marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Khamis, 18 Mei 2023

Raya Aidilfitri 2023


 .: Assalamualaikum:.

Annyeong yorobun.

Dairi ramadan Nikki Ada

Hmm..

Hari ni berapa syawal eh??..  

Haha..Kire ok la ni kalau aku update blog post pasal raya masih lagi dalam bulan syawal.. Biase dalah bulan zulkaedah pun jadi.. heee..

Last day bukak posa diperkarangan rumah dale paga

Alhamdulillah ala kulli hal. Rayaku rayamu jua. 

Tahun ni walaupun tanpa seorang ayah we oul satu family berjaya manage hal-hal berkaitan dengan raya and family dengan jayanya. 

Hasil pengalaman- pengalaman lepas.

Besar tanggungjawab abang sulung nih tapi nasib baik adik-adiknya seramai 15 orang + ipar-ipar dan anak-anak buah yang comel ini senantiasa ada bersama untuk menjayakan segalanya yang berkaitan.

Waliku kelak (abang sulung)

Alhamdulillah.

So, raya tahun ni kalau diikutkan sama macam-macam tahun lalu. PKP dulu berjaya mengubah param-param (maksudnya: tradisi) (refer kabhi kishi kabi gam). 

Tahun ni kami masih lagi buat solat sunat hari raya di perkarangan Rumah Dale Paga. 

Senang, Imam ada, pembaca kutbah ada, makmum pun ada. Semua berkumpul je kat sini.

ceria di pagi raya

Raya Pertama, seusai solat sunat hari raya, aktiviti perdana of coz la makan-makan + tangkap gambar. 

Seperti sebelum-sebelumnya pemenuhan di rumah di tiada muka lain kecuali adik beradik daku yang hari-hari jumpa cuma dalam pakaian baru, bertema dan segak bergaya la semuanya.

Kalau tak muka toya je semua. Hihi.

Waktu-waktu ni la kita nak show off skill modified baju kita, baju ropol-ropol, baju sedondon, baju wahhh. hihihi.

OOTD is important ya anak-anak

Aku nih bila hari raya makan tu memang tak mana, duk kehulu kehilir je la pastu jadi tukang dapur buat air potong nasi impit blablabla. Macam raya-raya yang lalu jua.



Alhamdulillah condition omma makin baik lepas keluar dar wad kat HUSM selepas 10 hari di sana awal puasa dahulu. 

Comel kannn omma wa dal

Keadaan itu camtu lah sampai ke petang dengan kedatangan saudara-saudara dekat.

Bila dah ramai2 ni akal panjang la.Nak buat trend TT katanya
Jangan dilupakan kepada yang jauh di Yaman walaupun dia dah beraya sehari lebih awal

Raya kedua pun repeat raya-raya yang lalu iaitu mengunjungi pusara ayahanda dan membaca tahlil buat seluruh ahli kubur di kampung Tebing Tinggi, Sabak, Kelantan. Kat kubur inilah kebanyakan anak beranak family aku disemadikan termasuk ayah, tokku som dan moyang dan lain-lain. 

Lepas siap tahlil kitorang serbu rumah ayah saudara belah ayah aku yang duduk di area perkuburan tu untuk menikmati nasi dagang. Memang camtulah rutin tiap-tiap tahun. 

Port biasa bergambar pada hari raya ke 2. Panas ceng ceng

Selepas kat umah Pok Su Hassan kitorang akan gi ke rumah ibu mertua adik ke 13 pulak iaitu Haji Yah yang dah mirip macam keluarga terdekat dah sejak omma berbesan dengan Haji Yah ini. (jangan ditanya kenapa Haji Yah akak Mok Cik Aji di panggil Haji Yah sedangkan beliau adalah wanita)

Tapi disebabkan aku anak yang mithali yang 24jam asek pikei kan omma kat rumah so aku skip la beraya kat umah Makcik Aji itu. Heee.. Balik la..

 I kan homebody.

Balik rumah rupa-rupanya family Cik Nab iaitu anak-anak nya (Cik Nab ni mak saudara adik omma) sudah pun ade diperkarangan umah. Kire sepagi itu rumah dipenuhi dengan anak-beranak cik Nab la. 

Selain family kitorang, Cik Nab pun ramai jugak anak-anak. Klu tak silap 13 orang. ..kot. Err.. aku lupa oh bilangan sepupu sdiri. Abe Kit nih anak cik Nab la . 

Why aku mention abe kit ?? sebab masa zaman sekolah aku rapat ngan abe kit sebab kitorang sebaya.. ahhahaa. (tak.. sebab klu sesape follower blog aku akan perasan la aku mention abe kit sekali sekala dalam post). Jangan tak tau abe Kit ni cikgu add mate aku. 

Mat ari cikgu be Kit!

Lepas sepagi tu makin bertambah tambah kedatangan para tetamu, so aku ni bila ramai sangat orang energy aku drop so aku permisi dulu la untuk charge..hehe.

Raya Ketiga pula hari yang dinanti-nantikan. Sebab dia hari ni ada rombongan merisik bakal bertandang. Dah beberapa bulan da kakak-kakak termasuk my dear beloved kakak-kakak ipar aku duk sibuk buat preparation untuk majlis ni. 

Macam biasa, bukan aku punya majlis.

but once doesn't simply care~

Adik aku punya. ~

barakallah

Al-kesahnya kalau majlis tunang kat rumah ni biashe biashe je hanya jemputan terdekat saja, tapi time ni sebab buat di hari raya maka dia jd over do. Hihi. Dengan rombongan ahli keluarga belah lelaki dah 40 orang, family aku 60 plus lagi, dengan anak beranak makcik dan pakcik ayu semua turut hadir untuk memeriahkan majlis serta beraya.

Gambar adik tak dak, gambar kakak dia banyak. Well, I am a main character in my own story okey~

Maka nak tak nak. Majlis ni jadi majlis terbuka dah. So tak dak istilah rahsiakan pertunangan dan hebahkan perkahwinan da la bila buat musim-musim ni .

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan barakah insyaAllah. Jong kecek bukan calang-calang orang yang dihantar berani nak tolak ngeeee~


Mujur lauk dan pauk cukup pastu ruang umah memang meriah dan penuh semua bahagian. 

Selesai satu bab... Bab lain lagi akan menyusul.

Malam raya ke seterusnya apabila majlis adik aku selesai maka jangan di ingat semua dah berakhir kerana pada macam itu acara raya paling kemuncak yang ditungggu-tunggu oleh anak-anak buah aku haruslah sesi baggi duet rayaaa..

Terutama khas untuk anak-anak (buah) cikda yang comel dan manja

Inilah kemuncaknya. Kata lepas isyak semua berkumpul kat rumah tokku. Jadi adik beradik yang jauh atau dekat memang akan datang la untuk sesi ni kecuali yang berada di Yaman. Tak dapat cikda nak nolongnya.

Gegak gumpita usah di kataa aaa~

Sesi baggi duet raya

 Bayangkan aku ade seramai 4+ orang anak-anak buah. Anak-anak buah aku ade 16 orang pakcik dan makcik + tokku lagi. Memang havoc la sesi baggi duet raya.

modal 41 keping sampul raya. dapat balek 4 sampul dari omma, abang sulung, abang ke 2 & kakak ke 4
Yang tak dark sampul raya kita pakai QR code
Seronok my anak-anak buah oh.. Nak jadi diorg gak

Ingatkan raya dah berakhir dengan sesi baggi duit raya?? No No..

Raya ke 4 santai-santai je la, duk main teka teki. Tahun ni abang ke 3 tak buat open house so tak de la nak gi Bunut Payung. Aku cuti-cuti camni apa lagi.. My me timeee~

Tengah berebut duet raya QR code TnG

dan..

 

Keesokan hari pulak, should be keja, but.. Aku masuk sekejap je opis..

Raya ke 5 pula giliran umah abang aku yang sulung pula beropen house plus majlis merisik dan bertunang anak buah ku yang pertama..

Bila anak buah kau bertukar status..sob sob sob

Diha oyak nok join group cikda?? Sob Sob Sob..

Tapi lepas tengok bakal anak buah baru helok dan comel dan kiut serta promising , cikda approved! 

Tak promising hapenya mak ayah dia geng-geng kak long abe yom jugak. So nice to meet you anak buah baru.


Tidak cikda beli tiket gi korea la di hari persandinganmu membawa diri sambil mengintai jodoh. 

Dulu ku sendiri, kini masih sendiri~

Seharian duk kat umah abe yom, maka petang tu masuk opis jap wat keja. Oh my work!

Disebabkan semalam aku tak sempat sangat masuk opis, jadi pada hari raya ke 6 ni aku berkobar-kobar lah nak masuk opis.  Tapi one doesn't simply simple.

Entah ke mana hilang kunci opis aku entah la. Ritu juga staf aku cuti. Jadi nak tak nak, maka aku mencutikan diri pula pada hari raya ke 6 dan join Une n kak Zah plus Afif gi derat. Hahaha.

Well, kita kan chebol, jadi sekali sekala quick escape tu perlu untuk minda yang sihat walafiat hendaknya. 

Tima kasih kunci opis sbb hilang haha

Une n kak Zah teringin lama dah nak gi kedai viral Bini Syahmi Syazli iaitu Nisa untuk gi beli makanan-makanan viral kat sini. Dah tu alang-alang.. marilah kita.

Kita jumpa artist laa.. Hai Shahman Khan aka Sameer

Lepas sakan membeli belah aneka juadah viral kat situ, marilah kita ke rumah pakcik AeonMall. Huiish.. Jangan tak tahu setiap kali raya ni rumah pakcik ni kena ziarah.

Lampiaq ni, pegi kedai sebelah sebab banana leaf tak dak stock jadi tak dapat hilang makanan so kitorang masuk la Hayaki

Pada raya yang ke 7 pula, di suatu petang yang damai, abang sulung I ajak adik-adik perrempuan dia beraya santai-santai di BORAS CAFE.

Nyiru saya tadahkan

Wow.. ini sangat best mengopi di tempat yang lawa cenggini. Kaya tokey Boras Cafe klu geng-geng Dalam Pagar ni datang sebab we ouls ni kalau dah datang satu kampung terus hikhikhik.

mengopi bersama kanak-kanak rebina pun onz


Sesi raya beraya tak berakhir lagi sebab, di hari raya yang ke 10, abang aku yang ketiga jemput couple budu kimchi, khalid dan Lee Seul untuk beraya bersama untuk kali ke 2 di Badik badik Cafe. 

Ritu masa diorang datang, aku busy so time ni marilah kita beraya bersamaaaa..


Lee Seul da pandai kecek kelate, aku pulak cakap korea macam da tak bunyi 😂


Raya ke 13 pulak, marilah kita bertemu dengan sabrina sahabat lama. 5 tahun kenal hari ni baru nak jumpa. Don't blame me, blame saja dia ~

berjaya mengepau beliau. Aku da kata aku tak nak makan dia suh makan buat ghaso-ghaso. Last-last aku abes makan dia tak abes.

Alang-alang aku ade keja area TM maka marilah kita bertemu 6 mata (aku 2 , dia 4 ) sambil bagi duet raya yang dijanjikan. 

Syabas detaji syabas.

Raya ke 15 pula, Teh (sepupu) pula yang bertunang. Maka marilah kita ke rumah Ayah Sue untuk makan-makaannn~

Barakallah Awatif, seorang instapemes ngee..

Raya ke 16 pula, kak Fieza, Geng PPWK pula buat open house. Jemputan dia?? Kitorang la geng PPWK cingu yang chenta..hehe~

Geng kebobok

 

Yea..da siap cerita Syawalku pada tahun 1444H. 

Bagus-baguss.. Boleh makan bebanyak untuk tahun ni~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...