.: Assalamualaikum :.
Anyeong!
Haa.. Klu post ini dapat dipublish maka I am proud of myself!
Ingat senang ke nak buat travel log siap untuk whole trip. Jarang-jarang tau. Tengok la berapa travel log yang dah kecundang sampai ke hari ini masih lagi status draft. Ahaks. BTW, hari last di bumi Vietnam ni agak menyedihkan. Hahahaha..
Let's story timeee~
So, membolos aje sleeper bus dari Sapa, I ouls cuba untuk tido dalam kontena dengan seadanya. Bas sampai kat bandar Old Quoter dalam dinihari. Check point yang sama waktu nak pegi Sapa ritu. Sampai je kat kat Hanoi lega lah rasanya. Pening daam bas sudah berakhir. Tujuan kita di kala dinihari ini adalah untuk singgah solat subuh dan lepak-lepak kejap kat Masjid Al-Noor sementara menunggu waktu untuk ke Airport. Hari ni dah nak balik Malaysia dah.
Kitoprang berjalan kaki sahaja dari check point bas berenti tadi ke Masjid Al-Noor tu. Sampai kat depan Masjid terpinga-pinga jugalah sebab pintu masjid masih berkunci dan kat depan tu juga beberapa akhi (tetiba akhi, biasa brother hahahaha) (orang arab macam geng-geng Saad gitu) pun turut sama terpinga-pinga depan pintu itu. Mungkin tak expect masjid masih berkunci kerana dah nak masuk subuh ni. Maybe diorang ni stay area sini-sini dan jemaah subuh tegar.
Ehsan archive story ig |
Dengan tidak semena-mena, diorang bentang kain putih dan ada beberapa yang ready nak amik wuduk. Aku and de geng dengan muka tak cukup tidur duk tepi dan masih lagi terpinga-pinga dengan keadaan ni.
Selepas tu ada sorang akhi siap azan dan lepas azan diorang start solat rawatib. Seorang akhi approach bagitau masjid hari ni tak buka. Maybe Imam balik kampung dan sebab diorang nak perform solat subuh dengan politenya dia offer aku duduk atas scooter dia sementara menunggu. Siap dia ready tongkat 2 scooter tu dan aku pun apa lagi, nyiru saya tadahkan.
Ehsan archive ig: photo by AAB |
"Abang nak balik Malaysia tak? " Monolog ku dalam hati. Ahaks. Kitew tak leh orang gentleman camni. Kita jatuh hati. Kekekeke
So, bila keadaan tak mengizinkan untuk kita masuk ke masjid ni, maka marilah kita proceed planing B iaitu gi check in balik Hotel Keypad yang tak jauh mana pun jaraknya dari Masjid ni.
Subuh-subuh dah buat drama arab..ngeee |
So, selepas melalui mehnah dan tribulasi, mungkin ada hikmahnya kenapa Allah tak bagi kitorang duk situ. 3 dara pingitan yang innocent ni, macam tak elok pulak stay kat masjid cenggitu kan. Lain la ade ahli rombongan yang lain.
Our lovely hotel.. Xinxau |
BTW, kitorang ade je baca kat travelog orang lain yang diorang memang tumpang kat masjid ni untuk rest sekejap. Boleh mandi siap kat situ. Tapi dah bukan rezeki kita so, ayuhlah kita kat Keypad Hotel balik.
Hikmahnya check in hotel ni balik adalah. Boley perform solat subuh dengan selesa. dan yang penting, boleh sambung tido dengan selesa hohoho!
Punyalah rasa macam gelandangan dah duk tarik luggage lepas turun bas td. Ni bila dapat check in balik rasa bahagia. Boleh solat, tido and mandi dan menggila dengan jayanya.
Oh ya. Kitorang dapat bilik yang sama waktu kita duk ritu. Rasa warm welcome betoll..hahahha.
Boley la layan lagu Bey soba Bey untuk kali kedua kat sini.. Ahaks.
Cam biasa. breakfast tak nak kalah walaupun sekadar megi |
Flight rasa pukul 2 ptg so kitorang decide nak pegi airport dalam pukul 1. Masa masih berbaki selama beberapa jam lepas kitorang recharge energy. Dalam kul 10 atau 11 pagi, sempat lagi pegi pasar. Duet da la tinggal sen-sen je lepas bayar hotel subuh tadi.
Naseb baek kita bawak orang kaya, so dapat la dia kuarkan duet. |
Memang rasa macam main game saidina la hari ni. Bila duet dah top up, masing-masing tak nak kalah mari kita gi usha-usha barang yang boleh dibawa balik ke Malaysia.
Orang lain beli t-shirt atau oleh-oleh.. tapi mataku berkenan kat motor ni |
Lalu kat area situ, nampak dia.. lalu kat area ni, nampak dia. isk~
Jangan menggoda sayaaa~
Jadi anak angkat kejap |
2-3 kali masuk kedai ni. First beli keychain, fridge magnet. Second Fara mengusha beg. Third, masih lagi Fara, nak cari t-shirt, dan bertambah bila AAB nak usha beg macam Fara beli.
Aku kesian kat makcik tu so, bila Fara duk tengok-tengok baju, aku tukang kemas. Tolong lipat baju balek 😂😂😂. Rindu nak balik Malaysia nampak? Sementelaah itu hobi ku adalah melipat baju.
BTW, basikal tadi memang aku angkut wat balik Malaysia. Dah tu kompius nak kaler emas ke nak kaler merah. sakit betul jiwa kurasa dalam buat pengiraan tadi. Hampir nak terbeli 2-2, naseb baek duet tak cukup dan luggage cukup makan. Hahahhaa
Aku amik yang kaler emas dan basikal tu upgrade jadi beca. Lawa 💓💓💓
Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Masa amat mencemburui kita sebab, kitorang nak kena catch grab dan luggage duk kat hotel lagi. Kitorang ingat nak amik grab dari hotel so, sebelum sampai hotel sempat singgah kat 7-11 dulu 😁😁😁
caphe |
Menghabis saki-baki dong~
Grab kat sini mujur la senang dapat walaupun jalan dia macam hape. Dalam duk tunggu grab sampai, sempat lagi aku pegi beli buah mini apple yang macam kat Sapa dari penjaja kat tepi jalan. Harga kat sikit pricey sket tapi sebab aku da niat nak bagi kat budak2 receptionist hotel, so aku beli jela.
Hepi adik-adik dapat tips buah. Hahahhaa. ada gak aku wat balik Malaysia. Sumbat dalam beg. Ni kalau kena kat imegresen ni, aku sedekah kat situ pulak. Hahahha
Bila da masuk dalam keta legaaa la sket. Nak kata kitorang lewat tu tak jugak. Ngam-ngam je.
Jomm kita balekk |
Kat airport berjumpa lagi dengan dak-dak johor. Hahaha.Excited buat kali ke 4. Timing balik pun sama jugak eh. Tak sure flight sama ke tak
perjalanan 5 jam. Time makan hepi dan kitorang duk sebelah menyebelah |
Sila imagine la macam mana klu 3 orang ni duk sekali. Waktu balik ni memang dah pre order makanan. Memang makan with a gusto la citenya. Makanan Malaysia. Nasi Lemak kebanggaan kita.
Tak cukup dengan itu order pulak air coffee biar tadi da minum. Air kopi AA sedap kot. Tak sure la kalau sebab hidup atas awang-awangan menjadikan kopi itu bertambah lazat. Mood aku tengah baek jadi aku belanja bebudak ni jugak termasuk budak pompuan Vietnam tepi aku yang first time fly gi Malaysia buat program exchange student.
Kak ni memang tak leh kalu bunyi adik-adik, nak gi belajar. Kak support dik. Ngee~
Turun flight. Ni je yang tinggal. Ahaks. |
Duet boleh dicari, masa dan kenangan tu yang selalunya susah untuk dapat.
So, hargailah kehidupan dan bagilah warna kepada hayat anda.
Nak Baca lagi pengalaman di Vietnam?? Tekan je entri mana korang nak:
JALAN-JALAN 2024 : Vietnam, Hanoi | Jalan-Jalan 2024 : Hanoi, Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Ha Long Bay, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Moana - Sapa, Vietnam | Jalan- Jalan 2024 : Catcat Village, Sapa, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Fan Si Pan, Sapa Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Kembali ke Hanoi dan pulang ke tanah air | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 1 | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 2 |