marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Ahad, 24 November 2024

Jalan-Jalan 2024: Kembali ke Hanoi dan pulang ke tanah air

 .: Assalamualaikum :.

Anyeong!

Haa.. Klu post ini dapat dipublish maka I am proud of myself!

Ingat senang ke nak buat travel log siap untuk whole trip. Jarang-jarang tau. Tengok la berapa travel log yang dah kecundang sampai ke hari ini masih lagi status draft. Ahaks. BTW, hari last di bumi Vietnam ni agak menyedihkan. Hahahaha..

Let's story timeee~

So, membolos aje sleeper bus dari Sapa, I ouls cuba untuk tido dalam kontena dengan seadanya. Bas sampai kat bandar Old Quoter dalam dinihari. Check point yang sama waktu nak pegi Sapa ritu. Sampai je kat kat Hanoi lega lah rasanya. Pening daam bas sudah berakhir. Tujuan kita di kala dinihari ini adalah untuk singgah solat subuh dan lepak-lepak kejap kat Masjid Al-Noor sementara menunggu waktu untuk ke Airport. Hari ni dah nak balik Malaysia dah.

Kitoprang berjalan kaki sahaja dari check point bas berenti tadi ke Masjid Al-Noor tu. Sampai kat depan Masjid terpinga-pinga jugalah sebab pintu masjid masih berkunci dan kat depan tu juga beberapa akhi (tetiba akhi, biasa brother hahahaha) (orang arab macam geng-geng Saad gitu) pun turut sama terpinga-pinga depan pintu itu. Mungkin tak expect masjid masih berkunci kerana dah nak masuk subuh ni. Maybe diorang ni stay area sini-sini dan jemaah subuh tegar. 

Ehsan archive story ig

Dengan tidak semena-mena, diorang bentang kain putih dan ada beberapa yang ready nak amik wuduk. Aku and de geng dengan muka tak cukup tidur duk tepi dan masih lagi terpinga-pinga dengan keadaan ni. 

Selepas tu ada sorang akhi siap azan dan lepas azan diorang start solat rawatib. Seorang akhi approach bagitau masjid hari ni tak buka. Maybe Imam balik kampung dan sebab diorang nak perform solat subuh dengan politenya dia offer aku duduk atas scooter dia sementara menunggu. Siap dia ready tongkat 2 scooter tu dan aku pun apa lagi, nyiru saya tadahkan.

Ehsan archive ig: photo by AAB

"Abang nak balik Malaysia tak? " Monolog ku dalam hati. Ahaks. Kitew tak leh orang gentleman camni. Kita jatuh hati. Kekekeke

So, bila keadaan tak mengizinkan untuk kita masuk ke masjid ni, maka marilah kita proceed planing B iaitu gi check in balik Hotel Keypad yang tak jauh mana pun jaraknya dari Masjid ni.

Subuh-subuh dah buat drama arab..ngeee

So, selepas melalui mehnah dan tribulasi, mungkin ada hikmahnya kenapa Allah tak bagi kitorang duk situ. 3 dara pingitan yang innocent ni, macam tak elok pulak stay kat masjid cenggitu kan. Lain la ade ahli rombongan yang lain.

Our lovely hotel.. Xinxau

BTW, kitorang ade je baca kat travelog orang lain yang diorang memang tumpang kat masjid ni untuk rest sekejap. Boleh mandi siap kat situ. Tapi dah bukan rezeki kita so, ayuhlah kita kat Keypad Hotel balik.

Hikmahnya check in hotel ni balik adalah. Boley perform solat subuh dengan selesa. dan yang penting, boleh sambung tido dengan selesa hohoho!

 Punyalah rasa macam gelandangan dah duk tarik luggage lepas turun bas td. Ni bila dapat check in balik rasa bahagia. Boleh solat, tido and mandi dan menggila dengan jayanya.

Oh ya. Kitorang dapat bilik yang sama waktu kita duk ritu. Rasa warm welcome betoll..hahahha.

Boley la layan lagu Bey soba Bey untuk kali kedua kat sini.. Ahaks.

Cam biasa. breakfast tak nak kalah walaupun sekadar megi

 Flight rasa pukul 2 ptg so kitorang decide nak pegi airport dalam pukul 1. Masa masih berbaki selama beberapa jam lepas kitorang recharge energy. Dalam kul 10 atau 11 pagi, sempat lagi pegi pasar. Duet da la tinggal sen-sen je lepas bayar hotel subuh tadi.

Naseb baek kita bawak orang kaya, so dapat la dia kuarkan duet.

 Memang rasa macam main game saidina la hari ni. Bila duet dah top up, masing-masing tak nak kalah mari kita gi usha-usha barang yang boleh dibawa balik ke Malaysia.

Orang lain beli t-shirt atau oleh-oleh.. tapi mataku berkenan kat motor ni

Lalu kat area situ, nampak dia.. lalu kat area ni, nampak dia. isk~

Jangan menggoda sayaaa~ 

Jadi anak angkat kejap

2-3 kali masuk kedai ni. First beli keychain, fridge magnet. Second Fara mengusha beg. Third, masih lagi Fara, nak cari t-shirt, dan bertambah bila AAB nak usha beg macam Fara beli.

Aku kesian kat makcik tu so, bila Fara duk tengok-tengok baju, aku tukang kemas. Tolong lipat baju balek 😂😂😂. Rindu nak balik Malaysia nampak? Sementelaah itu hobi ku adalah melipat baju.

BTW, basikal tadi memang aku angkut wat balik Malaysia. Dah tu kompius nak kaler emas ke nak kaler merah. sakit betul jiwa kurasa dalam buat pengiraan tadi. Hampir nak terbeli 2-2, naseb baek duet tak cukup dan luggage cukup makan. Hahahhaa

Aku amik yang kaler emas dan basikal tu upgrade jadi beca. Lawa  💓💓💓

Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Masa amat mencemburui kita sebab, kitorang nak kena catch grab dan luggage duk kat hotel lagi. Kitorang ingat nak amik grab dari hotel so, sebelum sampai hotel sempat singgah kat 7-11 dulu 😁😁😁 

caphe

Menghabis saki-baki dong~

Grab kat sini mujur la senang dapat walaupun jalan dia macam hape. Dalam duk tunggu grab sampai, sempat lagi aku pegi beli buah mini apple yang macam kat Sapa dari penjaja kat tepi jalan. Harga kat sikit pricey sket tapi sebab aku da niat nak bagi kat budak2 receptionist hotel, so aku beli jela. 

Hepi adik-adik dapat tips buah. Hahahhaa. ada gak aku wat balik Malaysia. Sumbat dalam beg. Ni kalau kena kat imegresen ni, aku sedekah kat situ pulak. Hahahha

 Bila da masuk dalam keta legaaa la sket. Nak kata kitorang lewat tu tak jugak. Ngam-ngam je.

Jomm kita balekk

Kat airport berjumpa lagi dengan dak-dak johor. Hahaha.Excited buat kali ke 4. Timing balik pun sama jugak eh. Tak sure flight sama ke tak

perjalanan 5 jam. Time makan hepi dan kitorang duk sebelah menyebelah


Sila imagine la macam mana klu 3 orang ni duk sekali. Waktu balik ni memang dah pre order makanan. Memang makan with a gusto la citenya. Makanan Malaysia. Nasi Lemak kebanggaan kita. 

 

Tak cukup dengan itu order pulak air coffee biar tadi da minum. Air kopi AA sedap kot. Tak sure la kalau sebab hidup atas awang-awangan menjadikan kopi itu bertambah lazat. Mood aku tengah baek jadi aku belanja bebudak ni jugak termasuk budak pompuan Vietnam tepi aku yang first time fly gi Malaysia buat program exchange student. 

Kak ni memang tak leh kalu bunyi adik-adik, nak gi belajar. Kak support dik. Ngee~

Turun flight. Ni je yang tinggal. Ahaks.

Duet boleh dicari, masa dan kenangan tu yang selalunya susah untuk dapat.

So, hargailah kehidupan dan bagilah warna kepada hayat anda.

Nak Baca lagi pengalaman di Vietnam?? Tekan je entri mana korang nak:

 JALAN-JALAN 2024 : Vietnam, Hanoi | Jalan-Jalan 2024 : Hanoi, Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Ha Long Bay, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Moana - Sapa, Vietnam | Jalan- Jalan 2024 : Catcat Village, Sapa, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Fan Si Pan, Sapa Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Kembali ke Hanoi dan pulang ke tanah air | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 1 | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 2 |

Ahad, 17 November 2024

Jalan-Jalan 2024 : Fan Si Pan, Sapa Vietnam

 .:Assalamualaikum:.

 From Fan Si Pan With love

Okey oul, sebelum 2025 memunculkan diri, adalah ini saya kena siapkan post mengenai penjelajahan kita di Fan Si Pan  Sapa Vietnam.

Bukan apa.. hampir separuh tahun dah tertinggal, sekurang-kurangnya ada jejak untuk di throwback. Hiks.

Highlight sebenar untuk ke Vietnam kali ni adalah untuk naik ke gunung dimana terletaknya Fan Si Pan.


Eh. Buat apa ke Fan Si Pan. Eheks.

Ekceli Fan Si Pan ni puncak Gunung tertinggi di Vietnam. Roof of Indo China.Katanya biasa orang amik masa 2 hari nak sampai ke puncak, tapi sekarang.. 15 minit pun boleh!

Tak payah nak mendaki bak pendaki amatur bila nak merasa puncak gunung ini sebab...

Kita naek pakai cable car. hikhikhik!

Jadi, dressing pun boleh la ala-ala Emily at Paris. Tak lecak dan trailnya adalah smooth ajer. Ahaks. 

OOTD depan cermin sebelom mendaki

Hari ni semua berperangai elok. Boleh bangun awal, lepas subuh teros bersosial. Sebabnya, hari ni last day dan untuk ke puncak Fan Si Fan ni agak take time. Jadi automatik berbehave. Hahhaha

Tapi sebelum tu, breakfast is must!

Masih lagi bersama travel food di selang dengan buah-buahan Sapa
Last day kat Liberty Hotel harus bergambar dekat pintu masuk

Hari ni jugak kitorang gi Sapa Station dengan tuktuk aje. Dah tak sewa motor. Tunggu depan hotel dan terus dapat naik tuktuk. Tambang dia 50k dong je sorang. 

Cantek la station ni. Dah la kaler kuning camtu

Heading to furnicular

Pemandangan dari furnicular. Kalau 2 hari lepas boleh tgk furnicular ni gerak, rini kita naek

Ini lah Furnicular itu.

Lawa sangat bangunan sini. Ni baru sampai kat Fan Si Pan World. Kena berjalan dalam 1 KM untuk ke stesen cable car pulak. Tapi dalam 1 km ni dia ade la taman bunga yang cantik 

Hai gajah

Masuk dalam bangunan cable car tgk ada iklan buffet makanan halal. Ok gak tu.

10 tahun kawan baru aku tau dua2 nih gayat tempat tinggi 😂

Cable car memang besar dan stable. rasa max boleh muat 20 orang kalau tak silap. Dia punya besar tu memang ngam la. Kalau penah naik yang Langkawi atau yang Genting tu paling ramai 6-8 orang dan memang goyang dik. Hahaha. Yang ni fully furnish. Yang Langkawi punya aku penah rasa cuak jugak bila sayup2 tengok dari kejauhan nampak lautan je.

Masih boleh tersenyum. hahaha

Yang ni hutan belantara sayup-sayup kat bawah. Jangan imagine ape-apa takut menikus pulak nanti. Jauh lagi perjalanan ni..

Lereng gunung
Bila da Ok feeling tu, boleh la jenjalan selangkah dua
Yeahh.. Dah Sampai kat Stesen Cable Car atas Fan Si Pan.

Feeling dia macamkita naek Genting gitu. Kat atas ni aku tak leh imagine la camane diorang boleh buat bangunan memang torrbaek la. Tak rasa seram pun walaupun dah berapa meter dari atas laut. Tanah bawah memang tak nampak ape dah diselaputi kabus tebal.

Sejukkkkk.. Dah cam puncak gunung Kinabalu dah.. Tapi pengalaman mengajar. Nampak nipis je dressing aku tapi percayalah ia berjaya memanaskan badanku. Siap cardigan tu jarang-jarang baru aku sauk.

Bila sampai atas ni baruku sedar, Puncak Fan Si Pan dia simbolik kepada tempat keagamaan masyarakat Budha 😅😅😅.

Penuh dengan Pagoda dan tokong. Aku dah rasa jadi Biduanda Layang dalam komik Hongkong Alam Perwira bila tiba kat atas ni. Ape taknya. Monumen kat sini memang estatik. Dan pemandangan pula indah. 

Sekali lagi untuk betul-betul tiba ke puncak Fan Si Pan ni jauh lagi perjalanannya. Naseb baek Fara dah beli sekali tiket kereta api (macam bukit bendera) masa dia amik pakej ke Fan Si Pan ni kat Klook. So, tak payah nak bazir tenaga dalam kesejukan ini. 

Naik keta api

Lebih jimat masa dan tenaga bila naek train ni sebab dari atas boleh tengok betapa bengkang bengkok perjalanan dan tangga dia usah dikira. Tangga everywhere.

Nanti turun nanti baru jalan kaki. So, save time and save energy. Ni dah pukul 11pagi lebih dah ni. Kabus pun dah tak beragak dah.

 Yeaaaa.. Dah sampai..

Keluar aje train, panjat tangga dan tibalah kita di check point Fan Si Pan ini. Teros aku nampak Jalur Gemilang tak beragak terus amik dan merakam memori. Kat area sini orang masih tak ramai, so marilah kita menggila. Dia ade 2 area untuk bergambr kat sini. 

 Bila orang da start membanjiri area ni, kitorang pun tukar area. Yeah!

Kami dah sampai. Anda bila lagi?

 Naseb baik kat area sini mentari masih bagi peluang untuk kitorang bergambar dengan awan membiru. Susah nak dapat cuaca cenggini ni. Dah la jam nak hmpir tgh hari ni biasa kabus dah tebal. Lebih-lebih lagi Sapa dua tiga hari ni asek hujan je.

Selepas pelbagai adegan berjaya dirakamkan masanya untuk turun. Ni kalau duk main lagi atas ni tak tau pukul berapa akan tiba kat Sapa. Dah la nak kejar sleeper bas nanti.

Barang-barang belom kemas and kitorang lewatkan waktu check out dan bayaran dia just tambah extra je.

Sebelum turun kita isi perot dulu. Sejuk-sejuk ni memang lapar sis!
Da check danish pastrini halal, ape lagi order la dengan coconut latte. Sodaaaap!

Lama juga la melepak kat sini sementelaah tak ramai orang masuk dalam cafe. Hari ni tak de la bersumbat sangat puncak Fan Si Pan ni. Maybe hari biasa. Kalau weekend ni rasanya penuh ni.

Disebabkan tak ramai orang, kita pun lepak la lama sikit menghilangkan lelah berjalan. Lagipun kejap lagi ni rasanya boleh tahan trail untuk turun ni.

Alang-alang tu kita solat jamak zuhur asar la.

Cuaca dah tak main-main dah. Kabus dia tu dah macam fogging dah. Maka dah rasa cukup energy ni.. Let's turun anak-anak

Looong way to go~
Best katanyaa~

Tiba-tiba jumpa taman larangan bunga kuning. Tanpa berlengah masa

Tak de dah penat turun tangga tu.
LOooove Sangat.. Rasa nak buat balik pokok2 ni

"Yee keee penat. Macam tak puuunn kalau tengok muka tu~"

In case korang tak caya memang tempat ni tinggi dan perjalanan sangat panjang.~

That's me guys.. That's me.
Aku sorang je.. hahahaha

My friends tak larat nak melayan aku berlari sana sini dengan dressing Emily tu. So aku jalan dulu nnti aku tunggu diorang kat depan. Tu selalu ayat aku memujuk kanak-kanak dua orang itu. Diorang dah tahu aku nih species hyperactive, "so suka ati kok da lah, asal bahagia"

Macam dah nak masuk umah Ji Fatt dah lalu area ni

Ada uncle tegur dan baik hati nak tolong amik gambar.

Tangga paling tinggi. Sayup2 kat atas tu ada monumen Sitting buddha

Yeaa.. Berjaya turun ke bawah.

Tiba kat Fan Si Pan World iaitu stesen antara cable car dan Furnicular. Memang sorang-sorang dah lembik dah. Hahahha.

Ape taknya. Longgar dah skru lutut ni asek berjalan dan turun tangga. Keluar stesen cable car sebenarnya kena menempuh dalam 1KM perjalanan ke Furnicular pulak. 

But~~~

Ntah camane sedang duk bergurau senda sambil berjalan, kitorang sesat kat bangunan yang menjadikan perjalanan 1KM td dapat dipendekkan. Shortcut terus. Mula-mula macam takut-takut nak lalu tapi nampak macam okey je untuk lalu so kitorang lalu kat situ ahaksss. Hepi kepalang.

Rupanya laluan tu for Staf Only. Opss~

Sebab masa dah tak cemburu langsung dan dapat jalan shortcut (baru pukul 4.30 petang) dan depan kitorang ni taman seindah sekebun bunga dengan tak ade orangnya. ape lagi...

Perut berkeroncong kasih sayang tak ku peduli. Hahahaha.

Salam perantauan dari saya buat semua

Puas hati AAB dapat bergambar dalam taman lavender.

Me is tak nak kalah..Hikhikhik

Emilda at Sapa

Puas hati bermain di Fan Si Pan World, kitorang pun sedar diri dan beransur menuju ke Furnicular Stesen. Hepi kepalang. 

Pukul 5.30 ptg camtu kitorang selamat tiba kat Kedai makan Hajah Hawa. Tuk Lunch & dinner kita makan steamboat halal. Hahahahha. Dah berapa hari dah nak merasa steamboat lantaran duk tengok orang Vietnam duk makan kat kaki 5 jalan. Kita pun nak merasa.

Tak ingat set ni harga berapa. Tapi memang waktu ni dah lapar benar. Tak peduli dah benda lain

Selesai makan, kitorang pun balik ke Liberty Hotel. Pukul 7.30 malam camtu kitorang sampai dan berkemas untuk balik ke Hanoi. Malam ni naik sleeper bus lagi dan bertambahlah diri ini.

Sempat mengira baki duet untuk survive esok
Bas ni dari luar normal je..

Dari dalam aje. Lain maciam sikit. Ahaks.

Bertabahlah daku untuk tiba di Old Quarter nanti. Harap tak muntah. Hohoho

 

Nak selami pengalaman berjalan kat Vietnam lagi? Baca entri ni tau^^ :

 JALAN-JALAN 2024 : Vietnam, Hanoi | Jalan-Jalan 2024 : Hanoi, Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Ha Long Bay, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Moana - Sapa, Vietnam | Jalan- Jalan 2024 : Catcat Village, Sapa, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Fan Si Pan, Sapa Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Kembali ke Hanoi dan pulang ke tanah air | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 1 | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 2 |

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...