh syariah, dia ade akad.
Klu insurans tu dia tak de akad so tak syariah compliance.
Pilihan di tangan anda.😊
Masuk je no plat kereta korang. Dan Begin.
Kalau korang pengguna tegar takaful ni sejak berzaman of coz maklumat pasal kereta korang ade dlm tu. Senang. Korang hanya perlu tick je benda ape yang nak di add-on.
Yang bestnya part diskaun sebab x penah claim. kadang-kadang diskaun dia capai ratusan jugak. Ynag tu beta suka. Bab-bab diskaun ni suka benoo.
Tapi kalau tak de.. isi je la hohoho. Sekejap je. Isi maklumat peribadi isi maklumat kereta. Settle!
Aku ni spesies pemalas isi borang, so sebab tu kesetiaanku dengan Etiqa ini tak berbelah bagi.
setia ku korbankan. |
So untuk latest ni aku byq dalm 5++ je . Tu pun add on windscreen dan extended flood ape ntah. Klu ikutkan hati nak ads-on semua demi Betsy. Tapi tak pa lah. Orang cakap kita hidup ni kena wasatiyyah.
So, berbahagialah beta bersama Betsy untuk tahun 2022.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan