marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sabtu, 20 November 2021

Vaksin Kali ke 3: Dose Booster Untuk Saya

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobun..

Jom cucuk booster

Usih.. apsal ngantuk sangat ni. Rasanya malam tadi tido awal dah. Ntah-ntah penangan dos penggalak vaksin covid-19 ke tak ni? huuu..

Dari hari kena dos penggalak sampai ke hari ni dah masuk 4 hari dah takkan la masih kena penangan lagi?πŸ˜‘

Ape-ape je la tapi for your information (riak skit 😁) i dah terima dos penggalak atau pun dalam mat saleh nya booster dose untuk menguatkan lagi sistem imunisasi badan. Biar lepas ni covid tengok pun dah teros bertukar jadi debu. Tu baru tengok tak hinggap lagi. ngee.

Dos penggalak ni seperti namanya hanyalah sekadar memberi galakan dan tak wajib untuk amik cam dos 1 & dos 2. Yang rasa nak triple protection sila lah pegi amik. Tak rugi duit sekupang pun. Macam aku amik ni sebab sekarang x busy mana. So ade masa terluang ni ayuh la kita.

Tapi banyak ke sana ke mari dah alang-alang tu better amik la. Lagipun #sonovacclan lepas 3 bulan digalakkan untuk amik. 

Untuk ape amik? seperti aku cakap tadi tujuan utama adalah untuk triple protection. Kire kalau jadi orang super saiyan ni rambut bukan sekadar jd oren, tapi teros panjang..

Yang uniknya bagi #sinovacclan we ouls terima pfizer sebagai booster. Kire mixed la. So geng-geng pfizer tak leh nak rasa kayangan sangat tau. We ouls pun dah jadi rumpun korang hahaha.

So, selain menjadi clan yang unik akibat mixed, we ouls jugak clan yang limited edition kat Malaysia. Sebabnya berapa kerat je rakyat Malaysia yang dapat sinovac vaksin hari tu. Kalau tak silap sekali je Malaysia beli Sinovac. Lepas tu pulun beli pfizer sebab rakyat Malaysia kan selalu betul. Kerajaan baik hati folo je la kehendak rakyat. 

Katanya pfizer brand matsaleh much better walaupun seluruh dunia borong barang made in China. huhuhu

Tapi jangan downgrade sangat tau Sebab Jangan tak tau we ouls satu clan dengan KJ aka Menteri Kesihatan Malaysia sekarang taaauu~

Done booster

Tapi nak bangga lebih-lebih tak leh jugak sebenarnya. Sebab kebanyakan negara tak terima sinovac sebagai vaksin covid-19.So alternatifnya marilah kita cucuk booster. Nak gi Mekah senang, nak gi Korea lulus. itu yang penting hihi.

Tapi tapi tapi antara sinovac dengan pfizer kesan dia lain tau.. Berbeza sangat. Hari tu waktu cucuk sinovac dos 1 dan dos 2 kesan dia ok-ok je. Tak de over sangat. 

Tapi bila cucuk booster pfizer ni. adu du du du du.. Nak demam-demam jadinya. Bahu sampai ke hari ni lenguh. Nak demam je, tapi tak demam pun. Badan jadi lemau, otak cam toing-toing skit. Tapi keja tetap jalan huhuhu.

Makan tak lalu bak hang. hurm. Lidah jadi payau. Dah la x dpt nak drive.

2nd day lepas cucuk nak drive gi tempat customer tapi nak angkat handbrake pun jem apatah lagi nak tukar gear. Tak penah lagi camni jadiknya. Naseb bek ade click boley drive so kita co pilot shj.

Tak tau la simpton ni jadi kat aku je or orang lain jugak. Kuat jugak penangan fpizer ni. Patut la dulu ramai yang sampai demam-demam. My mom yang wonderwoman pun demam 3 hari jugak la lepas cucuk booster.

I yang fragile ni apatah lagi. huhuhu. Nak dapatkan perhatian πŸ‘Ύ lagilah failed. Terpaksa merawat diri yang lara  sendiri. Broken benau.

Huhu. Tak bermaya katanya.

 So, ayuhlah kita ke Snow town Bingsu untuk kurangkan kesan sakit booster ituuu~. Dah nak dekat setahun rasanya tak makan bingsu sedap ni.

Milk snow with mango

Tak igt namanya yang penting sedapp.

Oh ya, aku cucuk vaksin penggalak ni kat klinik primer Cherang. 3 kali isi form baru dipanggil. Huhu. Tapi tak pe. Asalkan nama naik.

Khamis, 18 November 2021

Yellow City Bike my first bicyle

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobun.

City bike for me

Perasan tak mutakhir kini (ayat dia~) banyak je basikal-basikal atas jalan. Tak kire la basikal lipat ke basikal sport ke basikal rege riban-riban ke memang meriah kat jalan tak kire la jalan kampung ke bandar ke memang berpusu-pusu kan. Lebih-lebih lagi masa musim PKP. Menjadi-jadi.

Ke aku sorang yang perasan. Tak.. Tak.. yang ni aku tak perasan sorang. Aku rasa semua orang pun. Sampaikan artis-artis pun join sekali nak menjadi ala-ala Rocketman. Siap company pengangkutan pun lancarkan BAS sikal. Klu tak de permintaan masakan basikal pun dapat BAS.. nge.

Kak Iti (Tok Ti) update IG berbasikal, Nabila Razali update naek basikal..

Tak ketinggalan, aku pong nak join the trend ngeeh..

Tapi tu la. Aku bukan minat sangat dengan sport bicycle yang orang duk bawak ni. Sebab tak kuase I nak pakai suit dia ape semua. 

Tapi nak jugak. Lebih-lebih lagi abang-abang aku, anak-anak buah aku duk mengusung basikal memasing.. 

Tell me without telling me how to overcome FOMO when you have this kind of big family

Tak boley jadi ni.. Nak joiiinnnn πŸ‘‰πŸ‘ˆ

For me aku lagi nak beskal yang santai-santai. Tak nak la beskal yang ganaz2 yang  cycling 50km sekali trip. 

Memang bukan aku la nak join geng-geng beskal camtu. Aku nak yang tak nampak komitmen sangat. Santai-santai jeww ..Ngee.

Santai cenggini. Pakai je mana baju yang ade...ngeee~

Ingat aku larat nak cycling dari Sabak ke Tok Bali cam anak buah aku, E & Adi selalu buat? Memang idok le. Kang tinggal skaleton je nanti kekeke.

 Hee.. Hari tu omma kerap jugak la call aku suh beli sayur kat area rumah. Malas nak drive Betsy aku pong pinjam beskal anak buah aku buat kiut gi kedai pakai beskal. Makin la aku rasa eh nak beli beskal jugak la..heee..

Pastu tetiba ayah aku dia tgk Go Shop lantas suruh abang aku ke 10 order basikal lipat kat dia πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Memang petanda nak suh beli beskal ke cane ni?

Comel kan.. dah 3 bulan duk dalam cart. Tapi tak tau nak beli ke idok.
Sebab tengah kompiusss..

Aku pon duk usha-usha gak la Shopee kot-kot ade beskal yang berkenan. To me of coz la aku berkenan dengan beskal yang ade raga cam korean style kat pulau Nami tu. Warna nude yang comel2 tu. 

Vibe ala-ala koreaaa gitteww..~

Tapi Malaysia ade gak. Tapi masalahnya bila pakai kat Malaysia ni dia jadi cam makcik-makcik bawak gi kelas ngaji tu. 

Warna klu tak biru striking mesti merah striking. idok la titew mau.

Saya tak bersalah. dia yang bagi gambar makcik ni kat saya.

Sebenarnya aku ade berkenan kat satu basikal ni. Kaler kuning striking memang seolah-olah tercipta untukku. Kuning striking tak pe my pebret ngeee πŸ˜›πŸ˜›πŸ˜›πŸ˜œ

I x de la memilih mana. Nak camni jewww

 Tapi masalahnya.. Dah sold out πŸ˜ͺ. 

Lepas tu aku baca komen-komen semua bila sampai kat tuan dia macam barang x furfect hurmm.. So aku pown hold dulu lah. bukannya penting sangat pun.. 

Biar pun malam-malam sebelum tido duk skroll dengan harapan kot2 seller dah restok haha. 

Sebab yang ni dah sold out dalam shopee..

 Begitulah malam-malamku berlalu~

++++

And theeeen...

Sampai la suatu petang yang ceria.. Tetiba aku nampak abang aku tengah main-main dengan basikal lipat baru. Katanya baru beli kat gudang basikal kat Pasir Mas waktu dia gi hantar barang kat situ. Sedang dia hepi dengan basikal barunya..

"Da, da.. Tengok ni abe raso keney basikal ni.. Rasa nak beli pulok ko kak chik (my sil)", katanya sambil tunjuk video dia naik basikal kaler kuning.

"Abe!! basikal ni.. Lamo doh Ada cari.. 3 bulan doh duk skroll shopee". KAta ku dengan nada supsuprisee~

Wah.. basikalkuuuuuuuuuuuuuuuuu

"Marilah kita gi beli lalu", katanya yang aku tahu itu ayat menganjing dan aku pun dengan semangat balas.

"Be, mari be kita gi selalu!". Dia tak sangka aku anggap kata-kata menganjingnya itu sebagai suatu perkara yang pasti πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Yes. Memang waktu tu memang aku naaaakkkkk sangat sebab macam tak sangka baru beberapa hari sebelum tu aku penah bgtau kat πŸ‘Ύ yang aku berkenan basikal ni. Memang dah lama kot mengusha so, bila dah depan mata ni ottokaji? 

Pecah tabung la gayanya.πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ

Nak naek kena scan mysejahtera dulu 😜

Pendekkan cerita abang aku yang ke 3 bawak aku pergi ke gudang basikal tu keesokan harinya sebab dia ade keja pada hari tu. 

Yeaaa.. dearest my 3rd bro. You are the best!

 Bila dah dapat basikal ni hepi.. Hepi kemain. Bawak balik umah pakat berkerumun basikal murah beta. RM430 jew. Tak de la mahal sangat. Ramai yang berkenan nampak gayanya ya. 

 Hee..

Overall I love this Yellow City Bike. Lengkap raga depan, pelana pembonceng, loceng, dynamo dan body dia solid gile. Oh ya tak lupa kepada tayar yang macam basikal kita mase kecik2 dulu. Orang kelantan panggil basikal taya mapuh! Waktu first cycling tu macam berat tp bila dah terbiasa tak lenguh langsung. Rilex2 je. 

Tak leh nak move on!

Tapi tu la x de speed ko klu nak laju ko kayuh la kuat2. Kita anak kampung. Jaguh bab2 camni huhuhu. Kite buat dia bak kate Aniem.


Jom round kampung jommm

 Dah sebulan basikal ni bersama-sama. Seminggu pertama sepetang bermain basikal lepas balik keja. Weekend lak siap round kampung. Lepas 3 minggu tersadai πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡. Bukan ape. Sekarangkan musim hujan. Pastu busy oh. 

Terrrr add to cart dan teeeerbayar dan terrsampai

 Alang-alang nak santai katenya..

Hikhikhik. Betul la dah lama aku berkenan helmet cam chanyeol nih.

Oh. Tak de nama lagi beskal comel ni. Nak letak nama ape ek?

Selasa, 16 November 2021

Renew roadtax kereta 2021

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobun.

 


Ulangtahun Betsy kalau tak silap aku 29 Oktober 2016. Tu tarikh yang aku dapat Betsy. Tapi biasalah, tahun demi tahun menginjak pulak tarikh renewnya. So latest ni masuk bulan 11 ni be ready untuk renew insurans Areumdaun Betsy. Kang tak pasal-pasal kena kat JPJ.

Eh, 11/11 tu single day sedunia, patutlah aku tak sempat renew sebab aku pergi membawa diri jauh merentas banjaran titiwangsa. Single katanya. (Banggaa!)

Tu yang tak ingat nak renew time tu. Nanti kita wat post story morey kemana daku membawa diri ok~. Tu kalau mood elok la nak menulis. Hikhikhik

So, lewat jugak la 2-3 hari terbawaknya. Tapi tak pe. Yang penting kita bayar. huhu. Jangan tak tau kalau nak renew roadtax kena bayar insurans dulu tau.

Aku dari dulu lagi mudahnya bayar online. Pakai Etiqa Takaful. 

Senang dan mudah saja. Segalanya dihujung jari. Satu lagi sebab interface site Etiqa kan  kaler kuning. 

πŸ˜‚. I just cannot~

Nak tau camane nak buat? Meh sini nak tunjuk.

Firstly korang just perlu taip Etiqa Takaful kat Google.

Bila dah taip tu dia akan kuar link website Etiqa Takaful so korang pilih je car insurans & takaful atau tekan je link aku bagi tu.


Sebenarnya tak de beza pun tawaran yang diorang offer untuk takaful atau insurans. Tapi kita ni kan orang Islam so amik takaful. Beza dia kat sini Takaful ni sejenis pembelian yang kita buat patuh syariah, dia ade akad.

Klu insurans tu dia tak de akad so tak syariah compliance. 

Pilihan di tangan anda.😊


 Masuk je no plat kereta korang. Dan Begin.

Kalau korang pengguna tegar takaful ni sejak berzaman of coz maklumat pasal kereta korang ade dlm tu. Senang. Korang hanya perlu tick je benda ape yang nak di add-on.

Yang bestnya part diskaun sebab x penah claim. kadang-kadang diskaun dia capai ratusan jugak. Ynag tu beta suka. Bab-bab diskaun ni suka benoo.

Tapi kalau tak de.. isi je la hohoho. Sekejap je. Isi maklumat peribadi isi maklumat kereta. Settle!

 Aku ni spesies pemalas isi borang, so sebab tu kesetiaanku dengan Etiqa ini tak berbelah bagi.

setia ku korbankan.

So untuk latest ni aku byq dalm 5++ je . Tu pun add on windscreen dan extended flood ape ntah. Klu ikutkan hati nak ads-on semua demi Betsy. Tapi tak pa lah. Orang cakap kita hidup ni kena wasatiyyah.

So, berbahagialah beta bersama Betsy untuk tahun 2022.

Selasa, 9 November 2021

Service Produa Axia Advance di Yamud Perodua Service

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobun.

Areumdaun Betsy

Bila masuk bulan November terbayang-banyang wang terbang ke udara. Apa taknya bila time nilah kemuncak segalanya untuk my Areumdaun Betsy Si Perodua Axia Advance yang merah mengerlip itu.

Bulan ni lah nak kena buat major service, bulan ni jugaklah nak kena renew roadtax. bulan ni jugaklah tetiba nak pasang tinted baru.Tapi untuknya segalanya mungkin. Dah lebih kurang 6 tahun kita bersama tanpa tertinggal sebulan pun monthly installment dibayar.

Dia pun baik keretanya. Tak penah berpeel.

Selalunya bila datang part service aku akan cari pusat servis tempat aku beli kereta la. Maksudku Axia ni kan perodua maka aku lebih memilih untuk service Areumdaun Betsy di Pusat Servis Perodua. Kalau nak cari pusat servis Betsy dikeluarkan tak pasal-pasal kena naek KL ngehh. Tidak mungkin.

Alasannya sebab aku ni bab kereta dan spare part memang zero knowledge. Ok la. Klu tak zero pun ade la sikit-sikit tapi.. semua tu aku tau secara teori. Ngeeeh. Tanya aku kat mana letak water filter pun aku tak tau πŸ˜‡ 

Lagi nak suruh aku pegi je kedai kereta service biasa memang aku tak tau la πŸ˜‚. I am truly woman what.hahaha

Maybe klu aku still stay lagi kat KL sampai sekarang, maybe la..secara automatik aku rasa aku A bab kereta. Maybe dah jadi pomen sekali kot. Sebab jauh dari orang yang aku boleh harapkan. So sendiri kena hadap. Hahaha. 

Tapi bila duk kat kampung halaman ni, tak pe la. Kalau jadi pape, abang-adik-anak buah aku kan ade. Tak pelik pun. Klu abang aku tak nak tolong, aku ade abang lagi.. lagi lagi.. Abang 8 orang kot. Dah klu abang tak nak tolong jua.. adik lelaki kannn ade.. Klu adek lelaki aku tak dapat jugak nolongnya. Anak buah aku yang lelaki pon boleh diharapkan jugak.. ngeee. 

Klu anak buah aku tak nak tolong jugak.. Uwaaaaa.. eh tak de.. diorang akan tolong. Ingat tak penat ke dulu cikda yang basuh berak oul semuaaa tauu..

Ngungkit..πŸ˜‹

Kan huntung tu bersaudarakan ramai sanak saudara kekekekkekekekkekkekeke.

++++

Orang kata kalau kat Pusat Servis Perodua dia akan charge mahal sikit dari harga kat luar tapi bagi i oul berbaloi je.. sebab bila tunggu kereta nak diservice kan, tempat dia siap ade tempat menunggu yang selesa. Siap boleh kacau air untuk minum. Lagipun ada sistem booking dan kalau kita dah jadi regular kat situ maklumat pasal kereta kita dah pun ada secara detail. 

Better.

Actually masa kat KL dulu aku suka gak menjelajah pusat servis Perodua. Bulan pertama kat Segambut, Bulan lain kat Bukit Kepong. Bulan lain kat tempat lain. Sebabnya time kena servis tu aku duk kat umah kakak la, pindah umah sewa la dan macam-macam hal. Tapi mujurla ada maklumat kereta kita dalam sistem diorang kan.

So, dari diorang duk tanya aku nak servis ape cik? aku pon tak tau nak servis ape. Follow guide buku pun bukan aku paham sangat. Yang aku tau bila tiba masa dia kena servis πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

 Tu pon ade gak time aku culas.. hahahhaha. Malas la sbb kereta aku ni bukan lasak mana pun penggunaan dia. 

Pompuan what do you expect~

Jadi bila stay for good kat bumi bertuah Kota Bharu ni aku cari area paling dekat dengan area rumah iaitu kat Pusat Perodua Servis Yamud (23 minit dari rumah). Kat Kota Bharu banyak je pusat servis perodua tapi paling kerap aku pergi kat sini la. Selesa dan boleh tahan la perkhidmatannya.

Selalu aku booking seminggu sebelum so dapat la awal pagi. Senang. Awal pagi 1st queue kereta kita so paling lama kena tunggu pun 2 jam. Kalau delay pun orang belakang kita la kena. Kita dah boleh gerak dah ngee.

Menapak sambil ditemani TV besar tapi teaser cerita kat cinema. Apekah?

Kat Perodua Servis Yamud ni dia punya pekerja nak kata friendly sangat x de la. Dia wat keja dia dan dia explain ape benda yang mechanic akan buat untuk sesi servis tu. Tukar minyak tu proses wajib la kan dan yang lain-lain proses. 

Harga servis pun dia akan bagitau siap-siap so tak de la nak menggelabah sangat utk bajet berapa kosnya.

alang alang akak tu promote terus beli sbb flavor sunflower

Environment tempat menunggu tak bising sangat atau sebab orang tak ramai (social distancing) tak tahu la tapi okey la. Make sure bateri phone full supaya korang boleh skroll tiktok sampai lebam. 

Ahaks.Korang nak tengok machanic wat ape kat kereta pun boleh la tengok sebalik cermin kaca ruang menunggu tu.

In case macam keta kita ade problem ke ape ke machanic akan personally datang explain kat kita sendiri dan dia akan bagi cadangan la kalau nak tukar ke tak. 

Macam kes aku hari tu, water pulp (?) atau ape ntah la (?) katanya bocor. So dia suggest untuk tukar dan boleh guna warranty sebab betul-betul dalam tempoh warranty (5 tahun). So, aku tak yah pikei banayk.. tukar je. Ngee.

Pastu ade jugak yang sebelom ni dia kata beteri dah nak expired (?) abes air (?) or ape ntah (?) dan bagitau la nilai sepatutnya. Kire bateri kereta aku tu nak kong la klu ikut formulanya. Aku pun tak tau bagus tukar ke tak so, aku pun call abang aku tanya nak tukar ke tak?

Abang aku kata tak yah lagi tunggu je beteri betul2 kong baru tukar. So aku dengar kata abang aku je la. Sebab kalau kereta aku mati tengah jalan aku op coz carik abang aku jugak. ngeeh.

Boleh pakai 6-12 bulan lagi beteri tu rupanya. Bila dah kong abang aku bawak beli tukar kat kedai spare part biasa je. Tak de gi pusat servis Perodua sebab bila tukar kat kedai spare part dia just charge harga beteri tu je. Jadi kos dia tak mahal. 

Terasa bijak kat situ.. Ngeh.

Satu lagi orang kata klu nak alignment tayar pun elok buat kat kedai biasa. Tapi memandangkan peratusan aku untuk menjejaki ke kedai biasa tu agak kabur. Tak mengapa. Teruskan alignment di Pusat Servis Perodua Yamud.

booking utk paling awal dpt la no1

Boring-boring kat sini boleh la bancuh air teh/ kopi. Ada biskut juga. Kalau dulu korang boleh buat roti bakar tapi memandangkan zaman covid-19 ni macam dah tak de benda tu so. Cicah la air korang dengan biskut yang tersedia tu. Ahaks. 

Kalau korang nak melantak yang berat jugak boleh la pegi pasar berek 12 yang berdekatan. 

Samurai Yakiniku pun ade kat situ. Tapi kul 12 baru bukak. ngee.

half way of service

Untuk session ni lebih kurang pukul 10 jugak la siap sebab aku request utk check aircond kereta jugak. Bukan ape sebab Betsy dah berusia 6 tahun dah tapi aku rasa bahagian aircond tak penah kena service lagi. Tayar pun sekadar dia betulkan aligment tak botak lagi. Bateri kereta dah pernah tukar 2 tahun lps kalau tak silap. Overall Betsy masih lagi dalam condition perfect!

Apa taknya. Mileage sepatutnya nak 60k baru 44k πŸ˜‚. even brake pad pun conditional masih lagi 45%. Tak payah tukar.
Baru perasan setahun tak service πŸ˜‚. Dah tu tarikh ulangtahun

Buku servis tu aku belek time nak pegi servis je ngee. Dalam tempoh setahun ni rupanya 4814 km je Betsy bergerak. Banyaknya tersadai la sebab PKP kaaaaan~

Ape-ape pun. Terbang juga dalam RM443.00


Korang rasa mahal tak?

Freebie

 Siap service, kemanakah kita?

+++

Mari lah kita ke Rumah pakcik kita. Pakcik AeonMall. Cari-cari barang sikit pastu melantak. Nasib baik waktu tu ingat A&W kan baru bukak. Jom mengenangkan nastalgia makan di A&W KB zaman muda remaja dulu.


Sorang? No problem

Forever alone. Since 1988. XD

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...